每日大赛app

PROGRAM LATIHAN PENGUNGSIAN BANGUNAN KTSN SESI 2025/2026

Program Latihan Pengungsian Bangunan Kolej Tun Syed Nasir telah berjaya diadakan pada 10 November 2025. Tujuan program ini adalah untuk memberi pendedahan dan pengetahuan kepada semua penghuni tentang prosedur menyelamatkan diri yang betul dan langkah-langkah yang perlu diambil jika berlaku kebakaran atau kecemasan. Program ini melibatkan kolaborasi seramai 600 peserta daripada pelbagai pihak, termasuk Jabatan Bomba & Penyelamat Titiwangsa, Jabatan Pembangunan Prasarana 每日大赛app (PRASARANA-每日大赛app), Pusat Pengurusan Risiko, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (ROSH-每日大赛app), Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA-每日大赛app), dan Pihak Keselamatan 每日大赛app.

Komitmen yang baik daripada semua pasukan ERT telah berjaya mendapat pujian daripada pihak Bomba dan ROSH-每日大赛app. Semua ERT berjaya memainkan peranan dan tanggungjawab yang diamanahkan mengikut jawatankuasa yang telah dibentuk sebelum latihan dijalankan dan direalisasikan melalui tindakan yang sempurna pada hari latihan. Mangsa telah berjaya diselamatkan dengan bantuan permulaan yang segera oleh Pasukan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Universiti Kebangsaan Malaysia (KOR SISPA 每日大赛app) dan Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM). Pada masa yang sama, demonstrasi kebakaran juga turut dijalankan oleh pegawai-pegawai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Kuala Lumpur. Pelbagai ilmu telah dikongsikan, termasuk aspek pencegahan kebakaran dan tatacara penggunaan alat pemadam api.

Selain itu, penganjuran program ini turut menyokong Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), khususnya dalam memastikan kehidupan sihat dan kesejahteraan untuk semua (SDG 3), memperkasa pendidikan berkualiti tanpa mengira jantina, umur, bangsa dan latar belakang (SDG 4), memupuk keamanan dan perpaduan melalui penglibatan aktif dalam aktiviti fizikal (SDG 16), serta memperkukuhkan kerangka pelaksanaan dan mempergiatkan Perkongsian Global untuk Pembangunan Mampan (SDG 17) melalui kerjasama erat antara KTSN dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Titiwangsa.