Lawatan penanda aras Pusat Kajian Etnik Orang Asli (CIES), Universiti Sains Selangor (UIS) ke KITA, 28 April 2026

Pada 28 April 2026 (Selasa), KITA telah menerima kunjungan delegasi Pusat Kajian Etnik Orang Asli (CIES), Universiti Sains Selangor (UIS). Kunjungan tersebut merupakan lawatan penanda aras (benchmarking) yang bertujuan untuk melihat dan mempelajari amalan pentadbiran, pengurusan kajian dan akademik di KITA. Delegasi CIES-UIS yang terdiri daripada Pengarah CIES Dr. Muhammad Yusuf Marlon bin Abdullah Dr. Ahmad A’toa’ Bin Mokhtar, Dr. Aemy Elyani Binti Mat Zain dan En. Ikhwan Mujahid Bin Saifulzamani, telah disambut mesra oleh Timbalan Pengarah KITA Prof. Madya Dr. Zaini Othman selaku wakil pengurusan KITA, para felo KITA: Prof. Dr. Supyan Hussin, Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Sobhi Ishak, Dr. Mohd Shaiful Ramze Endut, Dr. Nurul Akqmie Badrul Hisham dan Dr. Noor Atika Shafinaz Nazri; dan wakil pentadbiran KITA.

Nota: Aktiviti ini menyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG16.