Berita – KOLEJ KERIS MAS /kkm Mencipta Kelainan, Mencabar Kelaziman Wed, 15 Oct 2025 16:54:29 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 BILIK PENGINAPAN /kkm/news/contoh/ Mon, 11 Aug 2025 14:00:20 +0000 /kkm/?post_type=news&p=1187

]]>
Kolej Keris Mas berjaya menerima hadiah khas kategori Pertandingan Kuiz Akademia /kkm/news/kolej-keris-mas-berjaya-menerima-hadiah-khas-kategori-pertandingan-kuiz-akademia/ Thu, 31 Oct 2024 07:38:03 +0000 /kkm/?post_type=news&p=1081 ...]]> [UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS]

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kolej Keris Mas kerana berjaya menerima hadiah khas bagi kategori Pertandingan Kuiz Akademia.

Tahniah dan syabas juga diucapkan kepada Aina Nadhira binti Mohamad Amin dan Anis Sofea binti Abdul Hakim yang turut berjaya memenangi tempat kedua, dan hadiah saguhati bagi kategori yang sama sempena Majlis Sambutan Bulan Akademia bersama Majlis Apresiasi Pengajaran Aktivÿմapp™ dan Majlis Pelancaran InfoAktiv pada 23 Oktober 2024 yang bertempat di Dewan Budiman, Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ikhlas daripada:
BARISAN PENTADBIRAN, MAJLIS FELO, MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SERTA WARGA KOLEJ KERIS MAS SESI 2024/2025.

]]>
Anugerah Jawatankuasa Keselamatan & Tanggungjawab (JKPP-PTJ) Aktif & Efektif Tahun 2024 /kkm/news/anugerah-jawatankuasa-keselamatan-tanggungjawab-jkpp-ptj-aktif-efektif-tahun-2024/ Thu, 31 Oct 2024 07:33:26 +0000 /kkm/?post_type=news&p=1079 ...]]> [UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS]

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Kolej Keris Mas yang telah berjaya mendapat Anugerah Jawatankuasa Keselamatan & Tanggungjawab (JKPP-PTJ) Aktif & Efektif Tahun 2024 bagi kategori kolej kediaman di bawah anjuran Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ÿմapp.

Ikhlas daripada:
BARISAN PENTADBIRAN, MAJLIS FELO, MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SERTA WARGA KOLEJ KERIS MAS SESI 2024/2025.

]]>
Kolej Terbaik Keselurahan sempena Festival Kesenian Islam (FEKSIS) ÿմapp 2024/2025 /kkm/news/kolej-terbaik-keselurahan-sempena-festival-kesenian-islam-feksis-ukm-2024-2025/ Thu, 31 Oct 2024 07:23:28 +0000 /kkm/?post_type=news&p=1075 ...]]> [UCAPAN TAHNIAH DAN SYABAS]

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Kolej Keris Mas yang telah memenangi Festival Kesenian Islam (FEKSIS) ÿմapp 2024/2025. Kolej Keris Mas telah dinobatkan sebagai Kolej Terbaik Keseluruhan sempena festival ini.

Sekalung penghargaan dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada Kelab Lantera Mas dan Sekretariat Darul Munir kerana berjaya membawa pulang anugerah Kolej Terbaik Keseluruhan di FEKSIS24.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada semua pelajar Kolej Keris Mas untuk masa hadapan.

Ikhlas daripada
BARISAN PENTADBIRAN, MAJLIS FELO, MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SERTA WARGA KOLEJ KERIS MAS SESI 2024/2025.

 

]]>
Program Mobiliti Kolej Keris Mas ke Vietnam /kkm/news/program-mobiliti-kolej-keris-mas-ke-vietnam/ Wed, 30 Oct 2024 10:56:38 +0000 /kkm/?post_type=news&p=1026 ...]]> ?Program Mobiliti Kolej Keris Mas ke Vietnam pada 21 – 27 September 2024

Sekretariat Jaringan Korporat dan Mobiliti (SEJAKA), Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menganjurkan Program Mobiliti ke Vietnam yang berlangsung selama seminggu bermula pada 21 hingga 27 September 2024. Bertemakan “Berkongsi Akademik dan Budaya,” program ini bertujuan untuk memupuk pemahaman antara budaya serta menggalakkan perkongsian ilmu antara institusi pengajian tinggi di Malaysia dan Vietnam.

Program mobiliti ini disertai oleh 14 peserta yang terdiri Pengetua kolej, Prof. Madya Dr. Hamidun Bunawan, diiringi oleh Felo Penasihat Cik See Too Kay Leng, Ketua Pengarah Fazri Azmin, serta 11 ahli sekretariat yang lain.

Terdapat beberapa aktiviti telah dijalankan seperti program perkongsian akademik dan budaya yang menarik di dua buah universiti terkenal di Vietnam, iaitu Vietnam National University (VNU) dan Dalat University (DLU). Pada 23 September 2024, para peserta telah mengadakan aktiviti mencanting batik di Vietnam National University, manakala pada 25 September 2024, aktiviti yang sama diteruskan di Dalat University. Aktiviti mencanting batik ini bertujuan untuk memperkenalkan seni warisan Malaysia kepada rakan-rakan mahasiswa di Vietnam serta bertukar ilmu dan pengalaman budaya yang bermanfaat.

Lebih kurang 60 pelajar dari VNU dan DLU turut serta dalam aktiviti tersebut, menjadikan program ini meriah dengan interaksi antara mahasiswa kedua-dua negara. Suasana yang mesra dan kolaboratif memberikan peluang untuk mengeratkan hubungan antara pelajar Malaysia dan Vietnam serta saling belajar mengenai budaya dan pendidikan masing-masing.

Selain itu, SEJAKA juga telah melakukan penanda aras (benchmarking) tahap keselesaan dan keselamatan kolej kediaman di VNU. Lawatan dan perbincangan meja bulat telah dilakukan antara dua-dua belah pihak untuk berkongsi idea tentang meningkatkan keselamatan dan keselesaan kolej agar kesejahteraan mahasiswa mencapai tahap yang optimum.

Kerjasama yang baik antara semua pihak telah menjayakan program ini dan meninggalkan impak yang positif dalam usaha memperkasa hubungan akademik dan budaya antara Malaysia dan Vietnam. Diharapkan program sebegini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi membuka lebih banyak ruang kerjasama penyelidikan, perkongsian ilmu serta budaya antara kedua-dua negara.

?Pautan terbitan media universiti dan DBP

?Vietnam National University FB Post:
https://www.facebook.com/share/4hbb2XKy2UBhni4v/?mibextid=WC7FNe

?Dalat University FB Post:
https://www.facebook.com/share/CuMVZDL9Vs6Y32Af/?mibextid=QwDbR1

?Terbitan Jendela Dewan Bahasa dan Pustaka:

#ÿմapp
#KolejKerisMas
#ProgramMibiliti
#SEJAKA_2324

]]>
Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2024/2025 /kkm/news/minggu-apresiasi-watan-maw-sesi-2024-2025/ Wed, 30 Oct 2024 10:42:00 +0000 /kkm/?post_type=news&p=997 ...]]> MINGGU APRESIASI WATAN (MAW) SESI 2024/2025

Rangkuman aktiviti sepanjang Minggu Apresiasi Watan sesi 2024/2025. ?

Kami daripada warga Kolej Keris Mas ingin mengucapkan Selamat Datang kepada semua pelajar tahun satu bagi sesi 2024/2025.

“Ilmu, Mutu, dan Budi”

Ikhlas daripada:
BARISAN PENTADBIRAN, MAJLIS FELO, MAJLIS EKSEKUTIF PELAJAR SERTA WARGA KOLEJ KERIS MAS SESI 2024/2025.

]]>
Pertandingan Hiasan Pejabat sempena bulan kemerdekaan Universiti Kebangsaan Malaysia. /kkm/news/pertandingan-hiasan-pejabat-sempena-bulan-kemerdekaan-universiti-kebangsaan-malaysia/ Wed, 30 Oct 2024 10:11:12 +0000 /kkm/?post_type=news&p=989 ...]]> [UCAPAN TAHNIAH]

Sekalung tahniah diucapkan kepada Kolej Keris Mas atas kejayaan merangkul Naib Johan dalam Pertandingan Hiasan Pejabat sempena bulan kemerdekaan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Semoga kejayaan ini menjadi inspirasi kepada seluruh warga Kolej Keris Mas untuk menyertai pelbagai pertandingan yang akan diadakan.

Ikhlas daripada:

Barisan Pentadbiran, Majlis Felo, Majlis Eksekutif Pelajar serta warga Kolej Keris Mas sesi 2024/2025.

]]>
Program International Intelligence Frontier Science Innovation and Competition 2023 /kkm/news/program-international-intelligence-frontier-science-innovation-and-competition-2023/ Wed, 21 Feb 2024 14:53:30 +0000 /kkm/?post_type=news&p=919 ...]]>  

IIFIC 2023

Hari ini berlangsungnya program International Intelligence Frontier Science Innovation and Competition 2023 dengan penyertaan seramai 400 peserta terdiri 90 kumpulan inovasi dari 53 buah sekolah. Perasmian telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Ruziah binti Shafei, Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains), Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Tahniah kepada Sekolah Kebangsaan Changkat Tin yang telah memenangi inovasi terbaik kategori sekolah rendah dan membawa pulang wang tunai RM700. Syabas juga diucapkan kepada Sekolah Berasrama Penuh Integrasi (SBPI) Rawang yang memenangi kategori sekolah menengah dengan membawa pulang wang tunai RM1,000.00. Turut hadir, Prof. Madya Dr. Hamidun Bunawan, Pengetua Kolej Keris Mas.
#KolejKerisMas

 

]]>