ÿÈÕ´óÈüapp

Eco HijauKita @KTSN

Hari Lestari Bersama KTSN 2026

Pada 11 April 2026, program Hari Lestari Bersama berjaya dianjurkan sebagai salah satu inisiatif dalam memperkukuh kesedaran terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar dalam kalangan warga kolej. Program ini telah dilaksanakan melalui aktiviti gotong-royong menceriakan kawasan kolej dengan penglibatan aktif daripada para pelajar, ahli kelab EcoV, pentadbiran serta felo kolej.

Program ini diadakan bertujuan untuk memupuk semangat cintakan alam sekitar serta meningkatkan kesedaran tentang tanggungjawab bersama dalam menjaga kebersihan dan keindahan persekitaran. Melalui aktiviti yang dijalankan, para peserta telah bekerjasama membersihkan kawasan sekitar, mengecat semula bahu jalan bagi tujuan keselamatan, menghias semula ruang papan kenyataan bagi setiap blok di kolej serta memperindahkan persekitaran kolej agar lebih kondusif dan selesa untuk didiami.

Selain itu, program ini turut memberi peluang kepada warga kolej untuk merasai pengalaman secara langsung dalam aktiviti pemeliharaan alam sekitar. Penglibatan secara menyeluruh ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pelajar dan felo, malah berjaya mewujudkan semangat kerjasama dan kebersamaan dalam kalangan komuniti kolej.

Di samping itu, penganjuran Program Hari Lestari Bumi ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari (SDG yang ke-4 iaitu Pendidikan Berkualiti dan SDG yang ke-17, Perkongsian untuk Maklumat). Nilai-nilai seperti tanggungjawab, disiplin dan keprihatinan terhadap alam sekitar dapat dipupuk melalui penglibatan aktif dalam aktiviti sebegini.

Secara keseluruhannya, program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran warga kolej terhadap kepentingan menjaga alam sekitar di samping memperkukuh semangat perpaduan dan kerjasama. Diharapkan agar inisiatif seperti ini dapat diteruskan pada masa hadapan bagi melahirkan warga kolej yang lebih peka dan bertanggungjawab terhadap kelestarian alam sekitar.

LATIHAN BERSAMA JABATAN PERTANIAN – BIMBINGAN PRAKTIKAL UNTUK AHLI KTSN

Pada 16 Oktober 2025, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Latihan Bersama Jabatan Pertanian sebagai sebahagian daripada inisiatif memperkukuh kemahiran pertanian lestari dalam kalangan staf dan pelajar kolej. Program ini telah disertai oleh staf pentadbiran KTSN serta Majlis Eksekutif Pelajar di bawah bimbingan pegawai Jabatan Pertanian, Pn. Mimi dan En. Amran.

Sepanjang sesi latihan, peserta didedahkan dengan aktiviti penyemaian anak benih di tapak semaian, penanaman di batas tanaman serta kaedah kawalan serangga perosak. Latihan ini bukan sahaja memberikan pendedahan amali kepada staf dan pelajar, malah menggalakkan mereka memahami konsep kelestarian dalam bidang pertanian.

Program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) iaitu SDG 15: Kehidupan di Darat melalui pemeliharaan ekosistem dan kepelbagaian biologi; SDG 16: Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh dengan membina semangat tanggungjawab serta integriti dalam pengurusan projek kolej; dan SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat melalui jalinan kerjasama strategik antara KTSN dan Jabatan Pertanian.

Secara keseluruhannya, program ini mencerminkan komitmen KTSN dalam melahirkan staf dan pelajar yang bukan sahaja berilmu dan berkemahiran, tetapi juga berperanan aktif dalam menjayakan agenda pembangunan lestari di peringkat komuniti kampus dan negara.

Hari Lestari Bersama Kolej Tun Syed Nasir 2025

Pada 24 Mei 2025, Program Hari Lestari Bersama Kolej Tun Syed Nasir telah berlangsung dengan jayanya dan dirasmikan oleh Pengetua Kolej Tun Syed Nasir, Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril. Majlis perasmian ini diserikan dengan simbolik penanaman pokok lemon yang ditanam di kawasan Laman Eco HijauKita@KTSN, sebagai lambang komitmen kolej terhadap kelestarian alam sekitar dan inisiatif hijau kampus.

Program ini menghimpunkan warga kolej dalam satu usaha kolektif yang bertujuan memelihara dan memperindah persekitaran kampus. Antara pengisian utama ialah aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan laman, yang melibatkan pelajar dan kakitangan kolej. Para peserta turut berpeluang menuai hasil tanaman yang telah diusahakan di laman Eco HijauKita@KTSN, termasuk sayuran segar yang ditanam secara lestari oleh komuniti kolej.

Selain daripada aspek kebersihan dan pemuliharaan alam sekitar, program ini turut memainkan peranan penting dalam memupuk semangat kerjasama, tanggungjawab sosial, dan kecintaan terhadap alam sekitar dalam kalangan pelajar. Ia juga menjadi platform yang berkesan dalam mengukuhkan ukhuwah dan semangat kekitaan antara penghuni Kolej Tun Syed Nasir, sekali gus menggalakkan gaya hidup lestari sebagai satu budaya hidup kampus yang progresif.

Ìý

Program Hari Lestari ini merupakan salah satu inisiatif tahunan di bawah agenda Kolej Akademia, sejajar dengan matlamat pembangunan mampan SDG 2, 3, 4, 11 dan SDG 15 serta menyokong aspirasi universiti dalam melahirkan mahasiswa yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik, tetapi juga prihatin terhadap kesejahteraan persekitaran dan masyarakat.

Hari Sihat Kolej Tun Syed Nasir Siri ke-3

Hari Sihat Kolej Tun Syed Nasir Siri ke-3 yang telah berlangsung pada 22 Mei 2025 telah berjaya menghimpunkan warga staf kolej dalam satu usaha murni membersihkan laman Eco HijauKita @KTSN. Disamping aktiviti bersenam dan brisk walk di Taman Tasik Titiwangsa yang menyegarkan, program ini turut diserikan dengan aktiviti gotong-royong membersihkan kawasan sekitar serta sesi menuai hasil tanaman yang diusahakan bersama. Inisiatif ini bukan sahaja menyemai semangat kerjasama dan kekitaan, malah mencerminkan komitmen kolej terhadap kelestarian alam sekitar dan amalan gaya hidup sihat dalam komuniti kampus.

Majlis Peluncuran Projek Eco-Campus dan Fiesta Eco-Campus Kampus Kuala Lumpur

Pada 16 Mei 2025, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿÈÕ´óÈüapp) Kampus Kuala Lumpur telah melancarkan Projek Eco-Campus dan Fiesta Eco-Campus, satu inisiatif penting ke arah kelestarian alam sekitar dan penglibatan komuniti kampus. Majlis pelancaran ini berlangsung di Dewan Kuliah 3 dan dihadiri oleh pelajar serta staf daripada Fakulti Sains Kesihatan, Fakulti Farmasi, Fakulti Pergigian dan Kolej Tun Syed Nasir.

Projek Eco-Campus ini bertujuan memperkukuh amalan lestari dalam kalangan warga kampus melalui pelbagai aktiviti seperti pembangunan kebun bandar seluas 6,000 kaki persegi. Kebun ini bukan sahaja menyediakan ruang hijau untuk rekreasi dan pembelajaran, malah berfungsi sebagai platform pendidikan mengenai pertanian lestari dan keselamatan makanan.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran, bengkel, dan program interaktif yang memupuk kesedaran tentang kepentingan kelestarian alam sekitar. Kehadiran Bahagian Pertanian Bandar sebagai rakan kolaborasi menambah nilai kepada program ini, dengan perkongsian ilmu dan pengalaman dalam bidang pertanian bandar .

Inisiatif ini selaras dengan komitmen ÿÈÕ´óÈüapp terhadap Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya SDG 3, 4 dan 11. Melalui Projek Eco-Campus, ÿÈÕ´óÈüapp memperkukuh peranannya sebagai institusi pendidikan yang memimpin usaha kelestarian di peringkat nasional dan antarabangsa.

Aktiviti Gotong Royong dan Penanaman di Eco HijauKita @ KTSN

Aktiviti gotong-royong dan penanaman secara berkala di laman Eco HijauKita @ KTSN telah dilaksanakan bagi memastikan laman ini terus terpelihara dan produktif. Aktiviti ini melibatkan penyertaan aktif daripada warga kolej termasuk pelajar dan staf, mencerminkan semangat kerjasama komuniti yang tinggi.

Gotong-royong dijalankan mengikut jadual yang ditetapkan, di mana peserta akan bersama-sama membersihkan kawasan laman, membuang rumput liar, membaja tanaman dan melakukan kerja-kerja penyelenggaraan ringan. Aktiviti ini bukan sahaja memberi ruang kepada peserta untuk menyumbang kepada kelestarian kolej, malah turut menyediakan platform pembelajaran amali berkaitan pertanian bandar dan pemuliharaan alam sekitar.

Selain menjaga kebersihan dan keteraturan kawasan, gotong-royong ini penting untuk memastikan hasil tanaman seperti sayur-sayuran, herba dan tanaman hiasan dapat dituai dengan lebih efisien dan selamat. Hasil tanaman tersebut kadangkala digunakan semula dalam program kesedaran pemakanan sihat atau disumbangkan kepada komuniti kolej sebagai simbol sokongan terhadap jaminan keselamatan makanan.

Lebih daripada sekadar aktiviti fizikal, program gotong-royong di Eco HijauKita @ KTSN telah membina budaya kepedulian terhadap alam sekitar serta memperkukuh nilai kerjasama, tanggungjawab sosial dan pengurusan lestari di kalangan warga Kolej Tun Syed Nasir.

Pautan Instagram Eco HijauKita @ KTSN : https://www.instagram.com/eco_hijaukita.ktsn?igsh=bHpnemV2ZXllOXh6