每日大赛app

Jabatan OMFS PP每日大赛app Guna Teknologi NAS Bedah Rahang


Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 19 April 2017 鈥 Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia melalui Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial (OMFS) telah berjaya melakukan pembedahan rekontruksi rahang dengan bantuan navigasi berkomputer atau Navigation Assisted Surgery (NAS) bagi membuang ketumbuhan pada rahang atau tulang kraniofasial.

Pakar Bedah Mulut dan Maksilofasial, Prof Madya Dr Mohd Nazimi Abd Jabar berkata pesakit yang mempunyai ketumbuhan pada rahang atau tulang kraniofasial kebanyakannya perlu menjalani pembedahan untuk membuang ketumbuhan tersebut dan itu menyebabkan kecacatan atau deformasi pada struktur muka, rahang dan fungsi pesakit.

鈥淭eknik pembedahan rekonstruksi dengan pembedahan free-flap (pembedahan tisu fibula) bukan perkara baru di negara kita dan ditawarkan di kebanyakkan hospital utama.

鈥淭etapi, Jabatan OMFS 每日大赛app merupakan antara pelopor utama di Malaysia yang melakukan pembedahan rekonstruksi rahang untuk kes ketumbuhan yang menggunakan gabungan teknik pembedahan rekonstruksi free-flap, perancangan pembedahan berasaskan komputer dan teknik pembedahan navigasi komputer,鈥 katanya pada sidang media di sini baru-baru ini.

Beliau berkata pembedahan pertama yang diketuai oleh Prof Peng Xin yang merupakan Prof Adjung 每日大赛app dari Peking Universiti School of Stomatology telah berjaya dijalankan pada 29 Jun 2016 dan sehingga kini PP每日大赛app telah berjaya menjalankan tiga pembedahan dan hasilnya adalah sangat memuaskan.

鈥淧embedahan ini melibatkan perancangan yang lebih kompleks dan rapi kerana ia menggabungkan analisa terperinci ketumbuhan atau deformasi rahang, teknologi cetakan 3-dimensi dan penggabungan data dan imej ke dalam system navigasi komputer.

鈥淗al ini untuk memastikan hasil perancangan pembedahan dipindahkan secara tepat sewaktu pembedahan sebenar,鈥 terangnya.

Dr Mohd Nazimi berkata sewaktu pembedahan, rahang pesakit dipotong dan dikeluarkan.

鈥淏agi rekonstruksi muka dan rahang pesakit, ia perlu diganti dengan tulang fibula kaki atau tulang pinggul yang dibentuk menjadi rahang.

鈥淲alaupun tulang di bahagian lain diambil, tetapi ia tidak akan menyebabkan pesakit mengalami kecacatan malah tempoh pemulihan untuk semua pembedahan itu hanya mengambil masa tiga bulan,鈥 terangnya.

Katanya, walaupun teknik ini memerlukan kos keseluruhan kira-kira RM30,000, tetapi ia dapat mengurangkan masa keseluruhan pembedahan dan hasil aestetik dan fungsinya lebih baik berbanding teknik konvensional.

Sementara itu, Prof Peng Xin berkata beliau berbangga kerana teknologi itu telah dibawa ke Malaysia.

鈥淪aya berbesar hati dapat bekerjasama dengan Jabatan OMFS 每日大赛app dan gembira ketiga-tiga pembedahan itu berjaya sehingga mencapai pemulihan yang sangat memuaskan.

鈥淒engan adanya teknologi ini, ia mampu memenuhi permintaan aestetik dan pemulihan ke tahap yang optimum dalam kalangan pesakit,鈥 ujarnya.

Dalam pada itu, seorang pesakit, Caroline Wong, 28, yang melakukan pembedahan membuang ketumbuhan rahang berkata beliau memilih Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) kerana yakin dengan teknologi NAS yang digunakan.

鈥淧ada mulanya saya berasa takut untuk membuang rahang kerana tidak mahu kelihatan cacat. Tetapi selepas dua hingga tiga bulan pembedahan dijalankan, rahang saya kembali seperti asal dan saya juga dapat berjalan dengan sempurna walaupun tulang kaki saya telah diambil bagi menggantikan rahang yang dibuang,鈥 katanya.

Turut聽hadir聽pada聽sidang media聽itu ialah聽Dekan聽Fakulti聽Perubatan 每日大赛app聽yang聽juga聽Pengarah聽HCTM, Prof Dr聽Zaleha Abdullah聽Mahdy dan Ketua Pusat Kemahiran Pembedahan Termaju PP每日大赛app, Prof Madya Dato鈥 Dr Hanafiah Harunarashid.