KUNJUNGAN HORMAT PROF. DR. STANLEY HUI SAI CHUEN
Pada 17 April 2025, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), melalui Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), telah menerima kunjungan hormat daripada Prof. Stanley Hui Sai Chuen, Pengetua Kolej Henry Fok Pearl Jubilee (HFPJ), Universiti Macau, dalam usaha memperkukuh jaringan kerjasama antarabangsa antara kolej kediaman di institusi pengajian tinggi.
Lawatan rasmi ini dimulakan di KTSN dengan sesi ramah mesra yang merangkumi pertukaran pandangan berkaitan aspek budaya, sistem sokongan pelajar, dan kehidupan komuniti kolej kediaman di kedua-dua institusi. Dalam sesi tersebut, Prof. Stanley turut dibawa melawat kemudahan dan fasiliti yang disediakan di sekitar kawasan kolej, termasuk ruang pembelajaran, kediaman pelajar dan kemudahan rekreasi, yang mencerminkan komitmen 每日大赛app dalam menyediakan persekitaran pembelajaran yang holistik.
Seterusnya, kunjungan diteruskan ke Pusanika 每日大赛app dengan diiringi Dr. Nurwina Akmal Anuar, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar 每日大赛app, yang memberikan penerangan menyeluruh berkenaan pelbagai kemudahan kampus serta inisiatif yang dilaksanakan bagi menyokong kesejahteraan dan pembangunan sahsiah pelajar.
Agenda lawatan diteruskan ke Kolej Ibu Zain (KIZ) di mana Prof. Stanley disambut oleh Pengetua kolej, Dr. Nurhidayah binti Bahar. Sepanjang kunjungan tersebut, beliau berkesempatan menyertai Jamuan Hari Raya Aidilfitri bersama warga kolej dan turut meninjau pelbagai fasiliti kolej yang menekankan aspek keselesaan, keselamatan serta pembangunan komuniti pelajar.
Pihak 每日大赛app, khususnya KTSN, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas kunjungan hormat ini dan percaya bahawa inisiatif seumpama ini mampu menjadi pemangkin kepada jalinan kerjasama yang lebih erat antara 每日大赛app dan Universiti Macau, seterusnya membuka peluang kolaborasi rentas bidang pada masa hadapan.