UTAUT – Jurnal Pengurusan /jurnalpengurusan Wed, 29 May 2024 08:13:48 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Niat Penerimaan Perbankan Dalam Talian di Malaysia: Peranan Kepercayaan dan Keselamatan dan Penyederhana Pendidikan /jurnalpengurusan/article/niat-penerimaan-perbankan-dalam-talian-di-malaysia-peranan-kepercayaan-dan-keselamatan-dan-penyederhana-pendidikan/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=niat-penerimaan-perbankan-dalam-talian-di-malaysia-peranan-kepercayaan-dan-keselamatan-dan-penyederhana-pendidikan Wed, 29 May 2024 08:09:04 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=7315 Teknologi kewangan atau Fintech membolehkan pendigitalan perkhidmatan kewangan untuk memperoleh kelebihan daya saing dan membantu pengguna mengurus aktiviti kewangan dengan lebih efektif. Walau bagaimanapun, pembangunan Fintech telah meningkatkan aktiviti jenayah siber dan menimbulkan isu kepercayaan dan keselamatan di kalangan pengguna. Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penerimaan pengguna terhadap perkhidmatan perbankan dalam talian di Malaysia. Kajian ini mengintegrasikan model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan pemboleh ubah kepercayaan dan persepsi sekuriti. Tahap pendidikan juga digunakan sebagai penyederhana antara niat dengan pemboleh ubah bebas. Persampelan mudah dan kuota digunakan dan mengumpulkan 417 respon melalui tinjauan soal-selidik. Berdasarkan analisis PLS-SEM, dapatan kajian menunjukkan bahawa jangkaan prestasi, pengaruh sosial, dan kepercayaan memberi kesan positif ke atas niat penerimaan perbankan dalam talian. Manakala kesan jangkaan usaha, kualiti sistem, dan persepsi sekuriti adalah tidak signifikan. Tahap pendidikan sebagai penyederhana juga didapati mempengaruhi hubungan antara niat dan dua pemboleh ubah bebas (pengaruh sosial dan kualiti sistem). Penyelidikan ini dapat membantu pihak berkepentingan untuk memahami tingkah laku pengguna dalam membangunkan polisi dan strategi pembangunan inisiatif pendidikan yang disasarkan bagi meningkatkan celik digital dan memupuk kepercayaan yang boleh menarik pengguna untuk menggunakan perkhidmatan perbankan dalam talian.

]]>
Faktor Penentu Niat Penggunaan e-Dompet pasca Pandemik COVID-19 di Malaysia: Integrasi Model UTAUT dan MAT /jurnalpengurusan/article/faktor-penentu-niat-penggunaan-e-dompet-pasca-pandemik-covid-19-di-malaysia-integrasi-model-utaut-dan-mat/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=faktor-penentu-niat-penggunaan-e-dompet-pasca-pandemik-covid-19-di-malaysia-integrasi-model-utaut-dan-mat Tue, 31 Jan 2023 08:17:32 +0000 /jurnalpengurusan/?post_type=article&p=6718 Pandemik COVID-19 secara tidak langsung telah mempercepatkan peralihan gaya hidup kepada masyarakat tanpa tunai dan penerapan transaksi pembayaran secara digital. Namun berbanding saluran pembayaran digital sedia ada, tahap penerimaan e-dompet dalam kalangan pengguna di Malaysia masih rendah. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti faktor yang mempengaruhi niat penggunaan e-dompet dalam kalangan pengguna di Malaysia pasca pandemik COVID-19. Kajian ini mengintegrasikan model Unified Theory of Acceptance and Use of Technology (UTAUT) dan Mental Accounting Theory (MAT) dengan mengambil kira faktor tambahan persepsi faedah, persepsi keselamatan dan kepercayaan. Ia menggunakan teknik persampelan bertujuan dan mengumpulkan 303 respon melalui tinjauan soal-selidik. Berdasarkan analisis PLS-SEM, dapatan kajian menunjukkan bahawa persepsi faedah, persepsi keselamatan, kepercayaan dan pengaruh sosial memberi kesan positif ke atas niat penggunaan e-dompet. Manakala kesan jangkaan prestasi dan jangkaan usaha adalah tidak signifikan. Kajian ini dapat menyediakan maklumat kepada pihak industri untuk memahami tingkah laku pengguna pasca pandemik bagi membangunkan strategi perniagaan dan aplikasi pembayaran secara digital seperti menambah baik reka bentuk, kandungan, sistem dan fitur e-dompet.

]]>