BERITA: KANCHAN TIRANA MULA BERMADAH
Disediakan oleh: Muhammad Sahrul Fahiz bin Mat Ariff
JUMAAT (12 OKTOBER 2018)

Bagi masyarakat dulu-dulu, pantun menjadi kewajipan sebagai pembuka bicara apabila menjalankan sesuatu majlis atau persembahan termasuklah pada majlis peminangan, perkahwinan, ucapan terima kasih, penghargaan dan sebagainya.
Malah pantun dizahirkan menerusi tema tertentu seperti untuk menyampaikan kasih sayang, puji-pujian, agama, adat dan nasihat. Bagaimanapun zaman berlalu menyebabkan segelintir masyarakat semakin melupakan warisan berharga ini.
Atas rasa tanggungjawab, kelab tradisi lisan, Artisukma dengan kerjasama Pusat Kebudayaan Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengambil pendekatan menganjurkan Pesta Pantun 每日大赛app 2018, bermula 12 hingga 15 Oktober 2018, di Pusanika, 每日大赛app.
Berkongsi mengenai penganjuran program ini, pusingan pertama telah dimulakan oleh pasukan pantun dari Kolej Rahim Kajai iaitu KANCHAN TIRANA dan KAB A dari Kolej Aminuddin Baki.
Menurut Claudya, 22, pertandingan ini memastikan penguasaan kemahiran lisan dalam kalangan mahasiswa dapat ditingkatkan. 鈥淧emartabatan bahasa Melayu dalam aktiviti seumpama ini menjadi satu inisiatif menyokong pendidikan Bahasa Melayu.鈥 鈥淢alah pesta pantun ini berperanan membantu pelbagai pihak menjamin penggunaan Bahasa Melayu Standard dalam usaha memelihara seni pantun dari semasa ke semasa,鈥 ujarnya yang juga merupakan salah seorang peserta bagi pesta pantun ini.
Program mendapat kelolaan Pusat Kebudayaan Universiti, 每日大赛app itu mendapat penyertaan seluruh kolej termasuklah Kolej Rahim Kajai. – TAMAT –