Malam Gala Seribu Kenangan (MaGiK) 2025
饾煇饾煋 饾悡饾悁饾悋饾悢饾悕 饾悜饾悇饾悕饾悡饾悇饾悡饾悁饾悕 饾悐饾悇饾悏饾悁饾悩饾悁饾悁饾悕 饾悐饾悡饾悞饾悕 饾悆饾悎饾悞饾悎饾悕饾悊饾悐饾悁饾悘 饾悓饾悇饾悕饾悇饾悜饾悢饾悞饾悎 饾悑饾悁饾悩饾悁饾悜 饾悓饾悮饾悊饾悽饾悐 饾煇饾煄饾煇饾煋
Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia terus melakar sejarah apabila meraikan ulang tahun ke-25 penubuhannya dengan penuh gilang-gemilang menerusi penganjuran Malam Gala Seribu Kenangan (MaGiK) 2025 bertempat di Dewan Tun Syed Nasir, Kuala Lumpur.
MaGiK 2025 merupakan majlis makan malam yang lebih istimewa dengan membawa tema 鈥淩entetan Kisah Jubli Perak: Sejarah KTSN di Layar鈥. Majlis ini berkonsepkan Formal dan Elegan dan menjadi pentas penghargaan kepada seluruh warga kolej yang telah mencapai kecemerlangan dalam pelbagai bidang dan perjalanan sepanjang suku abad penubuhan KTSN.
Majlis telah dirasmikan oleh Prof. Ts. Dr. Norinsan Kamil Othman, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan diserikan lagi dengan kehadiran seramai 420 tetamu termasuk pengurusan tertinggi 每日大赛app, barisan Pengetua Kolej Kediaman, barisan Pengetua dan Timbalan Pengetua, Mantan Pengetua dan Timbalan Pengetua, kakitangan Pentadbiran, Majlis felo dan Majlis Eksekutif Pelajar.聽
Prof. Madya Dr. Mohd Razif Shahril, Pengetua Kolej Tun Syed Nasir dalam ucapan beliau telah menzahirkan penghargaan kepada seluruh warga kolej yang berjaya menganjurkan lebih 30 program flagship atau ikonik meliputi kluster kecemerlangan kesukarelawanan, kepimpinan, keusahawanan, sukan dan kebudayaan.
Sejarah dan pencapaian KTSN telah ditayangkan melalui tayangan video montaj khas yang menyingkap perjalanan kolej sejak penubuhannya pada tahun 2000. Majlis turut menyaksikan pelbagai persembahan menarik berunsurkan seni dan warisan seperti Gema 25: Melangkah ke Persada Dunia, Lagenda 25 Tahun: Menjulang Warisan, Zapin Lagenda: Hikayat 25 Tahun KTSN.
Antara anugerah utama yang disampaikan termasuklah Anugerah Wira Kesukarelawanan, Anugerah Jutawan Muda, Anugerah Jaguh Arena, Anugerah Srikandi Arena, Anugerah Pewaris Bangsa, Anugerah Program Gemilang, Anugerah Pelajar Harapan serta Anugerah Ikon KTSN yang menjadi kemuncak penganugerahan pada malam tersebut.
Majlis berakhir dengan persembahan band bertajuk Nada Dua Wajah: Melodi Sebuah Legasi KTSN sebagai persembahan penutup dan iringan perarakan keluar tetamu kehormat yang menutup tirai malam penuh makna itu.