Sesi Training of Trainer (ToT) Perdana Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU), 16 Disember 2025

Pada 16 Disember 2025 (Selasa), Institut Kajian Etnik (KITA) bersama-sama Pusat Pengajian Citra Universiti (CITRA) di bawah kepimpinan Felo Penyelidik Utama Bersekutu KITA Prof. Dr. Nazri bin Muslim telah menganjurkan Sesi Training of Trainer (TOT) Perdana Kursus Mata Pelajaran Pengajian Umum (MPU) bagi pihak Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi yang komited memperkukuh nilai patriotisme, kenegaraan dan jati diri dalam kalangan lebih sejuta pelajar Institusi Pendidikan Tinggi (IPT), sejajar peranan signifikan golongan belia dalam penglibatan kewarganegaraan, sekali gus menuntut pendidikan kenegaraan yang berstruktur, sistematik dan relevan.

Bertempat di Dewan Besar Pusat Kebudayaan & Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Universiti Putra Malaysia (UPM), program dimulakan dengan majlis pelancaran ‘TOT’ MPU yang telah disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi, Dato’ Seri Dr. Zambry Abd Kadir. Program kemudiannya diikuti dengan sesi forum Pelaksanaan Modul Baharu MPU: Memperkukuh Landskap Pembinaan Negara Bangsa yang menampilkan dua tokoh akademik negara yang merupakan Penasihat Modul MPU iaitu Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Prof. Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri dari ÿÈÕ´óÈüapp, dengan kendalian Ketua Sekretariat MPU, Prof. Dr. Nazri Bin Muslim.

Nota: Aktiviti ini meyumbang kepada Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dari aspek SDG4 dan SDG17.

Lihat album (Facebook KITA): klik