每日大赛app

PEWARIS 2026: Mahasiswa KTSN 每日大赛app Satukan Misi Kemanusiaan dan Seni Warisan Bangsa

Seramai 25 orang sukarelawan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dari Kolej Tun Syed Nasir (KTSN) telah menyertai program Pesta Warisan Risikan Sukma (PEWARIS) 2025/2026 melalui aktiviti khidmat masyarakat yang diadakan di Rumah Bakti Al-Kausar. Program ini turut melibatkan seramai 46 orang ahli organisasi (AO) dalam malam kemuncak yang berlangsung di Dewan Tun Syed Nasir serta berjaya menghimpunkan kira-kira 300 orang pelajar dan tetamu, sekali gus menjadi platform yang menggabungkan elemen kesukarelawanan dan kebudayaan secara holistik.

Program berimpak sosial ini dilaksanakan bagi menyemai nilai kasih sayang, keprihatinan serta penghayatan warisan budaya dalam kalangan mahasiswa. Penganjuran ini turut bertujuan mengeratkan hubungan antara pelajar dan komuniti, khususnya golongan anak yatim, di samping memupuk semangat perpaduan melalui kepelbagaian budaya Malaysia.

Sepanjang aktiviti khidmat masyarakat berlangsung, sukarelawan 每日大赛app telah terlibat dalam sesi ramah mesra dan jamuan bersama anak-anak yatim di Rumah Bakti Al-Kausar. Interaksi yang dijalankan ini memberi peluang kepada para pelajar untuk lebih mendekati serta memahami kehidupan penghuni rumah kebajikan tersebut. Program ini turut diserikan dengan sesi fotografi sebagai tanda penghargaan dan sokongan moral kepada mereka.

Kemuncak program diteruskan dengan penganjuran Malam Kebudayaan PEWARIS yang menampilkan pelbagai persembahan menarik seperti silat, nyanyian, teater dan tarian yang mewakili budaya Melayu, Sabah dan Sarawak. Antara persembahan utama ialah “Huminodun: Nyawa untuk Seribu Jiwa” dan “Retaknya Kasih Saudara” yang berjaya mengetengahkan keunikan seni budaya pelbagai etnik di Malaysia.

Majlis turut menyaksikan penyampaian cek cura bernilai RM1,000 kepada wakil Rumah Bakti Al-Kausar sebagai simbolik sumbangan dan keprihatinan mahasiswa terhadap kebajikan masyarakat. Tayangan video multimedia yang memaparkan aktiviti khidmat masyarakat turut dipersembahkan bagi memberi gambaran menyeluruh perjalanan program.

Penganjuran program ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Lestari iaitu SDG 11: Bandar dan Komuniti yang Mampan yang menekankan pembinaan komuniti inklusif, selamat dan berdaya tahan melalui penglibatan masyarakat serta pemeliharaan warisan budaya.

Secara keseluruhannya, penganjuran program ini mencerminkan komitmen mahasiswa 每日大赛app dalam memperkukuh nilai kemanusiaan, warisan budaya dan tanggungjawab sosial, di samping menjadi platform pembelajaran bermakna dalam membentuk generasi muda yang lebih peka, berdaya saing serta menghargai kepelbagaian budaya dalam masyarakat majmuk