Bicara Persada | 每日大赛app News Portal /news 每日大赛app News Portal Fri, 12 Aug 2022 01:50:29 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Ada Apa dengan Filem Mat Kilau? /news/Latest_News/ada-apa-dengan-filem-mat-kilau/ Fri, 12 Aug 2022 01:50:29 +0000 /news/?post_type=news&p=23446 Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia Filem Mat Kilau yang ditayangkan baru-baruBaca Selanjutnya

The post Ada Apa dengan Filem Mat Kilau? first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman
Naib Canselor
Universiti Kebangsaan Malaysia

Filem Mat Kilau yang ditayangkan baru-baru ini telah mencetuskan suatu fenomena baharu dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Filem ini bukan sahaja menarik perhatian peminat seni tanah air, malahan ahli akademik juga turut terpanggil untuk berbicara tentang garapan pengisian yang dalam maksudnya. Ternyata, rakyat Malaysia benar-benar dahagakan sebuah karya seni yang sarat dengan nilai sejarah dan semangat patriotisme seperti ini.

Baru-baru ini, warga Universiti Kebangsaan Malaysia berpeluang menyelami minda pengarah muda, Mohd Syamsul Mohd Yusof, melalui sebuah majlis ilmu yang dikenali sebagai Bicara Persada 每日大赛app yang membawa tajuk, 鈥楳at Kilau Kebangkitan Pahlawan: Yang Tersurat dan Tersirat鈥. Program bicara ini turut dihadiri oleh Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Wan Hashim Wan Teh, Pensyarah Fakulti Pengajian & Pengurusan Pertahanan UPNM dan Dato鈥 Rosyam Nor yang juga merupakan seorang pengarah, penerbit dan juga pelakon terkenal tanah air.

Maksud Tersirat

Tidak dinafikan, sebuah filem yang baik mempunyai graviti tersendiri untuk menarik masyarakat menghayati mesej yang ingin disampaikan melalui penceritaan filem tersebut. Justeru, ada apa dengan filem Mat Kilau? Filem ini sebenarnya bukanlah sekadar sebuah olahan biografi yang melakonkan semula kisah sejarah yang termaktub dalam pelbagai makalah. Mesej tersirat yang ingin disampaikan melalui filem ini sebenarnya merentasi zaman. Hakikatnya, filem Mat Kilau lebih dari sekadar hiburan. Ia merungkai isu semasa yang berlaku dalam masyarakat.

Perpecahan dalam masyarakat bukan hanya berlaku pada zaman dahulu. Hari ini, kita melihat perbalahan di mana-mana. Kita turut menyaksikan peperangan antara dua buah negara yang memberi kesan kepada ekonomi dunia. Isu perpaduan dan keruntuhan organisasi serta kesepakatan masyarakat global yang semakin pudar merupakan antara punca utama yang menyumbang kepada ketidakstabilan politik dan sosioekonomi masyarakat pada hari ini. Inilah antara maksud tersirat di sebalik adegan-adegan penuh aksi yang mendebarkan hati dalam filem Mat Kilau ini.

Nilai Etika dan Peradaban

Bagaimanakah kita dapat membantu masyarakat menghayati nilai etika dan peradaban yang sebenar? Sejarah merupakan kunci kejayaan sesebuah masyarakat. Sekiranya kita tidak belajar dari sejarah, kesilapan pasti berulang kembali. Justeru, mengangkat perjuangan pahlawan terdahulu sambil menghayati pengajaran di sebalik聽 kisah-kisah lama pasti berupaya membuka minda kita semua. Penerapan nilai melalui penghayatan kisah sejarah bukanlah suatu kaedah pembelajaran yang baharu dalam kalangan warga IPT di Malaysia. Di 每日大赛app, di samping memahami kisah-kisah sejarah, bahasa Melayu turut diangkat dengan suatu kehebatan yang melambangkan identiti watan seluruh masyarakat Malaysia. 每日大赛app percaya bahawa perpaduan dan kesepakatan boleh dicapai melalui pembudayaan bahasa Melayu sebagai bahasa akademik bertaraf dunia yang menjadi kebanggaan semua. Ianya juga mampu membentuk jati diri bangsa Malaysia yang positif dalam kalangan mahasiswa, tak kira bangsa dan agama.

Tidak dinafikan, perubahan biografi masyarakat yang terus berevolusi melalui pelbagai pendedahan serta pengaruh luar mampu memecah-belahkan rakyat. Sejarah telah membuktikan bagaimana penjajahan Portugis, Belanda, dan British telah merubah masyarakat dengan kefahaman mengenai jati diri yang berbeza mengikut acuan moden yang sekular. Perubahan ini bukanlah sesuatu yang negatif tetapi variasi budaya, perbezaan ideologi dan percanggahan fikiran, seandainya tidak diambil perhatian, boleh mencetuskan konflik dan perbalahan. Inilah antara cabaran masyarakat yang kekal sehingga ke hari ini, yang harus ditangani bersama. Jika diteliti garapan babak-babak dalam filem Mat Kilau, mesej yang tersirat ini pasti dapat dihayati. Persoalannya, bagaimana masyarakat menterjemah pesanan ini untuk dijadikan amalan dalam kehidupan seharian mereka?

Perkasa Jati Diri

Selaras dengan usaha membina jati diri bangsa Malaysia yang kental dengan nilai-nilai kemanusiaan, 每日大赛app memainkan peranan dalam usaha memperkasa jati diri dan nilai murni dalam kalangan mahasiswanya. Antaranya ialah menerusi aktiviti sukan, program pembangunan sahsiah, kesukarelawanan, patriotisme, program kebudayaan dan kem kepimpinan.

Perkongsian kefahaman jati diri ini membolehkan warga 每日大赛app secara kolektif merealisasikan agenda perpaduan masyarakat, sederap dengan aspirasi KPT. Jati diri yang kental dan utuh membentuk keperibadian mulia, sifat toleransi serta nilai kesepakatan yang dapat membantu mahasiswa meningkatkan keupayaan diri dalam menyusuri cabaran hidup. Jati diri ini juga menggerakkan semangat mencipta kejayaan sebagai ahli masyarakat yang berguna kepada bangsa dan negara. Semoga penghayatan nilai dan jati diri yang mantap berupaya melahirkan generasi muda yang hebat, sehebat pahlawan Mat Kilau.

Masa Depan Industri Filem

Hakikatnya, industri filem Malaysia sendiri memerlukan sokongan dan nafas baharu, agar lebih segar, relevan dan diterima oleh peminat seni di seluruh dunia. Saya bersetuju dengan Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Wan Hashim Wan yang menggesa kerajaan untuk terus menyokong serta mengangkat martabat industri filem negara. Pandangan ini turut disokong Dato鈥 Rosyam Nor yang melihat industi filem di Malaysia bukan seperti 鈥渋ndustri鈥 tetapi sekadar perkampungan filem yang menyajikan hiburan semata-mata.聽 每日大赛app sendiri berhasrat untuk menawarkan Program Teknologi Filem dan Muzik di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan sebagai tanda sokongan universiti watan ini, dalam memperkasakan industri filem kebangsaan.

The post Ada Apa dengan Filem Mat Kilau? first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Bicara Perdana Naib Canselor – 每日大赛app Terus Martabat Bahasa Melayu /news/Latest_News/bicara-perdana-naib-canselor-ukm-terus-martabat-bahasa-melayu/ Fri, 18 Mar 2022 02:32:28 +0000 /news/?post_type=news&p=22706 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim & Shahiddan Saidi BANGI, 8 Mac 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) diberi mandatBaca Selanjutnya

The post Bicara Perdana Naib Canselor 鈥 每日大赛app Terus Martabat Bahasa Melayu first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir

Foto Ikhwan Hashim & Shahiddan Saidi

BANGI, 8 Mac 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) diberi mandat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) untuk terus memartabatkan Bahasa Melayu ke peringkat antarabangsa.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh KPT, kementerian itu telah melantik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai Sekretariat Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu Institusi Pendidikan Tinggi Negara-negara Asean.

Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd. Ekhwan Toriman berkata pelantikan itu adalah tepat pada masanya kerana universiti itu sentiasa berpijak kepada realiti penubuhannya untuk memartabatkan bahasa melayu sebagai Bahasa Ilmu.

鈥淧enubuhan 每日大赛app adalah aspirasi rakyat yang mahukan Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu selain meletakkan jati diri kebangsaan sebagai asas dan menjulang semangat patriostisme dalam kalangan warganya,鈥 katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis Bicara Perdana Naib Canselor 每日大赛app 2022 yang diadakan di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR) 每日大赛app Bangi.

Katanya 每日大赛app menyambut baik amanat Perdana Menteri Malaysia, Dato鈥 Seri Ismail Sabri Yaakob yang mahukan Bahasa Melayu digunakan dalam setiap urusan rasmi negara, termasuk mesyuarat dan juga persidangan antarabangsa.

“Bahasa Melayu adalaah janji 每日大赛app kepada negara sejak dari awal penubuhannya. Oleh itu, pelantikan ini sangat kena pada masanya kerana ATMA kini giat menjalankan pelbagai program untuk memartabat serta memperkasa bahasa kebangsaan.

“Ia merupakan amanah besar yang perlu digalas oleh semua pihak untuk meletakkan bahasa melayu di tempatnya,” katanya.

Turut hadir Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti 每日大赛app, Prof. Emeritus Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak.

Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan berkata melalui pelantikan tersebut, 每日大赛app bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya dalam memastikan pelbagai program dapat dilaksanakan serta meningkatkan kerjasama dengan pelbagai universiti demi mencapai aspirasi pengukuhan bahasa kebangsaan.

“Sebagai sekretariat yang akan menerajui pemerkasaan Bahasa Melayu diperingkat antarabangsa, ATMA yang sememangnya sudah mempunyai asas kajian mengenai bahasa berhasrat untuk mengadakan kerjasama dengan universiti-universiti utama di Asia Tenggara,鈥 katanya.

Walau bagaimanapun, katanya, 每日大赛app juga akan memastikan dalam usaha memperkasa bahasa kebangsaan ini, ia tidak akan sesekali meminggirkan bahasa-bahasa lain seperti Bahasa Inggeris, Mandarin dan sebagainya.

The post Bicara Perdana Naib Canselor 鈥 每日大赛app Terus Martabat Bahasa Melayu first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Industri PKS Sumber Pertumbuhan Ekonomi Negara /news/Latest_News/industri-pks-sumber-pertumbuhan-ekonomi-negara/ Wed, 28 Apr 2021 07:43:09 +0000 /news/?post_type=news&p=21339 Oleh Asmahanim Amir Foto Shahiddan Saidi BANGI, 21 April 2021 –聽 Peranan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah sumber kepadaBaca Selanjutnya

The post Industri PKS Sumber Pertumbuhan Ekonomi Negara first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 21 April 2021 –聽 Peranan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) adalah sumber kepada pertumbuhan ekonomi sesebuah negara, kata Datuk (Dr.) Hafsah Hashim.

Beliau yang merupakan SME Advisor Bank Islam dan pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia di SME Corporation Malaysia (SME Corp) selama hampir 14 tahun berkata kuasa kecil itu (PKS) adalah kuasa besar baharu dalam pertumbuhan ekonomi.

鈥淧embuat dasar selalu terlupa bahawa kuasa kecil itu sebenarnya besar. Ada tiga perkara kenapa saya kata small is the new big.

鈥淧ertama, kalau kita lihat negara mana pun di dunia ini, 98 peratus (%) hingga 99% jumlah syarikat-syarikat mereka adalah perusahaan kecil dan sederhana.

鈥淜edua, jika kita lihat dari konteks kuasa ini, 67% daripada jumlah peluang pekerjaan diwujudkan oleh PKS dan yang ketiga adalah syarikat kecil ini bila kita satukan, mereka akan menjadi sebagai satu kuasa besar dalam konteks sumbangan kepada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) negara,鈥 katanya pada 每日大赛app-GSB National Forum; “National Transformation Agenda: Malaysia Future Ready?”, di sini baru-baru ini.

Datuk (Dr.) Hafsah berkata jika virus COVID-19 tidak melanda dunia, Malaysia mensasarkan pada tahun 2020 akan mencapai 40% daripada sumbangan KDNK negara iaitu kira-kira 600 billion.

鈥淪ebab itu saya katakan tadi, saya minta pembuat dasar pastikan jangan terlepas pandang berkenaan perkara ini (PKS),鈥 katanya.

Kata beliau, dalam konteks peluang, pada umumnya rakyat Malaysia kadang-kadang tidak pandang tinggi terhadap barangan dan produk buatan tempatan.

They (PKS) have to prove themselves outside, mereka kena dapatkan pengiktirafan di luar negara, baru diterima di Malaysia. But yet, kita punya PKS yang 20% ini boleh ke luar negara, boleh create a brand dan diterima pakai.

鈥淛adi, saya minta supaya pembuat dasar dan Kementerian Kewangan memberi peluang kepada syarikat domestik kerana syarikat-syarikat ini bukan calang-calang. Mereka pun dah ada piawaian鈥 kita nak merancakkan dan meningkatkan lagi pelaburan dalaman (domestic investment),鈥 katanya.

Katanya, Malaysia perlu memberi pengiktirafan kepada produk-produk keluaran tempatan, baru boleh mencipta kuasa ekonimi.

鈥淏agi saya sama ada kita future ready atau tidak, bagi syarikat-syarikat Malaysia ini, its always in 20% to 30% principle. Bermaksud bahawa apabila kita nak menganjak mereka kepada pengantarabangsaan, kita kena perasankan bahawa demography of the population of the companies di Malaysia ini, yang 20% itulah yang saya katakan future ready.

鈥淵ang lagi 80% itu pada kebiasaannya, mereka masih lagi mahu bersaing, masih lagi perlu diperbetulkan, masih lagi perlu dianjakkan lagi konteks seperti pembungkusan produk, piawaian dan sebagainya,鈥 jelasnya.

Datuk (Dr.) Hafsah berkata 20% disebut future ready enterprises itu selalunya mempunyai tiga DNA iaitu pertama adalah kesedaran 鈥 mereka tahu apa perubahan yang berlaku dipersekitaran atau dipasaran.

鈥淜edua adalah predictive 鈥 mereka tahu nak buat unjuran syarikat untuk tempoh 6 bulan, 12 bulan dan sebagainya. Manakala ketiga yang saya perhatikan adalah adaptive – iaitu mereka tahu macam mana nak ubah suai.

鈥淵ang kita lihat sekarang yang ubah suai dalam norma baharu adalah datangnya dari 20% ini, dan norma baharu ini sebenarnya telah merancakkan dan mempercepatkan lagi pengitilan di banyak syarikat di Malaysia.

鈥淪aya percaya bahawa kalau kita pergi ke arah begitu (pendigitilan), sama ada mereka ini adalah syarikat future ready Malaysia, mereka kena mengadaptasikan, mereka kena buat unjuran syarikat dan mereka kena tahu persekitaran di mana kita berada supaya mereka boleh cepat lagi dapat menangkap peluang-peluang yang ada sama ada peluang di peringkat antarabangsa atau dalam negara,鈥 tegasnya.

Forum yang dipengerusikan oleh Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar itu telah membariskan lima lagi ahli panel iaitu Prof. Jomo Kwame Sundaram, Datuk Sutinah Sulan, Prof. Dr. Zalina Hashim, Prof. Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul dan Faeez Fadhilat.

The post Industri PKS Sumber Pertumbuhan Ekonomi Negara first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Cabaran Pemuda Belia Zaman Sekarang Sangat Berat 鈥 Dr. H. Abdul Somad /news/Latest_News/cabaran-pemuda-belia-zaman-sekarang-sangat-berat-dr-h-abdul-somad/ Tue, 11 Feb 2020 03:11:25 +0000 /news/?post_type=news&p=19694 Oleh Mohamad Arif Haziq Mohamad Musri Foto Ikhwan Hasim BANGI, 4 Februari 2020 鈥 鈥淜alaulah umur saya mundur ke belakang,Baca Selanjutnya

The post Cabaran Pemuda Belia Zaman Sekarang Sangat Berat 鈥 Dr. H. Abdul Somad first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Mohamad Arif Haziq Mohamad Musri
Foto Ikhwan Hasim

BANGI, 4 Februari 2020 鈥 鈥淜alaulah umur saya mundur ke belakang, disuruh menjadi penuntut ilmu di Universiti Al-Azhar semula, saya tak sanggup sebab begitu berat cabaran pemuda zaman sekarang,鈥 kata Dr H Abdul Somad Batubara ketika menyampaikan syarahan pada Bicara Persada ke-57 bertajuk Kesatuan Ummah:聽 Cabaran dan Harapan di Persada Canselori, Bangunan Pentadbiran.

Ketika ditanya mengenai kekuatan yang perlu ada dalam diri remaja dalam menghadapi fitnah akhir zaman, beliau berkata, tiada jalan lain untuk mengelakkan fitnah selain menanam akidah dan keyakinan yang kuat bahawa setiap tingkah laku, walaupun tidak diperhatikan oleh orang lain, sentiasa diperhatikan oleh Allah S.W.T.

Beliau juga mengulas bahawa ibu bapa seharusnya mengajar anak-anak sejak dari kecil melalui amalan seperti solat sunat dan sebagainya agar diri sentiasa suci dan dijaga malaikat.

Beliau menegaskan bahawa akidah yang kuat akan mejadi tali yang mengikat kepercayaan tauhid dengan kuat.

Katanya, Universiti Kebangsaan Malaysia(每日大赛app) sentiasa meningkatkan usaha dalam menguatkan akidah melalui para pensyarah yang mendidik pelajar untuk menepis segala akidah yang sesat.

Dalam syarahan tersebut, Dr. H. Abdul Somad turut bercerita tentang bagaimana umat Islam pada zaman dahulu yang berbeza mazhab, tetapi masih boleh menghormati sesama mereka walaupun berbeza pendapat.

鈥淪aya percaya Kesatuan Ummah seperti tajuk bicara ini boleh dicapai sekiranya umat Islam dicerdaskan oleh para ulama yang benar-benar memahami fiqh menerusi ajaran mereka,鈥 katanya.

Bicara Persada itu dipengerusikan oleh Prof Madya Dato鈥 Dr Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim.

Dr. H. Abdul Somad yang berasal dari Asahan, Sumatera Utara, Indonesia adalah seorang Professor Pelawat di Universiti Sultan Ali, Brunei. Beliau pernah mendapat anugerah Tokoh Daie Nusantara dari Negeri Kelantan pada tahun 2019, dan pada tahun 2018, beliau telah menerima anugerah Datuk Seri Ulama Negara dari Lembaga Adat Melayu Riau-Sumatera Indonesia.

The post Cabaran Pemuda Belia Zaman Sekarang Sangat Berat 鈥 Dr. H. Abdul Somad first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Kemajuan Teknologi Bergantung kepada Perkembangan Nanoteknologi 鈥 Prof. Emeritus Dr. Muhamad /news/Latest_News/kemajuan-teknologi-bergantung-kepada-perkembangan-nanoteknologi-prof-emeritus-dr-muhamad/ Thu, 30 Jan 2020 04:53:49 +0000 /news/?post_type=news&p=19626 Oleh Siti Lailatul Mastura Norazlan Foto Izwan Azman BANGI, 21 Januari 2020 鈥 Kemajuan teknologi hari ini banyak bergantung kepadaBaca Selanjutnya

The post Kemajuan Teknologi Bergantung kepada Perkembangan Nanoteknologi 鈥 Prof. Emeritus Dr. Muhamad first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Siti Lailatul Mastura Norazlan
Foto Izwan Azman

BANGI, 21 Januari 2020 鈥 Kemajuan teknologi hari ini banyak bergantung kepada peranti elektronik yang dibina bagi tujuan sistem komunikasi dan berfungsi dengan pengawalan elektron menerusi tiub vakum.

Namun, penggunaan bahan semikonduktor dalam peranti elektronik bermula pada tahun 1947 dan telah berkembang pesat pada tahun 1960, hasil dari inovasi teknologi semikonduktor silikon.

Felo Utama Institut Kejuruteraan Mikro dan NanoElektronik (IMEN), Prof Emeritus Dr Muhamad Mat Salleh dalam syarahannya berkata, teknologi baru itu tidak bergantung kepada semikonduktor silikon semata-mata, tetapi dihasilkan dari bahan yang berasaskan nanoteknologi.

鈥淧erkembangan era semikonduktor telah berlaku dari segi saiz besar ke saiz yang kecil dan perkembangan ini juga dapat diukur dengan berapa banyak cip boleh diisi dalam transistor,鈥 katanya dalam Syarahan berjudul Menelusuri Evolusi Industri Elektonik Bagi Merintis Kecemerlangan Pasca 50 Tahun Penubuhannya di Persada Canselori, baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam perkembangan era nanoteknologi pula, ia menggunakan komponen-komponen dengan menggunakan bahan yang kecil dari skala satu hingga 100 nanometer.

Jelasnya, keistimewaan nanoteknologi telah membuka ruang inovasi yang luas dan boleh dicapai tanpa kos pembangunan infrastruktur yang tinggi.

Dalam pada itu, beliau juga pernah menjalankan beberapa kajian, antaranya ialah menghasilkan peranti elektronik menggunakan bahan cetakan dan menjalankan penyelidikan berkaitan Diod Pemancar Cahaya Organik (OLED).

 

The post Kemajuan Teknologi Bergantung kepada Perkembangan Nanoteknologi 鈥 Prof. Emeritus Dr. Muhamad first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Ban Ki-moon Terima Ijazah Kehormat Keamanan Sejagat dan Pembangunan Mapan dari 每日大赛app /news/Latest_News/ban-ki-moon-terima-ijazah-kehormat-keamanan-sejagat-dan-pembangunan-mapan-dari-ukm/ Mon, 09 Dec 2019 01:29:30 +0000 /news/?post_type=news&p=19421 Oleh Asmahanim Amir Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 1 Disember 2019 鈥 Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), BanBaca Selanjutnya

The post Ban Ki-moon Terima Ijazah Kehormat Keamanan Sejagat dan Pembangunan Mapan dari 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 1 Disember 2019 鈥 Bekas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Keamanan Sejagat dan Pembangunan Mapan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) sempena Majlis Konvokesyen 每日大赛app ke-47.

每日大赛app adalah universiti pertama di negara ini yang memberi penganugerahan itu bagi menghargai dedikasi dan sumbangan berterusan diplomat global itu ke arah kemapanan dunia.

Anugerah tersebut telah disampaikan oleh Canselor 每日大赛app, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, DYMM Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir. Turut hadir bersama ialah Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tunku Besar Mahmud; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Ibni Tuanku Muhriz dan Naib Canselor 每日大赛app, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.

Kebolehan dan sifat kepimpinan Ban Ki-moon telah meletakkan beliau memegang jawatan sebagai Setiausaha Agung PBB selama dua penggal iaitu dari tahun 2007 sehingga 2016.

Sebagai pemimpin utama di PBB, Ban Ki-moon sangat sensitif terhadap isu pembangunan mapan khususnya kemiskinan, kualiti hidup, perubahan iklim dan pemerkasaan wanita dan remaja.

Inisiatif utama beliau adalah menjadikan isu perubahan iklim sebagai agenda global pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim.

Beliau juga melancarkan inisiatif Caring for Climate yang mensasarkan peranan organisasi perniagaan dalam memerangi isu perubahan iklim. Inisiatif ini telah ditandatangani oleh 350 wakil organisasi perniagaan dari 65 buah negara.

Lawatan beliau ke Antartika, Patagonia Chile, Amazon, Lautan Artik, Kiribati dan Greenland telah mendapat perhatian dunia yang akhirnya mencetuskan usaha untuk mengurangkan kesan dari perubahan iklim.

Antara pencapapaian cemerlang Ban Ki-moon adalah mencetuskan konsep Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs), semasa Persidangan PBB mengenai Pembangunan Mapan di Rio de Janeiro pada tahun 2012.

Konsep ini telah diberikan rangsangan yang baik semasa Perjanjian Paris mengenai Perubahan Iklim pada tahun 2015 dan telah mendapat sokongan dari 193 ahli PBB.

Sebagai seorang yang berpegang teguh dengan konsep pembangunan mapan, Ban Ki-moon telah melancarkan Pendidikan Global (Global Education) sebagai agenda antarabangsa dengan menggerakkan sumber-sumber global yang ada untuk menyediakan pendidikan kepada semua.

Dalam syarahannya bertajuk Keamanan Sejagat dan Pembangunan Mapan sempena penganugerahan tersebut, Ban Ki-moon berkata melalui pemerkasaan pendidikan, pembangunan mapan dapat direalisasikan demi menjaga keamanan sejagat.

鈥淯ntuk merealisasikan SDGs 2030, kita (dunia) memerlukan bantuan semua pihak termasuk kerjasama di antara kerajaan, masyarakat dan ahli akademik.

鈥淭anpa pendidikan, adalah sukar bagi kita (dunia) untuk melaksanakan kesemua agenda itu seperti contoh di Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ini yang menyediakan pendidikan berkualiti. Ini sangat diperlukan dalam membasmi kemiskinan, kesaksamaan gender dan kesihatan umum,鈥 katanya

Walaupun telah bersara, Ban Ki-moon tetap terus mengejar impiannya untuk mewujudkan keamanan sejagat dan memberi kesadaran kepada masyarakat mengenai hak dan tanggungjawab bersama.

Impian ini terus berkembang dan direalisasikan dengan tertubuhnya Ban Ki-moon Centre for Global Citizens bertempat di Vienna dan diasaskan bersama Heinz Fischer, bekas Presiden Austria.

Beliau turut berkhidmat sebagai Presiden dan Pengerusi Global Green Institute; sebuah organisasi antarabangsa yang komited memperkukuhkan pertumbuhan ekonomi di negara-negara membangun.

The post Ban Ki-moon Terima Ijazah Kehormat Keamanan Sejagat dan Pembangunan Mapan dari 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Perpaduan Kaum di Malaysia Semakin Rapuh 鈥 Prof. Dato鈥 Dr. Teo Kok Seong /news/Latest_News/perpaduan-kaum-di-malaysia-semakin-rapuh-prof-dato-dr-teo-kok-seong/ Tue, 17 Sep 2019 01:03:57 +0000 /news/?post_type=news&p=19050 Oleh Siti Lailatul Mastura Norazlan dan Asmahanim Amir Foto Shahiddan Saidi BANGI, 12 SEPTEMBER 2019 鈥 Perpaduan kaum di MalaysiaBaca Selanjutnya

The post Perpaduan Kaum di Malaysia Semakin Rapuh 鈥 Prof. Dato鈥 Dr. Teo Kok Seong first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Siti Lailatul Mastura Norazlan dan Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 12 SEPTEMBER 2019 鈥 Perpaduan kaum di Malaysia dilihat semakin rapuh walaupun negara telah mencapai kemerdekaan ke-62 tahun, kata Felo Utama, Institut Kajian Etnik (KITA), Prof Dato鈥 Dr Teo Kok Seong.

Beliau berkata, perpaduan negara masih pada tahap sosial di mana terdapat defisit kepercayaan antara kaum.

Menurutnya, tahap ini adalah kerana asas pembentukan Malaysia adalah integrasi dalam membentuk negara bangsa dan pada hari ini iaitu tahap perpaduan adalah pada tahap sosial sahaja iaitu hasil integrasi.

鈥淭ak adil kalau kita nak bandingkan dengan Indonesia dan Thailand sebab asas jati diri mereka adalah berbeza berbanding dengan jati diri rakyat kita. Walaupun negara kelihatan bersatu kerana tiada huru-hara, tetapi jika ditinjau hubungan etnik di Semenanjung, tidak ada kerukunan antara kaum dan saling tidak menyokong antara satu sama lain,鈥 katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi ahli panel Bicara Persada Ke-53 anjuran KITA 每日大赛app, bertajuk Perpaduan Rakyat: Semakin Ampuh atau Rapuh? Di Persada Canselori, Bangunan Pentadbiran baru-baru ini.

Ahli panel lain ialah Pengarah KITA, Profesor Ulung Datuk Dr Shamsul Amri Baharuddin; Setiausaha Agung Kehormat Harmony Malaysia, Prematilaka KD Serisena dan pelajar Fakulti Sains dan Teknologi 每日大赛app, Divagaar Siva.

Katanya, pergaulan antara tiga kaum utama di Malaysia adalah terhad dan hanya berlaku di majlis-majlis formal sahaja, tetapi tiada interaksi kerana tahap perkenalan dua pihak (kaum) adalah pada permukaan sahaja.

Prof Dato鈥 Dr Teo Kok Seong, Pakar Bahasa Melayu berkata, sejak Merdeka, kerajaan telah melancarkan beberapa inisiatif dalam membentuk perpaduan rakyat, antaranya Bahasa Malaysia sebagai Bahasa Kebangsaan, Rukun Negara, Wawasan 2020 dan Gagasan 1Malaysia, tetapi semuanya dilihat tidak berjaya.

鈥淎pabila inisiatif ini tidak berjaya, kita perlu melihat semula, mungkin kita gagal dalam aspek pembentukan negara bangsa,鈥 katanya.

Sementara itu, Profesor Ulung Datuk Dr. Shamsul Amri menegaskan bahawa masyarakat Malaysia perlu membina kefahaman melalui tiga pekara penting iaitu keluarga, individu dan komuniti.

鈥淜erapuhan kefahaman dalam tiga elemen ini boleh menyumbang kepada kegagalan perpaduan dalam kalangan rakyat di Negara ini,鈥 katanya.

Beliau turut mengingatkan kepada orang ramai untuk belajar dari sejarah kerana sejarah menjadikan bagaimana Malaysia terbentuk pada hari ini.

Forum selama dua jam itu turut menampilkan Penyampai RTM, Suhaimi Mohamed sebagai moderator.

The post Perpaduan Kaum di Malaysia Semakin Rapuh 鈥 Prof. Dato鈥 Dr. Teo Kok Seong first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Statut Rom Lindungi Dari Ancaman Luar dan Dalam /news/Latest_News/statut-rom-lindungi-dari-ancaman-luar-dan-dalam/ Tue, 30 Apr 2019 00:47:57 +0000 /news/?post_type=news&p=18541 Oleh Muhammad Fikri Abdullah Foto Izwan Azman BANGI, 26 April 2019- Baru-baru ini, Kebinet telah memutuskan Malaysia menarik diri daripadaBaca Selanjutnya

The post Statut Rom Lindungi Dari Ancaman Luar dan Dalam first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Muhammad Fikri Abdullah
Foto Izwan Azman

BANGI, 26 April 2019- Baru-baru ini, Kebinet telah memutuskan Malaysia menarik diri daripada Statut Rom Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kerana kekeliruan yang timbul dalam masyarakat berkenaan dengan isu tersebut.

Profesor Fakulti Undang-Undang (FUU), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof Datin Dr Faridah Jalil berkata, walaupun Malaysia telah memutuskan untuk menarik diri, namun tindakan meratifikasi Statut Rom mampu melindungi Malaysia daripada ancaman luar dan dalam negara berkenaan empat jenayah antarabangsa iaitu pembunuhan beramai-ramai, jenayah perang, jenayah kemanusiaan dan pencerobohan.

Beliau berkata, ICC adalah mahkamah pilihan terakhir apabila negara yang terbabit gagal atau tidak mampu mengambil apa-apa tindakan terhadap pesalah jenayah tersebut.

鈥淭ujuan ICC dan mahkamah di negara kita adalah berbeza. ICC akan memberi laluan untuk mendapatkan legal redress yang mereka tidak boleh dapat dari mahkamah negara pihak.

鈥淏idang kuasa ICC bukan automatik, tidak ada universal jurisdiction, ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi untuk mendapatkan bidang kuasa membicarakan terutamanya mahkamah negara tersebut enggan, gagal atau tidak ada remedi bagi kesalahan-kesalahan jenayah yang disebutkan dalam Statut Rom,鈥 katanya semasa Bicara Persada bertajuk Statut Rom: Malaysia ke Arah Mana? di Persada Canselori, 每日大赛app.

Selain itu, Ketua Eksekutif, Pusat Penyelidikan dan Advokasi Hak Asasi Manusia (CENTHRA), Azril Mohd Amin berkata, pengumuman Malaysia menarik diri daripada Statut Rom dibuat berikutan kekeliruan yang timbul dari segi politik dan dalam kalangan masyarakat.

鈥淜ita setuju untuk tidak meratifikasi tetapi keutamaan kita sekarang ini apa? Untuk kita memastikan bahawa kita boleh menggunakan ICC ini sebagai satu bantuan khususnya umat Islam di Palestin dan Rohingya,鈥 katanya.

Bicara Persada tersebut turut dibarisi oleh Peguam, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz dan aktivis, Asheeq Ali Sethi Alivi sebagai ahli panel dan menampilkan Prof Dato鈥 Noor Aziah Mohd Awal, Profesor di FUU sebagai moderator.

The post Statut Rom Lindungi Dari Ancaman Luar dan Dalam first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
每日大赛app Sasar Lantik 26 Profesor Antarabangsa Tersohor /news/Latest_News/ukm-sasar-lantik-26-profesor-antarabangsa-tersohor/ Tue, 23 Apr 2019 04:33:19 +0000 /news/?post_type=news&p=18498 Oleh Asmahanim Amir Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 16 April 2019 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mensasarkan pelantikan seramai 26Baca Selanjutnya

The post 每日大赛app Sasar Lantik 26 Profesor Antarabangsa Tersohor first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 16 April 2019 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mensasarkan pelantikan seramai 26 Profesor antarabangsa tersohor untuk berganding bahu dan bersama-sama menerajui serta meningkatkan mutu dan kualiti universiti kebangsaan tersebut.

Naib Canselor, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor berkata, 每日大赛app perlu membawa lebih banyak kepakaran antarabangsa ke kampus itu bagi mengukuhkan lagi penyelidikan universiti.

鈥淜ita bercakap tentang pengantarabangsaan tetapi kita 鈥榖ocor鈥 (kurang) mengambil pakar tersohor dari luar negara. Kita perlu membawa lebih ramai pakar ke dalam kampus kita.

鈥淐ontohnya bidang kejuruteraan mekanikal. Misalnya kita perlu mereka bentuk enjin, maka kita perlu membawa Profesor yang mahir dalam bidang itu. Jadi, kerjasama antara kepakaran yang sedia ada (pakar 每日大赛app) dan pakar tersohor dari luar negara dapat meningkatkan lagi bidang tersebut,鈥 jelasnya selepas Majlis Bicara Perdana Naib Canselor 2019 bertemakan Kualiti Teras Kebitaraan Universiti di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), 聽baru-baru ini.

Beliau berkata, pengambilan 26 Profesor tersohor dari luar negara akan dibuat pada tahun ini dan sekurang-kurangnya akan diberikan kontrak tiga tahun dengan kos sebanyak RM6 juta.

鈥淛adi dalam tempoh tersebut (tiga tahun), mereka boleh memohon geran penyelidikan dan kalau ada Profesor tersohor ini, lebih mudah untuk kita (每日大赛app) menyediakan proposal untuk mendapatkan geran penyelidikan antarabangsa,鈥 ujarnya.

Prof Ir Dr Mohd Hamdi turut menjelaskan bahawa pelantikan Profesor antarabangsa tersohor akan dilakukan oleh fakulti dan institut.

鈥淢ereka (fakulti dan institut) lebih arif tentang kelebihan mereka dan bidang apa yang mereka mahu kembangkan.

鈥淜ita akan memudahkan proses tersebut dan meningkatkan segala kemudahan yang ada. Buat masa ini, kita tidak ada peruntukan berapakan jumlah Profesor yang akan diambil oleh setiap fakulti dan institut kerana saiz setiap fakulti dan institut adalah berbeza.

鈥淎da fakulti yang besar dan ada fakulti yang kecil. Jadi, kita akan tengok keperluan bidang tersebut,鈥 jelas beliau.

Berkenaan dengan kedudukan 每日大赛app (ranking), beliau tidak menyebut secara terperinci kerana beliau yakin kedudukan itu adalah melalui produk.

鈥淢aknanya, kalau produk kita bagus atau hebat, secara automatik penarafam kita akan naik. Sudah tentu dalam hati kecil kita, kita mahu menjadi ahli kumpulan 100. Jika kita laksanakan pelan strategik dengan bagus, sudah tentu ia akan memberi kesan positif kepada penarafan kita,鈥 katanya.

Prof Ir Dr Mohd Hamdi yang telah genap 100 hari mentadbir 每日大赛app berharap, semua warga 每日大赛app mengambil serius dengan pelan strategik yang telah dibuat dan melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh.

鈥淪aya berharap semua warga 每日大赛app termasuk pelajar bersama-sama melaksanakan pelan strategik ini. Jangan hanya warganya sahaja (kakitangan) tetapi pelajar perlu terlibat kerana mereka mereka yang menerima pelaksanaan itu. Mereka (pelajar) juga harus berubah.

鈥淛adi apabila kita bercakap menngenai transformasi, ianya berlaku di setiap peringkat, bukan hanya warga kerja 每日大赛app sahaja tetapi juga kepada pelajar,鈥 katanya.

The post 每日大赛app Sasar Lantik 26 Profesor Antarabangsa Tersohor first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Kekalkan Generasi Kedua Berbahasa Melayu /news/Latest_News/kekalkan-generasi-kedua-berbahasa-melayu/ Mon, 22 Apr 2019 00:54:33 +0000 /news/?post_type=news&p=18475 Oleh Muhammad Fikri Abdullah Foto Izwan Azman BANGI, 16 April 2019- Masyarakat Melayu yang berada di luar negara masih lagiBaca Selanjutnya

The post Kekalkan Generasi Kedua Berbahasa Melayu first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Muhammad Fikri Abdullah
Foto Izwan Azman

BANGI, 16 April 2019- Masyarakat Melayu yang berada di luar negara masih lagi mengekalkan budaya Melayu walaupun generasi kedua (anak-anak mereka) kurang fasih berbahasa Melayu, kata Prof Emeritus Dato鈥 Dr Wan Hashim Wan Teh.

Beliau yang pernah menjawat Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) berkata, masyarakat Melayu yang tinggal di luar negara masih mengamalkan budaya Melayu walaupun setelah beberapa generasi seperti bermain alat muzik Melayu, berpakaian Melayu dan tingkah laku (peradaban Melayu).

鈥淲alaupun mereka kurang berfasih berbahasa Melayu, namun budaya Melayu masih dikekalkan dan itu merupakan jati diri mereka,鈥 katanya semasa Bicara Persada Ke-50 bertajuk Di Sebalik 鈥淧ulang鈥 – Menelusuri Kebitaraan Diaspora Melayu, di Persada, Bangunan Canselori, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Centre of Maritime Excellence (CME) Sdn Bhd, Dato鈥 Kapt Jaffar Lamri berkata, generasi sekarang berbahasa mengikut negara yang diduduki.

鈥淕enerasi kedua masyarakat Melayu yang berada diluar negara sudah tidak berbahasa Melayu lagi.聽 Mereka berbahasa mengikut bahasa tempat dia tinggal – kalau di Jerman, mereka bercakap bahasa Jerman.

鈥淛anganlah harap sangat kena berbahasa Melayu, itu tidak adil. Tetapi Melayu dia dimana? Ianya terletak pada perangai, perbuatan dan budaya dia,鈥 ujarnya.

Dato鈥 Kapt Jaffar seterusnya berkata, masyarakat Melayu seperti Filipina, Malaysia dan Indonesia yang menetap di luar negara bukan hanya sebagai pendatang tetapi mempunyai kedudukan ekonomi sendiri.

鈥淜ita yang bercakap Bahasa Melayu, perbuatan (adab) Melayu, kitalah yang menjadi penghubung kepada mereka untuk menyampaikan kemelayuan itu, itu adalah tugas kita,鈥 katanya.

Bicara Persada Ke-50 itu turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif Primewokrs Studios, Datuk Ahmad Izham Omar, Pemegang Amanah Rumah Malaysia@Liverpool, Jantan Lisot dan Omar Othman sebagai ahli panel, manakala Nizal Mohamad yang 聽mantan personaliti TV3 bertindak sebagai moderator.

The post Kekalkan Generasi Kedua Berbahasa Melayu first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>