Koleksi Perpaduan dalam Program Pembudayaan Ilmu Perpustakaan ÿÈÕ´óÈüapp 2024, 21 November 2024

Institut Kajian Etnik (KITA) telah bekerjasama dengan Perpustakaan ÿÈÕ´óÈüapp dan Pusat Kebudayaan ÿÈÕ´óÈüapp dalam penganjuran Program Pembudayaan Ilmu Perpustakaan ÿÈÕ´óÈüapp 2024 yang telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah ÿÈÕ´óÈüapp, YBhg. Prof. Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak pada 21 November 2024 (Khamis). Bertempat di Anjung Pro-Canselor Tun Ahmad Sarji, PTSL, ÿÈÕ´óÈüapp Bangi, matlamat program tersebut adalah untuk memberi kefahaman kepada masyarakat mengenai peranan perpustakaan sebagai entiti yang menguruskan sumber ilmu dan maklumat untuk menggalakkan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
Antara penglibatan KITA dalam program ini termasuklah dengan menyumbang kepada Koleksi Perpaduan dalam bentuk sistem ÿÈÕ´óÈüapp LibGuides dan bahan-bahan pameran dalam program tersebut. Majlis perasmian ini telah dihadiri oleh Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham selaku wakil Pengarah KITA.
Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4, SDG11 dan SDG17.
Kredit foto: Dr. Akqmie
