tadbir urus – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Mon, 18 Mar 2024 05:52:56 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Kesan Ketidakpastian Persekitaran Terhadap Hubungan Antara Tadbir Urus Dan Prestasi Koperasi Peladangan Kelapa Sawit Di Malaysia /jurnalpengurusan/article/kesan-ketidakpastian-persekitaran-terhadap-hubungan-antara-tadbir-urus-dan-prestasi-koperasi-peladangan-kelapa-sawit-di-malaysia/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=kesan-ketidakpastian-persekitaran-terhadap-hubungan-antara-tadbir-urus-dan-prestasi-koperasi-peladangan-kelapa-sawit-di-malaysia Wed, 26 Jul 2023 07:50:07 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=6967 Kajian empirik mengenai pengaruh Tadbir Urus Koperasi (TUK) terhadap Prestasi Koperasi (PK) amat kurang dilakukan, khususnya yang melibatkan koperasi bersaiz sederhana dan kecil. Setakat ini, kajian lepas masih tidak jelas dan tidak konklusif mengenai kewujudan hubungan tersebut.  Objektif kajian ini adalah untuk menyiasat kewujudan hubungan antara TUK dan PK dan kesan penyerderhanaan ketidakpastian persekitaran (KP) terhadap hubungan antara TUK dan PK. Kajian ini menjangka bahawa pelaksanaan TUK akan memberi kesan kepada PK bergantung kepada konteks persekitaran koperasi. Kajian ini menggunakan set data koperasi bersaiz sederhana dan kecil dalam industri peladangan kelapa sawit di Malaysia. Hasil kajian menggunakan analisis PLS-SEM mengesahkan wujud hubungan positif dan signifikan antara TUK dan PK, sementara KP didapati tidak mempunyai kesan penyederhanaan terhadap hubungan tersebut. Dapatan kajian ini membuktikan kesan tadbir urus koperasi terhadap prestasi koperasi tanpa mengira persekitaran di mana koperasi berada. Semua koperasi seharusnya memandang serius kepentingan pengukuhan TUK bagi meningkatkan prestasi.

]]>