EKSPLORASI KEUSAHAWANAN KE FARM FRESH
[EKSPLORASI KEUSAHAWANAN KE FARM FRESH]
Tarikh : 13 Januari 2026 (Selasa)
Tempat : Farm Fresh, UPM
Anjuran : Eksekutif Keusahawanan KIY sesi 2025/2026
Seramai 40 orang peserta telah menyertai Program Eksplorasi Keusahawanan ke Farm Fresh anjuran MEP Keusahawanan Kolej Ibrahim Yaakub, Universiti Kebangsaan Malaysia sesi 2025/2026. Program ini telah dijayakan dengan sokongan dan komitmen 17 orang exco yang terdiri daripada ahli Kelab Usahawan Siswa dan seorang felo pemantau.
Program ini bertujuan untuk memperkasakan mahasiswa/i dengan ilmu dan pengalaman interaktif sebagai asas
membangunkan daya fikir kreatif serta inovatif dalam keusahawanan dan meningkatkan kefahaman mahasiswa/i terhadap model perniagaan agro dan
industri tenusu melalui contoh operasi Farm Fresh.
Program ini menjadi inisiatif permulaan ke arah memperkenalkan dan menarik minat mahasiswa/i dalam bidang keusahawanan. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan dalam menjayakan program ini.
EKSEKUTIF KEUSAHAWANAN
KOLEJ IBRAHIM YAAKUB
SESI 2025/2026
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA



