MPR - MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp /mindaukm Institut Pembangunan Dan Kemajuan Inklusif Malaysia Wed, 01 Apr 2026 15:07:41 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 From Disinformation And Misinformation To Trust: Reclaiming Malaysia’s Information Space /mindaukm/from-disinformation-and-misinformation-to-trust-reclaiming-malaysias-information-space/ /mindaukm/from-disinformation-and-misinformation-to-trust-reclaiming-malaysias-information-space/#respond Thu, 29 Jan 2026 06:00:00 +0000 /mindaukm/?p=1417 Kepercayaan terhadap media dan ruang maklumat sedang berada pada tahap yang kritikal, ketika masyarakat dihujani limpahan maklumat palsu dan tidak tepat yang tersebar pantas dalam…

The post From Disinformation And Misinformation To Trust: Reclaiming Malaysia’s Information Space first appeared on MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp.

]]>
Kepercayaan terhadap media dan ruang maklumat sedang berada pada tahap yang kritikal, ketika masyarakat dihujani limpahan maklumat palsu dan tidak tepat yang tersebar pantas dalam ekosistem digital tanpa sempadan. Dalam persekitaran komunikasi yang dipacu algoritma, sensasi dan kepantasan, autoriti fakta semakin terhakis, manakala kebolehan awam untuk membezakan kebenaran dan kepalsuan semakin teruji. Krisis ini bukan sekadar isu teknologi atau media, tetapi mencerminkan keretakan mendalam dalam hubungan antara institusi maklumat, penyampai naratif dan masyarakat.

Perbincangan meneliti secara kritikal cabaran landskap maklumat semasa, termasuk dominasi media sosial sebagai sumber rujukan utama, kemunculan pencipta kandungan sebagai pembentuk kepercayaan baharu, serta implikasi teknologi seperti kecerdasan buatan terhadap kredibiliti dan kebolehpercayaan kandungan. Wacana ini turut menegaskan bahawa kemerosotan kepercayaan awam berpunca daripada pelbagai faktor yang saling berkait, termasuk ketidakjelasan proses penghasilan berita, jurang kefahaman antara media dan khalayak, serta persekitaran digital yang menggalakkan penyederhanaan naratif, pengukuhan sentimen dan pembentukan gelembung maklumat.

Perbincangan yang dikendalikan oleh Prof. Madya Dr. Abdul Latiff Ahmad ini menampilkan kupasan mendalam oleh Prof. Madya Dr. Sabariah Mohamed Salleh, Ketua Program Komunikasi, Pusat Penyelidikan Media dan Komunikasi, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK), Universiti Kebangsaan Malaysia, serta Kalpana Jain, Editor Kanan (Senior Editor), The Conversation (Amerika Syarikat) dan Penyelidik Pelawat MINDA & FSSK, ÿÈÕ´óÈüapp. Secara keseluruhan, sesi ini menegaskan bahawa usaha merebut semula ruang maklumat negara memerlukan peralihan daripada pendekatan kawalan kandungan semata-mata kepada pembinaan ekosistem maklumat yang berintegriti, telus dan berteraskan kepercayaan bersama. Sejajar dengan aspirasi tersebut, MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp kekal komited menangani cabaran maklumat melalui wacana dasar berasaskan ilmu dan pemikiran kritikal, atas semangat bersama membangunkan negara. Program ini dianjurkan oleh dengan kerjasama , Universiti Kebangsaan Malaysia.

The post From Disinformation And Misinformation To Trust: Reclaiming Malaysia’s Information Space first appeared on MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp.

]]>
/mindaukm/from-disinformation-and-misinformation-to-trust-reclaiming-malaysias-information-space/feed/ 0
MALAYSIA 2025 DAN WAJAH 2026 YANG KITA IMPIKAN /mindaukm/malaysia-2025-dan-wajah-2026-yang-kita-impikan/ /mindaukm/malaysia-2025-dan-wajah-2026-yang-kita-impikan/#respond Thu, 15 Jan 2026 08:00:00 +0000 /mindaukm/?p=1412 Tahun 2025 bukan sekadar deretan peristiwa tetapi medan introspeksi nasional yang menguji kematangan kita sebagai masyarakat dan negara. Dalam sesi rakaman perbincangan meja bulat yang…

The post MALAYSIA 2025 DAN WAJAH 2026 YANG KITA IMPIKAN first appeared on MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp.

]]>
Tahun 2025 bukan sekadar deretan peristiwa tetapi medan introspeksi nasional yang menguji kematangan kita sebagai masyarakat dan negara. Dalam sesi rakaman perbincangan meja bulat yang dikendalikan oleh Timbalan Pengarah MINDA Dr. Anuar Ahmad, para panel membedah iktibar daripada perjalanan setahun lalu dengan penuh ketelitian, menilai implikasi setiap peristiwa terhadap hala tuju negara dan menyoal secara kritis siapa yang ingin kita jadi serta wajah bagaimana yang diimpikan untuk Malaysia 2026. Perbincangan ini berlangsung dalam suasana yang kritikal, tenang dan berlapik, menyatukan pengalaman, analisis dasar dan pandangan masa depan tanpa terperangkap dalam retorik semata-mata, menjadikannya wacana yang reflektif dan bermakna bagi sesiapa yang mendambakan pemahaman mendalam terhadap perjalanan bangsa.

Rakaman ini merupakan hasil kolaborasi strategik antara MINDA ÿÈÕ´óÈüapp dan Sinar Harian, menekankan peranan institusi, masyarakat dan kepimpinan dalam membentuk naratif masa depan negara. Sesi ini bukan sahaja menyorot realiti semasa tetapi juga menggali aspirasi kolektif, menyediakan ruang bagi analisis kritikal, idea progresif dan refleksi mendalam yang mampu memberi inspirasi kepada pembuat dasar, intelektual muda dan rakyat Malaysia secara keseluruhan. Rakaman penuh sesi ini akan disiarkan pada minggu hadapan.

The post MALAYSIA 2025 DAN WAJAH 2026 YANG KITA IMPIKAN first appeared on MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp.

]]>
/mindaukm/malaysia-2025-dan-wajah-2026-yang-kita-impikan/feed/ 0
Reforming Malaysia’s Health System: Challenges & Directions /mindaukm/reforming-malaysias-health-system-challenges-directions/ /mindaukm/reforming-malaysias-health-system-challenges-directions/#respond Mon, 15 Dec 2025 06:30:00 +0000 /mindaukm/?p=1410 Sistem kesihatan Malaysia kini berada pada titik genting yang menuntut penilaian semula secara menyeluruh terhadap struktur, pembiayaan dan hala tuju pembaharuan jangka panjang. Tekanan kos…

The post Reforming Malaysia’s Health System: Challenges & Directions first appeared on MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp.

]]>
Sistem kesihatan Malaysia kini berada pada titik genting yang menuntut penilaian semula secara menyeluruh terhadap struktur, pembiayaan dan hala tuju pembaharuan jangka panjang. Tekanan kos rawatan yang meningkat, kekangan fiskal, ketidakseimbangan peranan antara sektor awam dan swasta serta cabaran tenaga kerja kesihatan menjadikan reformasi bukan lagi pilihan, tetapi satu keperluan mendesak.

Menyedari realiti ini, telah menganjurkan Minda Policy Roundtable (MPR) bertemakan Reforming Malaysia’s Health System: Challenges & Directions sebagai platform dialog dasar tertutup yang menghimpunkan aktor utama ekosistem kesihatan negara bagi membahaskan reformasi sistem kesihatan secara kritikal, berfakta dan berpaksikan realiti pelaksanaan di lapangan.

Sesi perbincangan ini menampilkan panel berwibawa daripada kalangan akademik, industri kesihatan dan pengamal profesional, serta disertai oleh pembuat dasar, wakil kementerian dan agensi berkaitan, persatuan profesional kesihatan, pengurusan tertinggi hospital awam dan swasta serta pemegang taruh utama sektor kesihatan. Kepelbagaian latar belakang ini membolehkan perbahasan berlangsung secara berimbang, berani dan berasaskan pengalaman sebenar sistem.

Perbincangan memberi tumpuan kepada isu-isu teras termasuk tekanan pembiayaan kesihatan, kekangan fiskal kerajaan, ketidakseimbangan struktur antara sektor awam dan swasta, cabaran pembangunan serta pengekalan tenaga kerja kesihatan dan keperluan penambahbaikan tadbir urus sistem. Wacana menegaskan bahawa pembaharuan kesihatan tidak boleh lagi bersifat terpisah atau jangka pendek, sebaliknya memerlukan pendekatan bersepadu yang disokong oleh sinergi dasar merentas sektor.

MPR ini menegaskan kepentingan kerjasama strategik antara kerajaan, sektor swasta, institusi akademik dan masyarakat sivil sebagai prasyarat kepada reformasi sistem kesihatan yang mampan, telus dan berdaya tahan, selari dengan keperluan rakyat dan cabaran masa hadapan.

Program ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Seri Mustapha serta YBhg. Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Pro Naib Canselor, Universiti Kebangsaan Malaysia (Kampus Kuala Lumpur), dan menampilkan YBrs. En. Anwar Anis, Setiausaha Kehormat Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) serta YBrs. Prof. Dr. Sharifa Ezat Wan Puteh, Dekan Pusat Pengajian Citra (CITRA-ÿÈÕ´óÈüapp) yang juga Pakar Perubatan Kesihatan Awam daripada Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai panel perbincangan.

Siri ini menandakan permulaan kepada rangkaian MINDA Policy Roundtable berkaitan reformasi sistem kesihatan Malaysia dengan beberapa siri lanjutan dirancang pada tahun 2026 bagi mengupas isu-isu khusus secara lebih mendalam dan berfokus.

The post Reforming Malaysia’s Health System: Challenges & Directions first appeared on MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp.

]]>
/mindaukm/reforming-malaysias-health-system-challenges-directions/feed/ 0
Memperkasa Pendidikan Bumiputera /mindaukm/memperkasa-pendidikan-bumiputera/ /mindaukm/memperkasa-pendidikan-bumiputera/#respond Mon, 08 Dec 2025 02:00:00 +0000 /mindaukm/?p=1407 Sistem pendidikan Bumiputera hari ini berada di persimpangan kritikal. Jati diri, akhlak dan daya saing generasi muda sedang diuji. Walaupun pelbagai dasar dan institusi telah…

The post Memperkasa Pendidikan Bumiputera first appeared on MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp.

]]>
Sistem pendidikan Bumiputera hari ini berada di persimpangan kritikal. Jati diri, akhlak dan daya saing generasi muda sedang diuji. Walaupun pelbagai dasar dan institusi telah diwujudkan termasuk penekanan tinggi terhadap pendidikan Islam, jurang antara aspirasi pendidikan dan realiti lapangan masih nyata. Fenomena kelemahan disiplin, keruntuhan akhlak serta kegagalan pelajar memahami makna ilmu dan iman menimbulkan persoalan mendasar: apakah sistem pendidikan kita mampu membentuk generasi unggul yang berilmu, berakhlak dan berdaya saing?

Hari ini, MINDA Policy Roundtable (MPR) mempertemukan pemimpin dan pemikir pendidikan dipimpin oleh YBrs. Dr. bersama panel pembentang iaitu Ustaz Fauzi Asmuni dan Puan Zaliza Alias. Perbincangan yang dianjurkan secara bersama dengan Gabungan Nasionalis turut dihadiri oleh wakil kementerian, pakar pendidikan, yayasan dan pembuat dasar. Perbincangan meneliti setiap aspek pendidikan Bumiputera secara kritikal dari prasekolah hingga institusi tinggi, dari modul hingga metodologi pengajaran, dengan fokus utama: bagaimana ilmu dan nilai Islam dapat diterapkan secara efektif untuk membina jati diri pelajar sejak awal lagi.

Kesimpulannya jelas: masa untuk bercakap telah berlalu. Pendidikan Bumiputera memerlukan kepimpinan yang berani, inovasi yang berterusan dan kolaborasi strategik antara semua pihak. Hanya melalui pendekatan holistik dan kritikal kita mampu melahirkan generasi yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi juga berakhlak mulia, berdaya saing dan bersedia memimpin masyarakat ke arah kecemerlangan sejagat.

The post Memperkasa Pendidikan Bumiputera first appeared on MINDA-ÿÈÕ´óÈüapp.

]]>
/mindaukm/memperkasa-pendidikan-bumiputera/feed/ 0