MoU; MoA; LoI | 每日大赛app News Portal /news 每日大赛app News Portal Mon, 06 Mar 2023 00:33:36 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 每日大赛app, Wilayah Riau Jalin Kerjasama Perkukuh Sektor Pendidikan Tinggi /news/Latest_News/ukm-wilayah-riau-jalin-kerjasama-perkukuh-sektor-pendidikan-tinggi/ Mon, 06 Mar 2023 00:33:36 +0000 /news/?post_type=news&p=24218 Oleh Asmahanim Amir Foto Shahiddan Saidi BANGI, 2 Mac 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan &Baca Selanjutnya

The post 每日大赛app, Wilayah Riau Jalin Kerjasama Perkukuh Sektor Pendidikan Tinggi first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 2 Mac 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) Pusat Pembentukan Pendidikan Lanjutan & Profesional (每日大赛appShape) memperkukuhkan kerjasama dalam sektor pendidikan tinggi dengan institusi pendidikan di Wilayah Riau, Indonesia terutamanya dalam pemberian biasiswa untuk pelajar Indonesia yang ingin mengikuti program prasiswazah dan pascasiswazah di 每日大赛app.

Kerjasama itu dibincangkan pada Majlis Lawatan Rasmi Gubernur Riau, Indonesia dan Perbincangan antara 每日大赛app, Pemerintah Provinsi Riau serta wakil dari Riau Petroleum, Indonesia yang dihadiri oleh Timbalan Naib CanselorHal Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim dan Gubernur Provinsi Riau, Republik Indonesia, Drs. H. Syamsuar, M. Si.

Menurut Prof. Dr. Mohammad, pemberian biasiswa itu adalah satu inisiatif yang akan meningkatkan kerjasama akademik dan penyelidikan antara kedua-dua negara di samping memberi peluang kepada pelajar Indonesia melanjutkan pelajaran di universiti terkemuka di Malaysia.

鈥淧rogram biasiswa yang dibincangkan ini dijangka meliputi yuran pengajian, penginapan dan kos sara hidup bagi pelajar Indonesia yang layak diterima masuk ke program prasiswazah dan pascasiswazah di 每日大赛app.

鈥淚ni akan memberikan mereka sokongan kewangan yang diperlukan untuk melanjutkan pelajaran tanpa perlu risau tentang kos sara hidup dan pengajian di negara asing,鈥 katanya.

Beliau berkata kunjungan Gabenor Syamsuar ke 每日大赛app adalah langkah positif ke arah mengeratkan hubungan Indonesia dan Malaysia dalam sektor pendidikan.

鈥淟awatan ini juga diharapkan akan membawa kepada pembangunan kerjasama jangka panjang antara 每日大赛app dan universiti di Wilayah Riau,鈥 katanya.

Prof. Dr. Mohammad memaklumkan bahawa terdapat 30 orang pelajar Indonesia khasnya dari Riau sedang mengikuti pengajian di 每日大赛app dalam pelbagai bidang.

Sementara itu, Drs. H. Syamsuar menyokong inisiatif tersebut dan menggalakkan pelajar Indonesia memanfaatkan peluang itu sebaiknya.

Beliau turut menekankan kepentingan kerjasama antara universiti di Indonesia dan Malaysia, yang boleh membantu memupuk persefahaman bersama dan menggalakkan kecemerlangan akademik di rantau ini.

Pada majlis ini turut diadakan pemeteraian Surat Hasrat (LoI) sebagai sokongan kerjasama antara kedua-dua pihak.

The post 每日大赛app, Wilayah Riau Jalin Kerjasama Perkukuh Sektor Pendidikan Tinggi first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
每日大赛app dan IIM Meterai MoU dan MoA, Mantapkan Integriti Sektor Awam dan Swasta /news/Latest_News/ukm-dan-iim-meterai-mou-dan-moa-mantapkan-integriti-sektor-awam-dan-swasta/ Thu, 23 Feb 2023 07:14:13 +0000 /news/?post_type=news&p=24149 Oleh Asmahanim Amir Foto Shahiddan Saidi KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Ekonomi danBaca Selanjutnya

The post 每日大赛app dan IIM Meterai MoU dan MoA, Mantapkan Integriti Sektor Awam dan Swasta first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

KUALA LUMPUR, 22 Februari 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Institut Integriti Malaysia (IIM) bagi menjalin kerjasama strategik merangkumi bidang latihan, pendidikan, penyelidikan, penerbitan serta program advokasi berfokuskan kepada integriti dan tata kelola.

Majlis itu juga menyaksikan pemeteraian Memorandum Perjanjian (MoA) antara 每日大赛app dan IIM bagi pelaksanaan Modul Sijil Profesional Kepimpinan Integriti (SPKI) yang julung kali ditawarkan oleh kedua-dua pihak secara bersama.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dato鈥 Seri Mohd Zuki Ali yang juga merupakan Pengerusi IIM dan Pro Canselor 每日大赛app berkata jalinan kerjasama itu sejajar dengan komitmen dan usaha IIM bersama 每日大赛app dalam memantapkan pembudayaan dan pengamalan integriti serta tata kelola terbaik di semua peringkat lapisan masyarakat terutamanya di sektor awam, sektor swasta dan juga komuniti.

Selain itu, katanya, pembangunan SPKI juga dianggap sebagai satu langkah proaktif kedua-dua pihak bagi memberi penekanan yang lebih berfokus kepada pendidikan integriti.

鈥淜erjasama strategik sebegini harus diperluaskan lagi bukan sahaja dalam bentuk pembangunan aspek pendidikan dan latihan sahaja, tetapi juga dalam bidang penyelidikan dan penerbitan.

鈥淣egara memerlukan lebih banyak dapatan kajian terutamanya berkaitan integriti dan tata kelola untuk membantu kerajaan dalam merangka dan membangunkan dasar yang lebih tepat dan bersasar,鈥 katanya ketika menyampaikan ucapan pada Majlis Menandatangani MoU dan MoA SPKI serta Peluncuran Buku 鈥淢ohd Zuki Ali: Amanat Integriti dan Governans, di sini.

Sementara itu, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan berkata program SPKI yang dirancang akan dapat memberi pemahaman secara teori dan praktikal kepada peserta kursus untuk menggerakkan budaya dan amalan etika dan integriti dalam organisasi dengan melaksanakan sistem tadbir urus dan kawalan dalaman organisasi terbaik untuk mencegah dari tatakelakuan tidak berintegriti, rasuah dan salah guna kuasa.

鈥淕abungan kepakaran di 每日大赛app dari segi ilmu dan teori serta kepakaran dari IIM akan dapat memberikan manfaat yang maksimum kepada peserta program ini.

鈥淪aya berharap penawaran Program Professional Kepimpinan Integriti mencapai matlamat yang dirancang, iaitu melahirkan pemimpin organisasi yang dapat membawa organisasi kepada organisasi madani dengan nilai integriti yang unggul,鈥 katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif IIM, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi berkata dengan termeterainya MoU dan MoA itu, beliau yakin dan percaya ia akan menzahirkan komitmen ramai pihak tentang peri pentingnya pengamalan budaya integriti dan tata kelola terbaik dalam sesebuah organisasi.

鈥淚a juga selaras dengan peranan IIM untuk membantu mengukuhkan kapasiti dan kompetensi integriti serta tata kelola sektor awam dan swasta melalui advokasi, latihan, produk konsultansi serta penilaian integriti,鈥 ujarnya.

Malah, katanya kerjasama dengan institusi pendidikan seperti bersama 每日大赛app akan memberi nilai tambah kepada kredibiliti IIM dalam memastikan usaha memartabatkan integriti dan tata kelola dalam negara akan lebih bercambah dengan subur.

Pada majlis ini juga turut berlangsung pelancaran buku 鈥淢ohd Zuki Ali: Amanat Integriti Dan Governans鈥 oleh YBhg. Tan Sri Dato鈥 Seri Mohd Zuki. Buku tersebut merupakan hasil kerjasama antara IIM dan Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN). Buku ini merupakan kompilasi ucapan-ucapan rasmi beliau yang menyentuh elemen-elemen integriti dan tata kelola sejak dari awal perkhidmatan sebagai KSN pada 1 Januari 2020.

The post 每日大赛app dan IIM Meterai MoU dan MoA, Mantapkan Integriti Sektor Awam dan Swasta first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
PPCU 每日大赛app Peroleh Tajaan Pembiayaan Pertama /news/Latest_News/ppcu-ukm-peroleh-tajaan-pembiayaan-pertama/ Mon, 30 Jan 2023 04:25:48 +0000 /news/?post_type=news&p=24064 Oleh Murniati Abu Karim Foto Ikhwan hashim BANGI, 19 Januari 2023 鈥 Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU), Universiti Kebangsaan MalaysiaBaca Selanjutnya

The post PPCU 每日大赛app Peroleh Tajaan Pembiayaan Pertama first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Ikhwan hashim

BANGI, 19 Januari 2023 鈥 Pusat Pengajian Citra Universiti (PPCU), Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) mendapat penajaan pembiayaan pelajaran yang pertama pelajar Sarjana Sains Citra oleh Ino Nature Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah syarikat yang mempunyai lebih daripada 16 tahun pengalaman dalam perniagaan pembuatan baja Bio Semi-Organic.

Dalam majlis yang sama, Alumni 每日大赛app, Dato鈥 Lee Mok Foong yang juga merupakan Ahli Lembaga Penasihat Pusat Pengajian Citra Universiti dan Prof. Adjung Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, turut bersetuju untuk menempatkan pelajar Sarjana Sains Citra, buat julung kali di Trans Eco Farm Sdn. Bhd. atau lebih dikenali sebagai Sky Ladder Pineapple Farm.

Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa Prof. Dr. Mohammad Kassim berkata penglibatan pelbagai pihak terutamanya dari segi tajaan biasiswa dan sangkutan industri melalui pelantikan penyelia industri akan memanfaatkan pelajar program ini.

鈥淒engan wujudnya inisiatif seperti ini melalui kerjasama dengan pelbagai pihak akan menjadi titik permulaan yang membolehkan pelajar program ini sentiasa memperolehi pembelajaran melalui pengalaman yang terkini menerusi ruang pembelajaran futuristik termasuk dari segi penggunaan teknologi digital terkini.

鈥淧eluang ini sememangnya mampu membuka ruang kepada para pelajar untuk melanjutkan pelajaran di samping meneroka pengalaman dan kemahiran secara realistik apabila terlibat dalam industri,鈥 katanya.

Sains Citra (Liberal Studies) adalah program yang diwujudkan bagi menyambut saranan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPT) untuk mengetengahkan pengajian umum yang bersifat merentas dan pelbagai disiplin ilmu bagi memperlihatkan kesepaduan pelbagai latar ilmu dalam pengajian.

PPCU telah berjaya menawarkan Program Sarjana Sains Citra bermula Sesi 2022/2023 setelah Program Sarjana Muda Sains Citra diperkenalkan pada Sesi 2018/2019.

Program Sarjana Sains Citra bertujuan meneroka gabungan bidang/disiplin Sains, Teknologi, Kemanusiaan dan Sains Sosial bagi menghasilkan kajian yang memberikan sumbangan baharu dan memenuhi keperluan/tuntutan semasa pihak berkepentingan seperti industri, agensi kerajaan dan komuniti.

The post PPCU 每日大赛app Peroleh Tajaan Pembiayaan Pertama first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
每日大赛app, JNU Meterai Memorandum Perjanjian Tubuh Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu /news/Latest_News/ukm-jnu-meterai-memorandum-perjanjian-tubuh-kursi-pengajian-tamadun-alam-melayu/ Thu, 19 Jan 2023 04:34:21 +0000 /news/?post_type=news&p=24037 Oleh Murniati Abu Karim Foto Izwan Azman BANGI, 17 Januari 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan Jawaharlal Nehru UniversityBaca Selanjutnya

The post 每日大赛app, JNU Meterai Memorandum Perjanjian Tubuh Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 17 Januari 2023 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) dan Jawaharlal Nehru University (JNU), India telah memeterai memorandum perjanjian (MoA) bagi menubuhkan Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu di School of Language, Literature and Culture Studies, JNU, India.

Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata kesediaan 每日大赛app melebarkan sayap pengajian tamadun Melayu di India adalah bukti harapan dan aspirasi universiti dalam mengangkat bahasa dan tamadun Melayu di persada antarabangsa.

鈥淜ursi Pengajian Tamadun Melayu di JNU, India akan berperanan memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu menerusi aktiviti kolaborasi penyelidikan, penerbitan bersama, pengajaran, persidangan dan jaringan strategik antara kedua-dua universiti awam di negara masing-masing.

鈥淜eupayaan 每日大赛app menawarkan Bahasa Melayu dan Ilmu Ketamadunan Melayu sebaris dengan bahasa dan budaya asing yang ditawarkan di School of Language, Literature and Culture Studies, JNU dimana Bahasa Melayu dan budaya Melayu dapat diajar dalam makmal bahasa yang lengkap selain kemudahan multimedia yang terdapat di fakulti ini,鈥 katanya.

Menyorot sejarah penubuhan Kursi ini, idea dan hasrat ini tercetus semasa dalam lawatan kerja mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad ke India pada Mei 2022 diiringi oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof Emeritus Dato’ Dr. Mohamad Abd. Razak dan Pro Canselor University of Cyberjaya, Tan Sri Dato’ Dr. R. Palan.

Hasrat ini adalah kesinambungan daripada Kursi-kursi Pengajian Melayu yang dianjurkan oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), termasuklah Kursi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Belanda (1993), University Victoria of Wellington, New Zealand (1997), Beijing Foreign Studies University (2007) dan Hankuk Foreign Studies University, Seoul (2008).

Justeru Kursi di Jawaharlal Nehru University, India ini adalah merupakan peluasan konsep 鈥淧engajian Melayu鈥 yang sedia ada.

Mohd Ekhwan berkata, Penyandang Kursi yang bakal dilantik akan berperanan untuk memperkenalkan bahasa Melayu dan menarik minat para pelajar di JNU untuk mempelajari bahasa dan budaya ketamadunan Melayu setanding dengan subjek bahasa dan budaya pelbagai bangsa yang diajar di pusat pengajian bahasa asing di JNU.

Selain itu, menurutnya, penubuhan kursi ini juga bermatlamat mendokong usaha Kementerian Pendidikan Tinggi dalam menggalakkan ahli akademik, dan mahasiswa memperkaya dan memperluas bahasa Melayu dalam pelbagai disiplin ilmu di serata dunia.

Sementara itu, Naib Canselor JNU, Prof. Santishree Dhulipudi Pandit berkata MoA berkenaan merupakan peristiwa bersejarah bagi kedua- dua universiti itu yang mampu mengukuhkan lagi hubungan antara Malaysia dan India.

Menurutnya, menerusi kerjasama tersebut, bahasa Melayu akan dimasukkan ke dalam senarai 32 subjek bahasa asing yang ditawarkan di universiti berkenaan.

Upacara pemeteraian MoA ini turut disaksikan oleh Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak dan Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, H.E. Mr. B.N. Reddy.

Turut hadir, Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani, Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin dan Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim.

The post 每日大赛app, JNU Meterai Memorandum Perjanjian Tubuh Kursi Pengajian Tamadun Alam Melayu first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
每日大赛app Teruskan Kerjasama dengan Universitas Hassanuddin, Perkasakan Bidang Perubatan dan Pergigian /news/Latest_News/ukm-teruskan-kerjasama-dengan-universitas-hassanuddin-perkasakan-bidang-perubatan-dan-pergigian/ Wed, 04 Jan 2023 07:21:05 +0000 /news/?post_type=news&p=23998 Oleh Asmahanim Amir Foto Izwan Azman BANGI, 4 Januari 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Perubatan dan FakultiBaca Selanjutnya

The post 每日大赛app Teruskan Kerjasama dengan Universitas Hassanuddin, Perkasakan Bidang Perubatan dan Pergigian first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 4 Januari 2023 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian memperbaharui Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Universitas Hasanuddin, Indonesia (UNHAS) bagi meningkatkan kerjasama dalam memperkasakan bidang perubatan dan pergigian di kedua-dua institusi pendidikan tersebut.

Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata kerjasama stategik itu telah bermula sejak tahun 2002 melalui Fakulti Perubatan 每日大赛app.

鈥淒i peringkat awal kerjasama ini, pihak UNHAS telah menghantar beberapa orang pelajar mereka untuk menjalani latihan selama satu semester di Jabatan Ortopedik dan Traumatologi 每日大赛app secara bergilir-gilir.

鈥淩entetan daripada itu beberapa aktiviti kerjasama telah diadakan antara kedua-dua belah pihak seperti para pensyarah dari UNHAS dilantik sebagai Pemeriksa Luar untuk Peperiksaan Perubatan Ortopedik dan Traumatologi Fakulti Perubatan 每日大赛app dan para pensyarah dari Jabatan Ortopedik dan Traumatologi 每日大赛app pula dijemput untuk berada di Indonesia Orthopaedic Board Examintation.

鈥淪ehingga kini Pensyarah dari 每日大赛app masih menerima jemputan untuk mengajar di UNHAS. Saya mengucapkan terima kasih atas usaha dan sokongan dari pihak UNHAS, dan para Pensyarah Jabatan Ortopedik dan Traumatologi 每日大赛app,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Menandatangani MoU antara kedua-dua universiti, hari ini.

Beliau berkata MoU pertama bagi kerjasama strategik tersebut telah ditandatangani pada tahun 2015.

Sementara itu, Rektor UNHAS, Prof. Dr. Ir. Jamaluddin Jompa berharap lebih banyak kerjasama strategik dalam bidang lain dapat dilakukan oleh kedua-dua universiti.

鈥淲alaupun hari ini MoU memfokuskan kepada bidang perubatan dan pergigian, tetapi besar harapan kami untuk melihat kerjasama yang lebih baik untuk bidang-bidang lain dan kami juga berharap agar pelajar-pelajar kami dapat dibimbing oleh Profesor-Profesor hebat di 每日大赛app,鈥 katanya.

Kerjasama yang diteruskan untuk tempoh 5 tahun akan datang ini akan memberi impak berterusan kepada kedua-dua balah pihak, selain menambah baik kerjasama baharu dalam bidang penyelidikan, pengajaran dan pembelajaran.

Melalui kerjasama itu, seramai 20 orang pelajar Prasiswazah UNHAS pada masa kini sedang mengikuti Program Mobiliti (Inbound) di Fakulti Pergigian selama dua bulan di 每日大赛app Kampus Kuala Lumpur.

Dokumen MoU itu ditandatangani oleh Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman yang mewakili 每日大赛app dan Prof. Dr. Ir. Jamaluddin, mewakili UNHAS.

Turut hadir ke majlis MoU ini ialah Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak. Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Dato’ Dr. Hanafiah Harunarashid, Dekan Fakultas Kedokteran UNHAS, Prof. Dr. Dr. Haerani Rasyid, Dekan Fakultas Kedokteran Gigi UNHAS, Prof. Dr. Edy Machmud, Dekan Fakulti Perubatan 每日大赛app, Prof. Dr. Abdul Halim Abdul Gafor dan Dekan Fakulti Pergigian 每日大赛app, Prof. Madya Dr. Tuti Ningseh Mohd Dom.

Hadir sama ialah alumni UNHAS, Dato’ Dr. Sahruddin Jamal, yang merupakan mantan Menteri Besar Johor.

The post 每日大赛app Teruskan Kerjasama dengan Universitas Hassanuddin, Perkasakan Bidang Perubatan dan Pergigian first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
MoU 每日大赛app- Cognitive Consulting Sedia Platform Pembelajaran Teknologi Robotik /news/Latest_News/mou-ukm-cognitive-consulting-sedia-platform-pembelajaran-teknologi-robotik/ Tue, 03 Jan 2023 00:40:57 +0000 /news/?post_type=news&p=23979 Oleh Murniati Abu Karim Foto Shahiddan Saidi BANGI, 15 Disember 2022 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Pusat Perniagaan GlobalBaca Selanjutnya

The post MoU 每日大赛app- Cognitive Consulting Sedia Platform Pembelajaran Teknologi Robotik first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 15 Disember 2022 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Pusat Perniagaan Global & Ekonomi Digital Fakulti Ekonomi dan Pengurusan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Cognitive Consulting Sdn. Bhd. bagi menyediakan platform dalam pembelajaran teknologi robotik, khususnya Automasi Proses Robotik (APR).

Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa, Prof. Dr. Mohammad Kassim berkata kerjasama ini menyediakan latihan dan sesi pembangunan profesional kepada pelajar dan ahli akademik 每日大赛app oleh Cognitive Consulting di dalam mendalami teknologi APR terutamanya kepada pelajar perakaunan di 每日大赛app.

鈥淢oU ini juga bertujuan untuk membangunkan modul untuk kursus microcredential atau pembelajaran untuk pelajar yang telah menamatkan kursus perisian APR tersebut.

鈥淒i samping mendapat latihan, para pelajar akan turut memperoleh pengalaman bekerja sambil belajar atau latihan praktikal di dalam organisasi Cognitive Consulting Sdn. Bhd.

鈥淯saha ini adalah tepat pada masanya dan sesuai dalam matlamat kami untuk meluaskan dan mengukuhkan perkongsian antara penyelidik akademik dan industri, khususnya dalam membina bakat dan meningkatkan kebolehpasaran graduan di peringkat nasional dan antarabangsa,鈥 katanya.

Majlis yang sama turut menyaksikan pelancaran Journal of Strategic Digital Transformation in Society dan platform BuDi, iaitu laman web khusus yang disediakan bersama Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat (FTSM) untuk membantu usahawan di Perusahaan Kecil dan Sederhana bagi memasarkan produk mereka.

Prof. Dr. Mohammad Kassim dan Dekan FEP, Prof. Dr. Aini Aman mewakili 每日大赛app dalam menandatangani MoU tersebut. Sementara itu, Cognitive Consulting Sdn. Bhd. diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Zulkifli Ghair dan Ketua Komunikasi Korporat Censof Holdings, Raja Amirul Raja Nasron.

The post MoU 每日大赛app- Cognitive Consulting Sedia Platform Pembelajaran Teknologi Robotik first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
MoU 每日大赛app-ND Paper Tingkat Kebolehpasaran Graduan /news/Latest_News/mou-ukm-nd-paper-tingkat-kebolehpasaran-graduan/ Tue, 03 Jan 2023 00:10:49 +0000 /news/?post_type=news&p=23962 Oleh Murniati Abu Karim Foto Shahiddan Saidi BANGI, 29 Disember 2022 鈥 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Kejuruteraan danBaca Selanjutnya

The post MoU 每日大赛app-ND Paper Tingkat Kebolehpasaran Graduan first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 29 Disember 2022 Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan ND Paper Malaysia (Selangor) Sdn. Bhd bagi meningkatkan kebolehpasaran graduan 每日大赛app dan pemerkasaan penyelidikan universiti.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri & Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata terdapat tiga orang graduan 每日大赛app yang berjaya mendapatkan pekerjaan di ND Paper dan beliau berharap agar jumlah ini meningkat pada masa hadapan.

鈥淢elalui MoU ini, diharap graduan 每日大赛app yang berkompeten, berdaya asing dan inovatif dapat memberi sumbangan kepada keperluan tenaga kerja di syarikat ND Paper. Kerjasama ini juga membolehkan ND Paper menyediakan peluang latihan industri kepada mahasiswa 每日大赛app.

鈥淗ubungan kerjasama antara 每日大赛app dengan ND Paper Malaysia telah lama terjalin dan saya dimaklumkan pihak ND Paper Malaysia sebelum ini telah turut serta mengambil bahagian dalam Hari Industri dan Keusahawanan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina pada tahun 2021,鈥 katanya.

Menurutnya, ND Paper merupakan sebuah syarikat pengeluar kertas tersenarai awam di China yang terlibat dalam pembuatan produk papan kontena termasuk papan pelapik, papan dupleks serta pulpa.

鈥淧elaburan ND Paper di negeri Selangor dan Pahang telah Berjaya mewujudkan peluang pekerjaan yang besar di mana hampir 90 peratus daripadanya adalah rakyat Malaysia. Pelaburan dan peluang pekerjaan ini menjadikan ND Paper Malaysia memainkan peranan yang penting dalam pertumbuhan ekonomi Malaysia.

鈥淪ebagai sebuah universiti penyelidkan, 每日大赛app mempunyai pelbagai kepakaran dan penyelidikan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak ND Paper.

鈥溍咳沾笕黙pp juga sentiasa berusaha untuk memasyarakatkan penyelidikan yang dijalankan untuk manfaat pihak masyarakat dan industri selaras dengan peranan 每日大赛app sebagai universiti watan,鈥 tambahnya.

Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin dan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina, Prof. Ir. Dr. Mohd Syuhaimi Ab Rahman mewakili 每日大赛app dalam menandatangani MoU tersebut. Sementara itu, ND Paper Malaysia (Selangor) Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Hubungan Luar, Isabelle Kow Soek Foon dan Penolong Pengurus Sumber Manusia, Tan Li Yen.

The post MoU 每日大赛app-ND Paper Tingkat Kebolehpasaran Graduan first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Kerjasama FST dengan MPOGCF Bakal Wujudkan Kaedah Perladangan Mesra Hidupan Liar /news/Latest_News/kerjasama-fst-dengan-mpogcf-bakal-wujudkan-kaedah-perladangan-mesra-hidupan-liar/ Tue, 20 Dec 2022 00:09:07 +0000 /news/?post_type=news&p=23955 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim BANGI, 19 Disember 2023 鈥 Kerjasama yang terjalin antara Fakulti Sains dan Teknologi (FST)Baca Selanjutnya

The post Kerjasama FST dengan MPOGCF Bakal Wujudkan Kaedah Perladangan Mesra Hidupan Liar first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 19 Disember 2023 鈥 Kerjasama yang terjalin antara Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) melalui pemeteraian memorandum perjanjian kerjasama (MoA) bakal mewujudkan kaedah perladangan mesra hidupan liar.

Melalui kerjasama ini, penyelidik dari kedua-dua organisasi akan menjalankan projek penyelidikan yang disasarkan untuk menyumbang kepada maklumat biodiversiti kelapa sawit, dan cadangan pengurusan landskap kelapa sawit yang terbaik untuk mewujudkan kaedah perladangan mesra hidupan liar, dan meminimumkan konflik manusia-hidupan liar.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Penyelidikan dan Inovasi, Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani berkata dengan kepakaran penyelidik 每日大赛app, beliau yakin MoA itu akan dapat membantu dalam memacu kemajuan industri sawit Malaysia agar terus kekal relevan dan dinamik di peringkat global, sekaligus membawa perspektif positif terhadap keupayaan industri sawit negara dalam mewujudkan pelan pengurusan perladangan yang mesra hidupan liar.

鈥淒engan peningkatan kawasan tanaman sawit saban hari, pengumpulan maklumat biodiversiti yang lengkap serta amalan pengurusan ladang sawit yang baik adalah sangat diperlukan dalam usaha untuk menangkis tanggapan buruk dunia terhadap industri sawit, disamping untuk mengekalkan kedudukan dan kredibiliti Malaysia sebagai antara pengeksport sawit dan produk sawit terbesar dunia,鈥 katanya.

Beliau berkata, pihak 每日大赛app melihat peruntukan dana pembiayaan penyelidikan yang diperolehi melalui pihak MPOGCF sebagai satu peluang keemasan yang harus disambut baik bagi memperkasakan lagi bidang sains dan teknologi negara.

Projek penyelidikan itu akan diketuai oleh Dr. Farah Shafawati Mohd Taib dari Jabatan Sains Biologi dan Bioteknologi, bersama pasukan penyelidik dari pelbagai disiplin daripada FST serta beberapa institusi lain seperti Felda Gobal Ventures (FGV) dan Jabatan Perhilitan (PERHILITAN).

Penyelidikan itu dijangka akan dapat memberikan senarai semak biodiversiti dari semua kumpulan haiwan termasuk serangga. Selain itu, hasil penyelidikan juga turut menyumbang kepada maklumat tambahan berkenaan pengawalan makhluk perosak menggunakan kawalan biologi yang lebih mesra alam.

Pemeteraian MoA ini disempurnakan oleh Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal yang mewakili 每日大赛app, manakala MPOGCF diwakili oleh Pengerusi Jawatankuasa Penilaian Projek Lembaga Pemegang Amanah, Hairulazim Mahmud.

Hadir sama ke majlis ini ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah MPOGCF, Datuk Abdul Rashid Idris @ Adir, Dekan FST, Prof. Chm. Dr. Ishak Ahmad dan Pengurus Besar MPOGCF, Zamakhshari Muhamad.

The post Kerjasama FST dengan MPOGCF Bakal Wujudkan Kaedah Perladangan Mesra Hidupan Liar first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Kerjasama FST dan Orogenic Resources Bakal Wujudkan Pusat Arkib Geologi /news/Latest_News/kerjasama-fst-dan-orogenic-resources-bakal-wujudkan-pusat-arkib-geologi/ Tue, 13 Dec 2022 09:04:13 +0000 /news/?post_type=news&p=23936 Oleh Asmahanim Amir Foto Izwan Azman BANGI, 13 Disember 2022 – Kerjasama yang terjalin antara Fakulti Sains dan Teknologi (FST)Baca Selanjutnya

The post Kerjasama FST dan Orogenic Resources Bakal Wujudkan Pusat Arkib Geologi first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 13 Disember 2022 – Kerjasama yang terjalin antara Fakulti Sains dan Teknologi (FST) dengan Orogenic Resources Sdn Bhd melalui pemeteraian Memorandum Perjanjian Kerjasama bakal menubuhkan Pusat Arkib Geologi atau 鈥楪eological Archieve Centre鈥 di fakulti tersebut.

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin berkata penubuhan Pusat Arkib Geologi itu adalah salah satu projek menaiktaraf kemudahan makmal di Bangunan Geologi, FST.

鈥淢elalui kolaborasi ini juga, pelbagai aktiviti susulan bersama pihak Orogenic Resources Sdn. Bhd. akan dilakukan dalam memeriahkan penggunaan ruang tersebut selepas proses naik taraf selesai kelak,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Menandatangani Perjanjian Kerjasama antara 每日大赛app dengan Orogenic Resources Sdn. Bhd. di sini, baru-baru ini.

Dokumen perjanjian kerjasama itu ditandatangani oleh Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah yang mewakili 每日大赛app dan Pengarah Urusan Orogenic Resources Sdn Bhd, Ahmad Tariq Ahmad Ziyad yang mewakili Orogenic Resources Sdn Bhd.

鈥淪aya bagi pihak 每日大赛app mengucapkan terima kasih kepada pihak Orogenic Resources Sdn. Bhd., atas kesudian untuk berkunjung ke 每日大赛app dan memberi sumbangan dana tajaan bagi proses naik taraf sebahagian paras L, Bangunan Geologi.

鈥淪aya amat berharap agar lebih banyak kerjasama bersama 每日大赛app聽 dapat dilaksanakan pada masa akan datang,鈥 katanya.

Hadir sama ke majlis itu ialah Dekan Fakulti Sains dan Teknologi, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad dan Pengarah Yayasan Canselor, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed.

The post Kerjasama FST dan Orogenic Resources Bakal Wujudkan Pusat Arkib Geologi first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
每日大赛app Jalin Kerjasama dengan PDRM, Perkukuh Keupayaan Siasatan JSJN /news/Latest_News/ukm-jalin-kerjasama-dengan-pdrm-perkukuh-keupayaan-siasatan-jsjn/ Wed, 26 Oct 2022 01:09:38 +0000 /news/?post_type=news&p=23770 Oleh Asmahanim Amir Foto Izwan Azman BANGI, 21 Oktober 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjalin kerjasama strategik dengan PolisBaca Selanjutnya

The post 每日大赛app Jalin Kerjasama dengan PDRM, Perkukuh Keupayaan Siasatan JSJN first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 21 Oktober 2022 – Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) menjalin kerjasama strategik dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memperkukuhkan dan menambahbaik keupayaan penyiasatan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) melibatkan bahan psikoaktif baharu (NPS).

Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata MoU itu berupaya untuk menambahbaik siasatan JSJN dengan menggunakan kaedah saintifik, terutama sekali bagi urusan siasatan bahan psikoaktif baharu .

Beliau berkata kerjasama itu juga akan melibatkan penyampaian latihan dalam bentuk sijil profesional 每日大赛app.

鈥淪ebanyak dua sijil profesional telah diluluskan oleh Senat 每日大赛app. Kedua-dua sijil profesional ini telah dimulakan khusus untuk kerjasama ini dan diharapkan ia boleh dikembangkan untuk agensi lain juga di masa akan datang,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan di Majlis Menandatangani MoU antara 每日大赛app dengan PDRM, di sini.

MoU berkenaan ditandatangani Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani bagi pihak PDRM manakala 每日大赛app diwakili Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

Menurut Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan, kerjasama yang dimeterai itu merupakan suatu usaha yang sangat relevan bagi 每日大赛app untuk turut sama berganding bahu secara lebih aktif dengan PDRM dalam usaha memerangi jenayah terutamanya jenayah narkotik yang merupakan antara musuh utama negara kita.

鈥溍咳沾笕黙pp sebagai universiti watan yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang sentiasa bersedia membantu pihak PDRM dalam usaha membanteras penyalahgunaan narkotik baharu seperti NPS ini,鈥 katanya.

Sementara itu, Tan Sri Acryl Sani berkata melalui kerjasama itu PDRM dan 每日大赛app akan melakukan kajian dan penyelidikan antaranya melibatkan perincian sebatian aktif dalam dadah bagi menentukan bahan yang mendorong pengguna dadah terlibat dengan jenayah.

Beliau berkata melalui kerjasama itu juga satu pangkalan data forensik molekul NPS akan dibangunkan.

鈥淪ehingga kini dadah jenis NPS masih belum disenaraikan dalam jadual Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dilihat semakin kompleks berikutan pihak terlibat sentiasa cuba mencipta bahan kimia baharu untuk menggantikan bahan yang telah dijadualkan.

鈥淪aya yakin jaringan kerjasama ini mampu mempertingkatkan lagi usaha PDRM khususnya JSJN dalam membanteras aktiviti penyeludupan dadah secara total selain memberi ruang kepada para penyelidik untuk meneroka ilmu baharu yang dapat menyumbang kepada dapatan yang memberi manfaat kepada umum,鈥 katanya.

Beliau berkata berkata program penyelidikan menerusi MoU itu juga akan memenuhi keperluan jangka panjang PDRM bagi pembangunan sumber manusia manakala hasil penyelidikan akan diguna pakai untuk operasi JSJN.

鈥淢oU ini merupakan langkah bagi membantu pihak berkuasa untuk menangani penularan dadah dengan lebih baik selain menyokong pembangunan pakar bagi kedua-dua pihak dalam memenuhi keperluan sains forensik,鈥 katanya.

The post 每日大赛app Jalin Kerjasama dengan PDRM, Perkukuh Keupayaan Siasatan JSJN first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>