Bicara Persada - MINDA-ÿմapp /mindaukm Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia Wed, 01 Apr 2026 16:50:21 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Rancangan Pendidikan Negara 2026 – 2035: Bersediakah Kita? /mindaukm/rancangan-pendidikan-negara-2026-2035-bersediakah-kita/ /mindaukm/rancangan-pendidikan-negara-2026-2035-bersediakah-kita/#respond Mon, 23 Feb 2026 01:30:00 +0000 /mindaukm/?p=1428 Bicara Persada anjuran Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia (MINDA ÿմapp) yang berlangsung di Universiti Kebangsaan Malaysia – ÿմapp menghimpunkan wacana tajam tentang makna sebenar…

The post Rancangan Pendidikan Negara 2026 – 2035: Bersediakah Kita? first appeared on MINDA-ÿմapp.

]]>
Bicara Persada anjuran Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia () yang berlangsung di menghimpunkan wacana tajam tentang makna sebenar reformasi pendidikan dalam konteks Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026–2035. Reformasi tidak boleh difahami sekadar sebagai peluasan struktur atau penyusunan semula tempoh persekolahan, tetapi perlu dilihat sebagai perubahan menyeluruh pada falsafah sistem, reka bentuk pelaksanaan serta keberhasilan pembelajaran. Dalam kerangka tersebut, RPN dirumuskan lebih sebagai agenda penambahbaikan berperingkat berbanding transformasi struktural yang radikal.

Perbincangan yang menampilkan Tn. Hj. Aminuddin Bin Awang, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Malaysia (), Dr. (Timbalan Pengarah MINDA-ÿմapp) serta Puan Zaliza Alias, (Pengasas dan Pengarah Eksekutif GAINS Education Group) dan dikendalikan oleh Tn. Nazri Kahar, Editor Kanan , memberi tumpuan khusus kepada dimensi fiskal dan keberkesanan sistem. Malaysia memperuntukkan sebahagian besar belanjawan tahunan kepada sektor pendidikan, namun komposisi perbelanjaan masih banyak tertumpu kepada emolumen dan komitmen operasi. Dalam konteks ini, persoalan kecekapan kos serta pulangan terhadap pelaburan awam menjadi semakin penting. Isu kekosongan jawatan guru, beban tugas yang menjejaskan fokus pedagogi serta cabaran literasi dan minat terhadap aliran sains tulen memperlihatkan bahawa cabaran utama bukan sekadar jumlah peruntukan, tetapi keberkesanan reka bentuk dan pelaksanaan dasar.

Tuntasnya, Rancangan Pendidikan Negara (RPN) merupakan satu kerangka dasar yang signifikan dan berpotensi besar untuk memperkukuh sistem pendidikan negara. Ia boleh menjadi asas kepada pembaharuan yang lebih menyeluruh sekiranya dilaksanakan secara konsisten, berfasa serta berlandaskan data dan bukti. Dengan memenuhi prasyarat tersebut, RPN berupaya berkembang sebagai instrumen yang lebih berimpak dalam meningkatkan kualiti pendidikan negara, di samping memperkukuh kesiapsiagaan generasi masa hadapan untuk menghadapi cabaran pasca 2035.

MINDA-ÿմapp merakamkan penghargaan kepada semua yang hadir dan menyumbang pandangan, khususnya para pembuat dasar, wakil kementerian, persatuan ibu bapa, guru, akademia dan mahasiswa atas sumbangan bermakna yang memperkukuh kualiti wacana ini.

The post Rancangan Pendidikan Negara 2026 – 2035: Bersediakah Kita? first appeared on MINDA-ÿմapp.

]]>
/mindaukm/rancangan-pendidikan-negara-2026-2035-bersediakah-kita/feed/ 0
Geopolitik Tripolar: Apa Strategi Malaysia? /mindaukm/geopolitik-tripolar-apa-strategi-malaysia/ /mindaukm/geopolitik-tripolar-apa-strategi-malaysia/#respond Tue, 20 Jan 2026 06:30:00 +0000 /mindaukm/?p=1414 Bicara Persada bertajuk “Geopolitik Tripolar: Apa Strategi Malaysia?” ANJURAN MINDA ÿմapp bersama United Nations Association of Malaysia’ (UNAM) membawa peserta menelusuri landskap dunia yang semakin…

The post Geopolitik Tripolar: Apa Strategi Malaysia? first appeared on MINDA-ÿմapp.

]]>
Bicara Persada bertajuk “Geopolitik Tripolar: Apa Strategi Malaysia?” ANJURAN bersama United Nations Association of Malaysia’ (UNAM) membawa peserta menelusuri landskap dunia yang semakin tidak menentu. Persaingan antara Amerika Syarikat, China dan blok kuasa alternatif menegaskan bahawa aturan global pasca-Perang Dunia Kedua sedang goyah. Undang-undang antarabangsa semakin dipinggirkan, prinsip keadilan global semakin rapuh dan keamanan dunia kini banyak ditentukan oleh kehendak kuasa besar. Malaysia sebagai negara sederhana tidak lagi boleh bersikap pasif; strategi berprinsip, realistik dan berwawasan menjadi kunci mengekalkan kedaulatan dan relevansi di pentas global.

Perbincangan menekankan keperluan diplomasi proaktif, pengukuhan hubungan dua hala dan multilateral serta peranan bermakna dalam ASEAN dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Malaysia perlu bersedia membuat keputusan sukar, menyeimbangkan kepentingan nasional dengan tekanan global dan memastikan dasar luar negara bukan sekadar simbolik tetapi efektif dan berstrategi. Kesedaran geopolitik, analisis kritikal dan keberanian membuat keputusan menjadi teras dalam membentuk hala tuju negara dalam dunia yang semakin tripolar dan tidak menentu.

Kesimpulannya, perbincangan ini menegaskan bahawa Malaysia mesti berdiri dengan strategi, prinsip dan visi yang jelas. Dalam era global penuh cabaran, keberanian, ketajaman analisis dan kepimpinan berwawasan bukan pilihan tetapi keperluan. Negara perlu bersedia bukan sahaja mempertahankan kepentingan sendiri tetapi memastikan suara dan pengaruhnya di pentas dunia tetap dihormati dan relevan.

The post Geopolitik Tripolar: Apa Strategi Malaysia? first appeared on MINDA-ÿմapp.

]]>
/mindaukm/geopolitik-tripolar-apa-strategi-malaysia/feed/ 0