Pelajar | 每日大赛app News Portal /news 每日大赛app News Portal Tue, 28 Feb 2023 04:04:49 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Barisan Kesatuan Mahasiswa Sesi 2022/2023 Terima Watikah /news/Latest_News/barisan-kesatuan-mahasiswa-sesi-2022-2023-terima-watikah/ Tue, 28 Feb 2023 04:04:49 +0000 /news/?post_type=news&p=24162 Oleh Murniati Abu Karim Foto Shahiddan Saidi BANGI, 24 Februari 2023 鈥 Cabaran yang terbesar bagi Kesatuan Mahasiswa Universiti KebangsaanBaca Selanjutnya

The post Barisan Kesatuan Mahasiswa Sesi 2022/2023 Terima Watikah first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 24 Februari 2023 鈥 Cabaran yang terbesar bagi Kesatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (KM每日大赛app) adalah untuk melakukan yang lebih baik dalam kepimpinan terdahulu dan bukan sekadar meneruskan apa yang telah sedia ada.

Justeru, barisan KM每日大赛app perlulah berupaya mengemukakan cadangan dan pandangan yang konstruktif, bernas, dan ideal untuk meningkatkan kecemerlangan mahasiswa keseluruhannya, kata Naib Canselor Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman ketika menyampaikan amanatnya di Majlis Penyampaian Watikah Kesatuan Mahasiswa Sesi 2022/2023.

鈥淢ajlis ini adalah satu kepercayaan dan pengiktirafan terhadap kewibawaan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dalam menggalas tanggungjawab besar yang telah diamanahkan oleh pengurusan universiti dan mahasiswa.

鈥淪ebagai pemimpin pelajar, KM每日大赛app mestilah mengamalkan prinsip kepimpinan yang boleh merancang kepimpinan sepanjang tempoh pelantikan ini.

鈥淜epimpinan yang disandarkan kepada keutamaan akan menatijahkan perancangan, pengurusan dan output yang berkesan,鈥 tambahnya.

Menurutnya, gerakan pelajar mesti diberikan kebebasan dan kuasa yang bersesuaian, selain dibenarkan untuk membuka perniagaan, menguruskan kewangan persatuan dan merencana sendiri cara mereka bekerja serta memperjuangkan agenda mahasiswa.

鈥淒alam bidang perniagaan atau keusahawanan dalam universiti, 鈥student union鈥 atau Kesatuan Mahasiswa wajar diberi peluang untuk melaksanakan aktiviti keusahawanan seperti perkhidmatan dobi, kedai buku, baik pulih komputer, kafe dan pelbagai lagi perniagaan yang ada di dalam kampus.

鈥淧englibatan dalam bidang keusahawanan ini juga secara tidak langsung boleh membuka pelbagai ruang pekerjaan sambilan kepada pelajar dan boleh dijadikan keuntungan untuk membantu sumber pembiayaan kepada aktiviti kemahasiswaan,鈥 katanya.

Barisan Kesatuan Mahasiswa yang diketuai oleh Badrul Alif Naqiuddin Badrulzaman sebagai Presiden, telah diberi mandat selepas memenangi Pilihan Raya Kampus yang diadakan baru-baru ini.

Hadir sama, Timbalan-timbalan Naib Canselor, pegawai pengurusan tertinggi, dekan dan pengarah fakulti dan institut, serta pengetua kolej kediaman.

The post Barisan Kesatuan Mahasiswa Sesi 2022/2023 Terima Watikah first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
74 Calon Bertanding dalam Pilihan Raya Kampus 每日大赛app 2023 /news/Latest_News/74-calon-bertanding-dalam-pilihan-raya-kampus-ukm-2023/ Thu, 02 Feb 2023 08:11:40 +0000 /news/?post_type=news&p=24104 Oleh Asmahanim Amir Foto Izwan Azman BANGI, 2 Februari 2023 – Seramai 74 calon bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK)Baca Selanjutnya

The post 74 Calon Bertanding dalam Pilihan Raya Kampus 每日大赛app 2023 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Izwan Azman

BANGI, 2 Februari 2023 – Seramai 74 calon bertanding dalam Pilihan Raya Kampus (PRK) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) 2023, dengan 35 calon adalah bagi kerusi Umum dan 39 calon bagi kerusi Fakulti.

PRK 每日大赛app 2023 bermula dengan hari penamaan calon yang diadakan pada 25 Februari 2023 dan diteruskan dengan sesi kempen yang tamat secara rasmi pada jam 12.00 pagi 31 Januari 2023.

Calon-calon yang bertanding itu akan mengisi 41 kerusi iaitu 12 kerusi Umum dan 29 kerusi Fakulti.

Sepanjang proses ini berlangsung, semua calon dan penyokong telah menonjolkan kesungguhan dalam membawa idea dan mengetengahkan kreativiti serta semangat seperti mengadakan ceramah, mengedarkan risalah dan menggantung bendera di sekitar kampus.

Pengumuman pemenang PRK 每日大赛app disampaikan oleh Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni, Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil di Dewan Tun Abdullah Mohd Salleh, pada jam 6.30 petang.

Dalam ucapannya, beliau berkata hasrat universiti adalah untuk memastikan proses pemilihan berjalan lancar dan pihak universiti memberi sepenuhnya kepada pelajar untuk menguruskan pemilihan tersebut.

鈥淗asrat kita di universiti melalui pengurusan 每日大赛app adalah untuk memastikan proses pemilihan ini dapat berjalan dengan lancar dan dapat memberikan tanggungjawab ini kepada pelajar untuk menguruskan proses pemilihan dan memastikan kelancaran, dan alhamdulillah saya rasa proses pemilihan ini telah berjalan dengan lancar,鈥 katanya.

Beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua calon atas keberanian, semangat dan kesanggupan untuk mencuba sesuatu yang baru.

鈥淏agi saya proses ini adalah satu proses demokrasi iaitu mahasiswa khususnya kepimpinan mahasiswa dapat pergi ke one step further dalam konteks mencabar diri untuk memikul tanggungjawab yang lebih besar.

鈥淭ahniah sekali lagi kepada calon-calon yang bakal memenangi kerusi di Parlimen Mahasiswa. Jalankan tanggungjawab anda sebaik mungkin kepada universiti.

鈥淜epada calon yang tidak berjaya, jangan berputus asa kerana masih ada banyak lagi saluran lain di 每日大赛app yang membolehkan anda untuk menjadi pemimpin,鈥 katanya.

Hari pembuangan undi yang diadakan semalam telah dilaksanakan secara dalam talian melalui sistem siswavote bermula jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang.

The post 74 Calon Bertanding dalam Pilihan Raya Kampus 每日大赛app 2023 first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Perkasa Platform Digital Dalam Kalangan PKS /news/Latest_News/perkasa-platform-digital-dalam-kalangan-pks/ Tue, 06 Dec 2022 09:02:32 +0000 /news/?post_type=news&p=23920 Oleh Aina Umairah Muhammad Dhalan Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 1 Disember 2022 鈥 Graduan Ijazah Doktor Falsafah dari FakultiBaca Selanjutnya

The post Perkasa Platform Digital Dalam Kalangan PKS first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Aina Umairah Muhammad Dhalan
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 1 Disember 2022 鈥 Graduan Ijazah Doktor Falsafah dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan, Mohamad Rohieszan Ramdan menjalankan kajian bagi memperkasakan sektor perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menguasai platform digital dalam menghadapi persaingan perniagaan yang semakin kompetitif.

Penerima Anugerah Emas Kedoktoran ini menyediakan penyelesaian kepada PKS untuk mempromosikan jualan mereka melalui platform digital seperti Shopee dan Lazada dengan menggunakan kaedah yang betul.

鈥淗asil penyelidikan ini telah menjadi rujukan penting kepada PKS untuk mewujudkan elemen penting dalam organisasi kerana PKS penyumbang utama dalam ekonomi negara.

鈥淜esan pandemik COVID-19 mempengaruhi kajian ini kerana penggunaan platform digital sudah diterapkan kepada PKS. Sedikit sebanyak, perkara ini telah membantu menyumbangkan kepada dapatan kajian.

鈥淪elain itu, kepentingan menerapkan kemahiran digital dalam sistem pendidikan untuk membina tenaga kerja tersedia yang selaras dengan aspirasi MyDIGITAL dalam era Revolusi Industri 4.0.

鈥淒alam usaha memperkukuh pendigitalan PKS, peruntukan besar turut diberikan oleh kerajaan dalam pendigitalan yang lebih berkualiti.鈥 katanya.

Rentetan penyelidikannya, beliau bakal menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 鈥楢nda nak Berniaga, Tapi Tak Tahu Cara?鈥 untuk menjadi rujukan para usahawan kecil dan sederhana yang ingin berkecimpung dalam pemasaran digital.

Beliau berharap agar kajian dan penerbitan bukunya memberi impak positif dan peluang yang cerah kepada PKS pada masa akan datang.

The post Perkasa Platform Digital Dalam Kalangan PKS first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Cegah Osteoporosis Melalui Imbasan CT /news/Latest_News/cegah-osteoporosis-melalui-imbasan-ct/ Tue, 06 Dec 2022 08:51:27 +0000 /news/?post_type=news&p=23915 Oleh Aina Umairah Muhammad Dhalan Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 1 Disember 2022 鈥 Imbasan CT (Computed Tomography) boleh digunakanBaca Selanjutnya

The post Cegah Osteoporosis Melalui Imbasan CT first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Aina Umairah Muhammad Dhalan
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 1 Disember 2022 鈥 Imbasan CT (Computed Tomography) boleh digunakan untuk mengesan perubahan ketumpatan tulang dengan lebih awal, sekaligus mengurangkan risiko rapuh tulang atau osteoporosis.

Inilah dapatan kajian penerima Anugerah Emas Sarjana pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ke-50, Mohamad Farhan Mohamad Amin.

鈥淜ebanyakan kejadian kepatahan tulang adalah berpunca dari osteoporosis yang mana gejala perubahan ketumpatan tulang yang sangat misteri kerana tidak memberi sebarang tanda sehingga kejadian kepatahan tulang berlaku.

鈥淜ajian ini bukan sahaja dapat memberi kesedaran awal namun dapat mengurangkan jumlah pesakit osteoporosis kerana langkah pencegahan awal dilakukan seperti senaman atau pengambilan makanan tambahan.

鈥淪elain itu, ia memberi impak yang positif bagi kewangan negara bagi menanggung kos rawatan kepatahan tulang yang berpunca dari osteoporosis,鈥 katanya.

Beliau merupakan seoarang penjawat awam yang bekerja sebagai juru x-ray di Hospital Teluk Intan menyifatkan kejayaannya tidak diraih dengan mudah kerana menghadapi pelbagai cabaran dan sepanjang tempoh pengajiannya.

Tambahnya, kunci utama kejayaan beliau mengimbangi antara keluarga, kerjaya dan akademik diinspirasikan oleh semangat arwah ayahnya.

鈥淭idak mudah perjalanan saya menuntut ilmu, lebih-lebih lagi pada usia 30-an ini, saya terpaksa membahagi masa dan komitmen sebagai seorang ayah, pekerja dan pelajar.

鈥淏agaimanapun, keluarga sentiasa menjadi keutamaan saya walau apa jua keadaan yang dihadapi,鈥 katanya.

The post Cegah Osteoporosis Melalui Imbasan CT first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Gadis OKU Pendengaran Bukti Kemampuan /news/Latest_News/gadis-oku-pendengaran-bukti-kemampuan/ Tue, 06 Dec 2022 08:26:40 +0000 /news/?post_type=news&p=23911 Oleh Aina Umairah Muhammad Dhalan & Ahmad Fayyadh Mohamad Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 1 Disember 2022 鈥 Graduan OrangBaca Selanjutnya

The post Gadis OKU Pendengaran Bukti Kemampuan first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Aina Umairah Muhammad Dhalan & Ahmad Fayyadh Mohamad
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 1 Disember 2022 鈥 Graduan Orang Kurang Upaya (OKU) ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Khas), Nur Nadia Ismail berjaya menamatkan pengajiannya dengan cemerlang pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang ke-50.

Menurutnya, ramai yang beranggapan bahawa OKU seperti dirinya tidak boleh berjaya sampai ke tahap ini.

鈥淒ulu saya pernah rasa mahu berhenti belajar. Tetapi, ibu bapa saya sentiasa memberi nasihat untuk tidak berputus asa dan jangan rasa penat serta contohi teladan yang baik.

鈥淚ni semua bergantung kepada diri sendiri. Paling penting kita jangan ada rasa malu dan mesti menghormati semua orang terutama pensyarah, guru dan rakan-rakan serta jangan ada sikap mahu bersaing antara satu sama lain,鈥 katanya.

Graduan istimewa itu mengakui bahawa beliau menghadapi cabaran dari aspek komunikasi kerana sukar untuk mendengar dengan baik dan berkomunikasi dengan rakan-rakan.

鈥淜adangkala komunikasi antara saya dan rakan-rakan terhad ketika belajar bersama-sama.

鈥淢ereka banyak membantu dari aspek pertuturan dan dari situ, saya mula belajar untuk memahami perkataan yang disampaikan oleh rakan-rakan melalui pergerakan mulut.

鈥淪ituasi yang paling mencabar adalah semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kerana semua kelas diadakan secara atas talian.

鈥淧enggunaan aplikasi Microsoft Team dapat membantu saya memahami maklumat yang disampaikan melalui sarikata,鈥 katanya.

Graduan yang merupakan penerima Anugerah Tengku Ampuan Afzan ini bercita-cita untuk menjadi seorang guru pendidikan khas.

The post Gadis OKU Pendengaran Bukti Kemampuan first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Kekangan Masa Tidak Halang Ammar Menerima Anugerah Tun Abdul Razak /news/Latest_News/kekangan-masa-tidak-halang-ammar-menerima-anugerah-tun-abdul-razak/ Wed, 30 Nov 2022 07:37:33 +0000 /news/?post_type=news&p=23897 Nur Amilya Husna Kamarul Zaman Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 26 November 2022 鈥 Kekangan masa tidak menghalang pendebat dariBaca Selanjutnya

The post Kekangan Masa Tidak Halang Ammar Menerima Anugerah Tun Abdul Razak first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Nur Amilya Husna Kamarul Zaman
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 26 November 2022 鈥 Kekangan masa tidak menghalang pendebat dari Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Muhammad Ammar Sahazubir menamatkan pengajiannya dalam Sarjana Muda Sains Sosial Dengan Kepujian (Psikologi) dengan cemerlang.

Penerima Anugerah Tun Abdul Razak pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia kali ke-50 itu, sentiasa mengekalkan kecemerlangan dalam akademik dengan memperoleh anugerah dekan sebanyak empat kali sepanjang enam semester pengajian.

Pada awalnya, Ammar tidak meletakkan impian untuk mendapat sebarang anugerah akibat kekangan masa membuatkan beliau terlepas banyak pembelajaran di dalam kelas.

鈥淪aya selalu ketinggalan pelajaran semasa melibatkan diri dalam debat, tetapi saya bersyukur mempunyai rakan-rakan yang selalu membantu saya,鈥 katanya.

Menurut Ammar, beliau mula aktif dalam debat ketika di 每日大赛app dan pada masa itu terdapat beberapa orang memberikan kata semangat untuk beliau terus melibatkan diri dalam dunia pendebatan.

Ketika di peringkat kebangsaan, Ammar telah mewakili dan mengharumkan nama universiti dalam pertandingan-pertandingan debat dan antara kejayaan yang paling bermakna buat beliau adalah membawa nama 每日大赛app menjadi Naib Johan Pertandingan Debat Di-Raja Antara Institut Pengajian Tinggi.

Ammar juga berjaya dinobat sebagai Anugerah Pendebat Terbaik Pusingan Akhir dalam pertandingan debat yang disertai seperti Kejohanan Debat Darul Takzim, Debat Mekar Siswa, dan Debat Kepenggunaan Antara Institut Pengajian Tinggi.

The post Kekangan Masa Tidak Halang Ammar Menerima Anugerah Tun Abdul Razak first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Sambung Legasi Ibu Bapa, Lee Jun Xin Ingin Terus Berkhidmat di 每日大赛app /news/Latest_News/sambung-legasi-ibu-bapa-lee-jun-xin-ingin-terus-berkhidmat-di-ukm/ Wed, 30 Nov 2022 07:27:31 +0000 /news/?post_type=news&p=23892 Oleh Nur Amilya Husna Kamarul Zaman Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 26 November 2022 鈥 Graduan Fakulti Perubatan, Lee JunBaca Selanjutnya

The post Sambung Legasi Ibu Bapa, Lee Jun Xin Ingin Terus Berkhidmat di 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Nur Amilya Husna Kamarul Zaman
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 26 November 2022 鈥 Graduan Fakulti Perubatan, Lee Jun Xin, 25, ingin mengikut jejak langkah kedua orang tuanya yang merupakan alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) untuk sambung belajar dan seterusnya berkhidmat sebagai seorang pensyarah di universiti ini suatu hari nanti.

Lee yang merupakan penerima Anugerah Pelajaran DiRaja (Pingat Emas) menzahirkan rasa syukur di atas penganugerahan yang diterima olehnya pada sidang pertama majlis konvokesyen 每日大赛app kali ke-50.

Beliau menyimpan hasrat untuk kembali ke 每日大赛app sebagai pensyarah pelatih serta mahu menyambung semula pengajian dalam bidang paediatrik onkologi.

鈥淪ebelum ini saya diberi peluang untuk menjadi doktor pelatih di Singapura, tetapi setelah berfikir semula, lebih baik jika saya berkhidmat di 每日大赛app kerana di sinilah titik permulaan saya belajar dalam bidang perubatan selama lima tahun,鈥 katanya.

Graduan Ijazah Doktor Perubatan dari Fakulti Perubatan ini kini bertugas sebagai pegawai perubatan siswazah di Hospital Sultanah Fatimah di Muar, Johor.

鈥淪aya bercita-cita mahu menjadi seorang doktor sejak dari bangku sekolah lagi kerana saya mempunyai seorang abang yang menghidap autisme.

鈥淥leh itu saya berharap untuk membantu serta meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai autisme,鈥 katanya.

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Yang Dipertua bagi Persatuan Mahasiswa Fakulti Perubatan 每日大赛app, menjadi duta bagi GEMx (Global Education Exchange in Medicine and Health Professions) serta menjadi Pegawai Penyelidik di Jabatan Pediatrik, Hospital Pakar Kanak-Kanak.

Selain cemerlang dalam akademik, Lee turut aktif dalam bidang sukan dengan menceburi pelbagai aktiviti kokurikulum dan pernah menjadi Johan sukan Petanque bagi Sesi Undian Kejohanan Sukan Universiti Kebangsaan Malaysia (SUKEM) pada tahun 2017 dan 2018.

The post Sambung Legasi Ibu Bapa, Lee Jun Xin Ingin Terus Berkhidmat di 每日大赛app first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Bijak Kawal Emosi Kunci Kejayaan Penerima Anugerah Pelajaran Diraja /news/Latest_News/bijak-kawal-emosi-kunci-kejayaan-penerima-anugerah-pelajaran-diraja/ Wed, 30 Nov 2022 07:19:32 +0000 /news/?post_type=news&p=23887 Oleh Nurfaizatul Huda Ahmad Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 26 November 2022 鈥 Penerima Anugerah Pelajaran Diraja di Majlis KonvokesyenBaca Selanjutnya

The post Bijak Kawal Emosi Kunci Kejayaan Penerima Anugerah Pelajaran Diraja first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Nurfaizatul Huda Ahmad
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 26 November 2022 鈥 Penerima Anugerah Pelajaran Diraja di Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ke-50, Muhammad Khairul Izzat Haridan, 23, beranggapan pengurusan emosi yang baik membantu beliau mengekalkan keputusan yang cemerlang sepanjang pengajiannya.

Menurut beliau, cabaran utama yang dihadapi oleh para pelajar universiti pada hari ini adalah tekanan akibat lambakan tugasan, masalah pengurusan masa dan masalah peribadi yang dilihat boleh mengganggu prestasi dan pengajian.

鈥淭idak dinafikan, saya juga pernah berdepan dengan tekanan ketika belajar namun saya memilih untuk menguruskannya sebaik mungkin dan berkongsi dengan ibu bagi mendapatkan bantuan serta nasihat untuk rasa lebih tenang.

鈥淪elain itu, para pelajar janganlah berasa malu untuk mendapatkan nasihat dari kaunselor bertauliah yang ada di 每日大赛app kerana ia boleh membantu kita mengurus diri dan tekanan dengan lebih sistematik,鈥 katanya.

Tambahnya, pengurusan stres ini sangat penting kepada pelajar kerana jika tidak dikendalikan dengan baik dari peringkat awal, ia boleh berlanjutan sehingga pelajar menamatkan pengajian dan masuk ke alam pekerjaan.

Beliau yang kini berkhidmat sebagai Ahli Geologi Kejuruteraan di GMT Group, berkongsi bahawa salah satu petuanya sebelum menghadiri kelas adalah memperbetulkan niat selain memulakan hari dengan solat dhuha dan bacaan ayat suci Al-Quran.

鈥淪etiap hari sebelum saya bergerak menghadiri kelas, saya memasang niat di dalam hati dan berdoa agar dikurniakan ilmu yang baik dan bermanfaat buat diri saya,鈥 tambahnya.

Beliau juga tidak suka melengah-lengahkan tugasan kerana setiap tugasan yang dilakukan di awal waktu adalah lebih berkualiti kerana mempunyai ruang masa untuk menyemak semula sebelum diserahkan kepada pensyarah untuk penilaian markah.

The post Bijak Kawal Emosi Kunci Kejayaan Penerima Anugerah Pelajaran Diraja first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Suami Isteri Kongsi Kejayaan Terima PhD Bersama /news/Latest_News/suami-isteri-kongsi-kejayaan-terima-phd-bersama/ Tue, 29 Nov 2022 06:50:17 +0000 /news/?post_type=news&p=23882 Oleh Aina Umairah Muhammad Dhalan dan Nurfaizatul Huda Ahmad Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI,聽26 November 2022 鈥 Pasangan suami isteriBaca Selanjutnya

The post Suami Isteri Kongsi Kejayaan Terima PhD Bersama first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Aina Umairah Muhammad Dhalan dan Nurfaizatul Huda Ahmad
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI,聽26 November 2022 鈥 Pasangan suami isteri graduan doktor falsafah (PhD) Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berkongsi kegembiraan selepas menamatkan pengajian dalam program sama iaitu Tenaga Keterbaharuan dengan cemerlang.

Mohamad Firdaus Mohamad Noh dan isteri, Nurul Affiqah Arzaee, 33, tidak pernah terbayang bahawa mereka akan bergraduasi dalam sesi yang sama serta dalam tempoh yang ditetapkan.

鈥淜ami tidak pernah terbayang dapat hadir konvokesyen on-time serta berjaya dapat Anugerah Tesis Cemerlang,鈥 katanya.

Menurut mereka, masalah kewangan menjadi cabaran utama ketika meneruskan pengajian namun setelah tiga tahun bergelar pelajar sepenuh masa di Institut Penyelidikan Tenaga Suria, mereka akhirnya berjaya mencipta kenangan indah bersama pada Majlis Konvokesyen Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) ke-50.

Minat yang mendalam untuk terus menuntut ilmu telah mendorong pasangan ini untuk meneruskan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi bersama-sama.

Pasangan serasi ini telah mendirikan rumah tangga selama lapan tahun namun mereka telah mengenali antara satu sama lain selama 15 tahun bermula daripada pengajian asasi.

Mereka berhasrat untuk menjadi individu yang sentiasa memberi sumbangan kepada pembangunan teknologi tenaga baharu dan ingin memberi kesadaran kepada orang ramai agar mengawal iklim dunia.

鈥淜ajian kami berdua memfokuskan kepada teknologi tenaga suria yang baharu di mana saya membangunkan sel pemisahan air elektrokimia manakala suami saya pula membangunkan teknologi sel suria Perovskite di聽mana teknologi ini boleh digabungkan dengan teknologi silikon yang sedia ada untuk meningkatkan kecekapannya,鈥 kata isterinya.

Kedua graduan ini berharap agar teknologi yang mereka bangunkan ini dapat memacu negara kita ke arah penggunaan tenaga keterbaharuan yang lebih bersih.

The post Suami Isteri Kongsi Kejayaan Terima PhD Bersama first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Modul SLIMSHAPE鈩 Chrono Sasar Bantu Individu Dengan Masalah Obesiti /news/Latest_News/modul-slimshape-chrono-sasar-bantu-individu-dengan-masalah-obesiti/ Tue, 29 Nov 2022 06:27:48 +0000 /news/?post_type=news&p=23876 Oleh Nurfaizatul Huda Ahmad Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 28 November 2022 鈥撀 Penerima Anugerah Emas Kedoktoran dari Fakulti SainsBaca Selanjutnya

The post Modul SLIMSHAPE鈩 Chrono Sasar Bantu Individu Dengan Masalah Obesiti first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Nurfaizatul Huda Ahmad
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 28 November 2022 鈥撀 Penerima Anugerah Emas Kedoktoran dari Fakulti Sains Kesihatan, Dr. Fatin Hanani Mazri berharap modul SLIMSHAPE鈩 Chrono yang dirangka dari hasil kajian beliau dapat membantu lebih ramai individu yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Melalui kajian ini, beliau membangunkan sebuah modul penurunan berat badan yang menggabungkan elemen-elemen seperti kawalan kuantiti makanan, masa makan, senaman, pengukuhan motivasi kendiri serta penjagaan tabiat tidur.

Selepas tiga bulan, bukan sahaja peserta kajian berjaya menurunkan berat badan, malah peratus lemak badan, tekanan darah serta sindrom makan lewat malam mereka juga turut berkurangan.

鈥淜ebiasaannya, mereka yang ingin menurunkan berat badan hanya fokus kepada jumlah kalori sahaja, tetapi modul ini juga mengambil kira kuantiti makanan dan waktu kita mengambil makanan tersebut.

鈥淏uat masa ini kami hanya dapat melakukan kajian dalam kalangan pekerja bukan shif di Putrajaya namun, untuk pengajian pasca kedoktoran, saya akan bergerak untuk mengumpul data dari seluruh negara untuk melihat adakah meal-timing (waktu makan) rakyat Malaysia mempengaruhi kenaikan dan penurunan berat badan mereka,鈥 ujarnya lagi.

Menurut Dr. Fatin, kebanyakan masyarakat berpendapat bahawa mereka perlu mengambil makanan dengan kuantiti yang banyak pada sebelah siang dan mengurangkan kuantiti pengambilan makanan pada sebelah malam.

Bagaimanapun, kuantiti pengambilan makanan juga perlu dipertimbangkan kerana peratus pengambilan karbohidrat, protien, vitamin dan zat-zat lain juga memainkan peranan dalam membantu orang ramai mendapatkan berat badan yang ideal.

Tambah beliau lagi, sebanyak 80 peratus dari peserta yang menyertai kajian ini berjaya beralih dari individu yang mempunyai berat badan berlebihan (overweight) kepada berat badan yang normal.

The post Modul SLIMSHAPE鈩 Chrono Sasar Bantu Individu Dengan Masalah Obesiti first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>