Berita – Kolej Ungku Omar /kuo Tue, 10 Feb 2026 08:11:54 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 UOFEST 2026 /kuo/news/uofest-2026/ Tue, 10 Feb 2026 08:11:54 +0000 /kuo/?post_type=news&p=670 ...]]> Bangi — UOFEST 2026 telah berlangsung dengan jayanya selama tiga hari bermula 9 hingga 11 Januari 2026 dengan pelbagai pengisian berimpak tinggi yang melibatkan seluruh komuniti Kolej Ungku Omar (KUO), pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) serta pengunjung luar. Penganjuran festival ini bukan sahaja bertujuan mengeratkan hubungan komuniti, malah menjadi wadah untuk menyemai nilai kemanusiaan, kesukanan dan kreativiti dalam kalangan peserta.

Program dimulakan dengan Malam Cinta Gaza yang berlangsung pada 9 Januari 2026 bermula jam 8.30 malam. Majlis ini dimulakan dengan alunan qasidah dan selawat yang menyentuh jiwa, diikuti sesi perkongsian bertemakan Perjuangan Ihsan Demi Insan Sejagat oleh The Helmis dan Iylia Balqis berkaitan delegasi Global Sumud Flotilla. Kehadiran para peserta yang mengenakan tema pemakaian hitam atau putih telah memeriahkan suasana serta melambangkan solidariti dan keprihatinan terhadap isu kemanusiaan sejagat.

Seterusnya, pada 10 Januari 2026, UOFEST 2026 diteruskan dengan penganjuran UNORUN yang berlangsung dari jam 7.00 pagi hingga 11.00 pagi. Program larian ini telah dirasmikan oleh Ayahanda Kolej Ungku Omar dan berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, umur dan latar belakang, termasuk penglibatan golongan istimewa (OKU). Semangat kesukanan dan inklusiviti yang ditonjolkan jelas mencerminkan objektif penganjuran program ini. Pada hari yang sama, Piala BBC Beyblade X turut diadakan dan mendapat sambutan menggalakkan daripada seluruh komuniti tanpa mengira jantina dan peringkat umur. Pertandingan ini berjalan dengan lancar dan disempurnakan dengan majlis penyampaian hadiah oleh Ayahanda Kolej Ungku Omar, Prof. Madya Ts. Dr. Darman bin Nordin.

Pada sebelah malam, berlangsung Majlis Perasmian UOFEST 2026 pada jam 8.30 malam yang telah dirasmikan oleh Ayahanda Kolej Ungku Omar. Majlis turut diserikan dengan ucapan oleh Ketua Pengarah UOFEST 2026, Maziah Afiqah binti Mad Daud. Suasana malam tersebut bertambah meriah dengan kehadiran pelajar ÿմapp dan pengunjung luar yang hadir menyaksikan persembahan daripada pertandingan Malam Patah Hati 4.0, sebelum diteruskan dengan persembahan artis jemputan, Zaki Yamani. Majlis pada malam tersebut diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah bagi pertandingan Malam Patah Hati 4.0.

Kemuncak UOFEST 2026 diteruskan pada hari terakhir dengan perlawanan penentuan Mobile Legends: Bang Bang yang disertai oleh empat kumpulan pelajar ÿմapp, diikuti sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang. Pada sebelah malam pula, suasana UOFEST 2026 dimeriahkan dengan Pertandingan UO Kpopstar 3.0, iaitu pertandingan tarian berkumpulan yang berjaya menarik perhatian ramai. Majlis turut diserikan dengan persembahan artis jemputan, Fahimi Rahmat, sebelum festival ini melabuhkan tirainya dengan sesi penyampaian hadiah, menandakan berakhirnya UOFEST 2026 dengan penuh kejayaan.

Disediakan oleh:

Exco Media & Publisiti

Ungku Omar Festival 2026,

Kolej Ungku Omar, 

Universiti Kebangsaan Malaysia.

]]>
HAEMO-CA9-NUTRI 2026 /kuo/news/haemo-ca9-nutri-2026/ Tue, 10 Feb 2026 08:06:10 +0000 /kuo/?post_type=news&p=658 ...]]> Bangi — Program Haemo-CA9-Nutri telah berjaya dianjurkan selama tiga hari iaitu pada 6 hingga 8 Januari 2026, bertempat di Aras 5 dan 6, Pusanika, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) dari jam 9.00 pagi hingga 3.00 petang. Program ini merupakan satu inisiatif kesedaran kesihatan yang bertujuan meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan penjagaan kesihatan dan amalan pemakanan seimbang sebagai asas kesejahteraan hidup.

Program ini dijayakan melalui  lima kolaborasi utama, iaitu Pusat Darah Negara, Pusat Kesihatan ÿմapp, Persatuan Pemakanan Malaysia, Yayasan Buah Pinggang Negara dan Diet Ideas Sdn. Bhd.. Kerjasama strategik ini membolehkan pelbagai perkhidmatan kesihatan disediakan secara menyeluruh dan bersepadu kepada para peserta.

Sepanjang penganjuran program, pelbagai aktiviti kesihatan dan pemakanan telah dilaksanakan bagi memberi manfaat secara langsung kepada pengunjung. Antara aktiviti utama yang dijalankan ialah Kempen Derma Darah yang bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pendermaan darah dalam menyelamatkan nyawa. Selain itu, peserta turut berpeluang menjalani Pemeriksaan Kesihatan dan Pemeriksaan Gigi secara percuma sebagai langkah saringan awal terhadap tahap kesihatan diri.

Dalam aspek pemakanan, program ini turut menawarkan Nasihat Pemakanan serta Konsultasi Diet Seimbang yang dikendalikan oleh pegawai dan pakar pemakanan bertauliah. Sesi ini memberi panduan praktikal kepada peserta tentang pemilihan diet yang sesuai mengikut keperluan individu dan gaya hidup masing-masing. 

Di samping itu, Ceramah Kesihatan turut diadakan bagi menyampaikan maklumat kesihatan secara lebih mendalam dan berstruktur. Dengan ceramah yang bertajuk “Diet Ideas: Healing Through Nutrition” yang telah berlangsung pada 7 Januari 2026. Ceramah ini disampaikan oleh Puan Masfarah Wahidah, Pengasas dan CEO Diet Ideas, yang menekankan peranan pemakanan sebagai komponen penting dalam menjaga kesihatan dalam jangka masa panjang.

Secara keseluruhannya, program Haemo-CA9-Nutri telah mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran dan pengetahuan masyarakat berkaitan kesihatan serta pemakanan seimbang. Diharapkan program seumpama ini dapat diteruskan pada masa hadapan sebagai platform pendidikan kesihatan yang berkesan dan memberi impak positif kepada komuniti.

Disediakan oleh:

Exco Media & Publisiti

BSMM Det.88C, Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia

]]>
MINGGU APRESIASI WATAN SESI 2025/2026 /kuo/news/minggu-apresiasi-watan-sesi-2025-2026/ Thu, 23 Oct 2025 01:11:05 +0000 /kuo/?post_type=news&p=562 ...]]> Bangi — Minggu Apresiasi Watan (MAW) Sesi 2025/2026 Universiti Kebangsaan Malaysia telah berlangsung dengan penuh warna dan semangat di seluruh kampus Bangi. Program tahunan ini menjadi wadah utama dalam menyambut kehadiran mahasiswa baharu sambil menerapkan nilai watan, kepimpinan dan semangat kekitaan dalam kalangan warga universiti.

Dengan bertemakan “Mission: Impossible”, pelaksanaan MAW kali ini menyerlahkan keberanian dan ketahanan warga Kolej Ungku Omar (KUO) dalam menjayakan setiap agenda program yang dirancang. Tema ini menjadi simbol kekuatan pasukan dan semangat pantang menyerah mahasiswa KUO dalam menempuh cabaran – bahawa tiada misi yang mustahil apabila dijayakan dengan iltizam, strategi dan perpaduan.

Antara detik menarik sepanjang minggu tersebut ialah kehadiran sepasang kembar baharu yang mencuri perhatian ramai. Salah seorang daripadanya menetap di Kolej Ungku Omar (KUO) manakala pasangannya di Kolej Ibrahim Yaakob (KIY). Kehadiran pasangan kembar tersebut turut membentuk simbol unik dalam kalangan mahasiswa, di mana kedua-duanya berjaya melanjutkan pengajian dalam bidang pilihan masing-masing di universiti yang sama. Hal ini mencerminkan keteguhan semangat, keazaman dan sokongan antara adik-beradik dalam menempuh perjalanan akademik di peringkat institusi pengajian tinggi.

Selain itu, program turut menerima lawatan daripada beberapa Pusat Tanggungjawab (PTJ) universiti yang turun padang bagi memberi sokongan moral serta memantau kelancaran pelaksanaan MAW di peringkat kolej.

Minggu Apresiasi Watan Sesi 2025/2026 bukan sekadar minggu pengenalan, tetapi satu misi pembentukan jati diri dan kesepaduan mahasiswa baharu ÿմapp dalam menempuh perjalanan akademik mereka. Dengan semangat Mission: Impossible, setiap cabaran dilihat sebagai peluang untuk menawan potensi diri dan mengukuhkan makna sebenar menjadi anak watan universiti.

Disediakan oleh:
Sekretariat Media & Informasi
Kolej Ungku Omar, Universiti Kebangsaan Malaysia

]]>