Audit Dalaman Bersepadu SPK PPPS dan Audit Prestasi Akademik (APA), 16 Oktober 2019
Pada Rabu 16 Oktober 2019, KITA telah menjalani Audit Dalaman Bersepadu SPK PPPS dan Audit Prestasi Akademik (APA). Seramai lima orang juruaudit telah menjalankan tugas mengikut skop audit yang ditetapkan. Pasukan Audit SPK PPPS (MS ISO 9001: 2015) diketuai oleh Prof. Madya Dr. Ruzian Markom (FUU) dan dianggotai dua pegawai, Prof. Madya Dr. Ramalinggam Rajamanickam (FUU) dan En. Norhishah bin Elias (KUALITI). Pasukan Audit Prestasi Akademik (APA) pula terdiri daripada Prof. Madya Dr. Zainol Mustafa (PKP) selaku ketua, dan Dr. Rosmina Jaafar (FKAB). Audit dimulai pada jam 9.30 pagi dengan sesi mesyuarat pembukaan yang dipengerusikan oleh Pengarah Pengasas KITA Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin dan dihadiri oleh semua juruaudit dan sebahagian besar warga kerja KITA. Pada mesyuarat penutup yang berlangsung kira-kira pukul 1.00 petang, Ketua Pasukan Juruaudit telah membentangkan hasil penemuan audit di mana tiada ketakakuran ditemui. Sebaliknya KITA telah diberikan sebanyak lima cadangan untuk penambahbaikan.


