每日大赛app

Dimensi dan Spektrum Pengurusan Islam

DIMENSI DAN SPEKTRUM PENGURUSAN ISLAM

ISBN 978-629-486-167-1

MYR50.00

 

Book Details

Author/Editor: Zulkefli Aini, Abdul Ghafar Don & Anuar Puteh

Pages: 290

Year of Publication: 2024

 

Description:

Proses Islamisasi ilmu termasuklah disiplin ilmu pengurusan yang telah diusahakan oleh para ilmuan Islam sebelum ini telah memberi idea untuk mengemukakan perbincangan yang disaji dalam buku ini. Ini kerana melalui gagasan dan konsep serta nilai penting dalam agama Islam, ia dapat diterapkan dalam kerangka disiplin ilmu pengurusan. Apa yang menariknya buku ini adalah menggabungkan konsep dan prinsip asasi dalam Islam seperti 鈥榰产耻诲颈测补丑, 尘补蝉鈥檜濒颈测补丑, amanah, itqan dan maqasid syariah dengan amalan dan proses pengurusan. Ini termasuklah dalam hal ehwal pengurusan Islam, pengurusan saudara baru, pengurusan hotel patuh syariah, pengurusan masjid, pengurusan zakat dan pengurusan konflik dalam organisasi. Konsep-konsep tersebut amat penting dihayati dan diamalkan dalam pengurusan pelbagai sektor kerana ia menatijahkan kejayaan atau al-falah bukan sahaja di dunia tetapi yang lebih penting di akhirat. Malah ia dapat menghindarkan kerosakan atau al-fasad seperti rasuah, pecah amanah dan penyelewangan dalam pengurusan yang melibatkan sumber kewangan dan kemudahan yang disediakan oleh organisasi. Perbincangan tentang aplikasi konsep tersebut juga adalah usaha

permulaan yang menggarap maksud kesepaduan antara elemen konseptual dengan operasional melalui perbincangan dalam pengurusan organisasi dan institusi Islam serta kupasan daripada perspektif sirah dan sejarah Islam. Sebagai contoh pengalaman Rasulullah SAW mengurus konflik dalam Perjanjian Hudaibiah dan mengurus kepelbagaian warga di Madinah. Begitu juga pengalaman khalifah 鈥楿mar bin al-Khattab menguruskan sistem zakat yang menjadi kekuatan umat Islam pada zamannya sehingga beliau melakukan reformasi pengurusan serta pentadbiran dalam kutipan dan agihan zakat. Beliau juga terkenal dengan amalan tadbir urus baik dalam pengurusan dan pentadbiran negara yang menyerlahkan kepimpinannya. Kualiti pengurusan beliau diwarisi oleh Khalifah 鈥楿mar bin 鈥楢bd al-鈥楢ziz, yang juga mempunyai ikatan darah dengannya, dalam tadbir urus baik walaupun tempoh pentadbirannya hanya sekitar dua tahun.

 

The process of Islamization of knowledge, including the discipline of management that has been pursued by previous Islamic scholars, has inspired the discussion presented in this book. This is because through Islamic ideas, concepts, and core values, they can be applied within the framework of management knowledge. What makes this book particularly interesting is that it integrates fundamental Islamic concepts and principles鈥攕uch as 鈥榰产耻诲颈测补丑 (servitude to God), 尘补蝉鈥檜濒颈测补丑 (accountability), amanah (trust), itqan (excellence), and maqasid syariah (objectives of Islamic law)鈥攚ith management practices and processes. This includes areas such as Islamic management, management of new converts (muallaf), Shariah-compliant hotel management, mosque management, zakat (almsgiving) management, and conflict management within organizations. These concepts are vital to be internalized and practised across various sectors of management, as they lead to success or al-falah not only in this world but more importantly, in the Hereafter. Furthermore, they can help prevent corruption or al-fasad, such as bribery, breach of trust, and misappropriation in the management of financial resources and facilities provided by organizations. The discussion on the application of these concepts also serves as an initial effort to bridge the conceptual and operational elements through organizational and institutional management discussions in Islam, as well as through analysis from the perspective of sirah (the Prophet鈥檚 biography) and Islamic history.

 

BISAC Subject Code(s): REL037000

Prelims

Category: Religion