Sinar Kasih Rang De Ranggoli: Mahasiswa KTSN 每日大赛app Santuni Rumah Hope
Seramai lima orang wakil Majlis Tertinggi (MT) bersama seorang Exco Multimedia daripada program Rang De Ranggoli anjuran Kelab Kebudayaan India, Kolej Tun Syed Nasir (KTSN), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah mengadakan satu lawatan kebajikan ke Rumah Hope Children鈥檚 Home, Petaling Jaya pada 11 April 2026.
Lawatan ini bertujuan untuk menyantuni serta menyumbang makanan kepada penghuni rumah kebajikan tersebut, di samping memupuk nilai keprihatinan dan tanggungjawab sosial dalam kalangan mahasiswa. Inisiatif ini juga menjadi platform kepada mahasiswa untuk lebih mendekati komuniti.
Sepanjang program berlangsung, para wakil KTSN telah terlibat dalam aktiviti penyampaian makanan kepada penghuni Rumah Hope. Selain itu, mereka turut meluangkan masa untuk makan bersama serta berinteraksi dengan kanak-kanak di sana dalam suasana yang mesra dan harmoni. Penglibatan ini secara tidak langsung telah mewujudkan hubungan yang lebih erat antara mahasiswa dan komuniti setempat.
Penganjuran program ini mencerminkan komitmen Program Rang De Ranggoli dalam memperkukuh semangat kesukarelawanan dan nilai kemanusiaan dalam kalangan mahasiswa, selaras dengan usaha melahirkan graduan yang holistik dan berjiwa masyarakat. Program seperti ini diharap dapat diteruskan pada masa akan datang bagi memberi impak positif yang berterusan kepada komuniti.
Penganjuran program ini juga menyumbang kepada pencapaian SDG 16: Keamanan, Keadilan, dan Institusi Kukuh melalui promosi masyarakat yang inklusif dan adil. Dengan menyantuni golongan kanak-kanak di Rumah Hope, mahasiswa KTSN secara tidak langsung menyokong sistem sokongan sosial yang melindungi hak dan kebajikan golongan rentan. Usaha ini memperkukuh peranan mahasiswa sebagai ejen keamanan yang memupuk keharmonisan komuniti, sekaligus membina asas institusi kemasyarakatan yang lebih kukuh, prihatin, dan bebas daripada peminggiran sosial.