Syarahan Perdana | 每日大赛app News Portal /news 每日大赛app News Portal Tue, 01 Nov 2022 04:23:22 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 IBS Kurangkan Kebergantungan Terhadap Buruh Kasar, Lebih Mesra Alam /news/Latest_News/ibs-kurangkan-kebergantungan-terhadap-buruh-kasar-lebih-mesra-alam/ Tue, 01 Nov 2022 04:23:22 +0000 /news/?post_type=news&p=23797 Oleh Murniati Abu Karim Foto Shahiddan Saidi BANGI, 1 November 2022 鈥 Projek pembinaan melalui kaedah sistem Bangunan Berindustri (IBS)Baca Selanjutnya

The post IBS Kurangkan Kebergantungan Terhadap Buruh Kasar, Lebih Mesra Alam first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 1 November 2022 鈥 Projek pembinaan melalui kaedah sistem Bangunan Berindustri (IBS) dapat mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga manusia serta menggalakkan pembinaan yang lestari, kata Profesor Dato鈥 Ir. Dr. Wan Hamidon Wan Badaruzzaman.

Berbanding dengan kaedah pembinaan konvensional, teknologi IBS berinovatif dapat mempercepatkan masa pembinaan, mengurangkan kos dan tidak terganggu oleh perbahan cuaca.

Beliau yang juga merupakan Dekan Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina berkata demikian pada majlis Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk 鈥楽truktur Komposit Sistem Bangunan Berindustri Inovatif鈥.

Dalam syarahannya, beliau turut membincangkan struktur komposit berinovasi IBS baharu iaitu Sistem Kepingan Keluli Berprofil Papan Kering (PSSDB), serta penambahbaikan kepada struktur komposit jenis lain melibatkan Sistem Dinding Komposit Berprofil Dua Kulit (DPCW), Sistem Tiub Keluli Terisi Konkrit (CFST) dan Galang Plat Komposit.

Penyelidikan ini membawa bidang ilmu struktur komposit dan IBS maju ke hadapan serta menyumbang kepada sektor pembinaan dan memenuhi sasaran Matlamat Pembangunan Mampan UNESCO (SDG) 11: Bandar dan Komuniti Lestari.

Menurutnya, penyelidikan berinovatif IBS penting bagi menyokong dasar kerajaan Malaysia dalam melaksanakan kaedah Sistem Bangunan Berindustri.

鈥淚BS merupakan satu penekanan oleh kerajaan dibawah Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB).

鈥淜ementerian kewangan mengeluarkan pekeliling yang mewajibkan sekurang-kurangnya 70 peratus komponen IBS dalam projek kerajaan dan akan diperluaskan kepada projek swasta.

鈥淢elalui teknologi IBS, pelbagai jenis komponen binaan difabrikasi awal dalam persekitaran terkawal menggunakan mesin moden, seiring dengan perkembangan teknologi dan dipasang di tapak pembinaan,鈥 katanya.

Beliau turut menegaskan tanggungjawab jurutera untuk mereka bangunan dengan mengambil berat faktor keselamatan bagi menjamin keselamatan penghuni bangunan.

Majlis turut dihadiri oleh Prof. Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman, Naib Canselor; Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa; Prof. Dato鈥 Dr. Wan Kamal Mujani, Hal-Ehwal Penyelidikan dan Inovasi serta pengurusan tertinggi universiti.

The post IBS Kurangkan Kebergantungan Terhadap Buruh Kasar, Lebih Mesra Alam first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Pemilihan Daya Tindak Yang Betul Bantu Tangani Stres /news/Latest_News/pemilihan-daya-tindak-yang-betul-bantu-tangani-stres/ Mon, 26 Sep 2022 06:56:07 +0000 /news/?post_type=news&p=23609 Oleh Siti Aishah Mohd Yusof Foto Ikhwan Hashim BANGI, 23 September 2022 鈥 Daya tindak yang betul dan bersesuaian聽 mampu聽Baca Selanjutnya

The post Pemilihan Daya Tindak Yang Betul Bantu Tangani Stres first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Siti Aishah Mohd Yusof
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 23 September 2022 鈥 Daya tindak yang betul dan bersesuaian聽 mampu聽 membantu pekerja dalam menangani stres dengan baik, kata Prof. Dr. Noor Hassim Ismail, Pensyarah di Jabatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan 每日大赛app.

Beliau berkata, seseorang pekerja tidak lari dari berhadapan dengan masalah stres, namun yang penting adalah bagaimana mereka hendak cope atau mengurangkan kesan stres terhadap mental dan fizikal mereka.

鈥淪eseorang pekerja perlu bekerja sekurang-kurangnya lapan jam sehari, ini tidak termasuk dengan perjalanan pergi dan balik, malah ada yang terpaksa bekerja lebih masa dan semasa mereka bekerja, mereka terdedah聽 dengan pelbagai bahaya di tempat kerja. Maka potensi untuk mereka mengalami stres itu sudah pasti ada.

鈥淪tres ini bukan selalunya akan menjadi sesuatu yang negatif, ia juga boleh menghasilkan kesan yang positif sekiranya tuntutan atau permintaan yang ada dapat dilaksanakan. Namun sebaliknya, jika tuntutan atau permintaan yang wujud tidak dapat dipenuhi, maka stres tersebut sememangnya akan menghasilkan kesan yang negatif,鈥 katanya.

Beliau berkata sedemikian dalam Syarahan Perdana bertajuk 鈥楽tres Dalam Kalangan Pekerja: Antara Cabaran dan Penyelesaian鈥櫬 di Bilik Senat 每日大赛app, hari ini.

Menurutnya, secara umum ada dua cara iaitu melalui strategi daya tindak yang aktif dimana pekerja tersebut akan cuba mengurangkan segala faktor-faktor yang datang dari diri聽 mereka dan cara kedua ialah strategi daya tindak yang pasif, iaitu mereka yang berhadapan dengan stress akan cuba menidakkan masalah tersebut atau cuba menggunakan cara yang salah untuk menangani stress.

Semasa syarahan itu, beliau turut membentangkan beberapa hasil kajian yang telah dijalankan oleh pelajar beliau berkaitan stres.

Semenyata itu, Naib Canselor, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman berkata dengan kepakaran yang ada pada Prof. Dr. Noor Hassim Ismail, beliau telah dilantik menganggotai pelbagai pertubuhan dan badan profesional di peringkat 每日大赛app, negara dan antarabangsa.

Majlis syarahan itu turut dihadiri oleh Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd. Razak.

The post Pemilihan Daya Tindak Yang Betul Bantu Tangani Stres first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Masyarakat Dunia Hadapi 3 Cabaran Utama: Geopolitik, Ekonomi dan Iklim 鈥 SBY /news/Latest_News/masyarakat-dunia-hadapi-3-cabaran-utama-geopolitik-ekonomi-dan-iklim-sby/ Thu, 18 Aug 2022 07:07:43 +0000 /news/?post_type=news&p=23468 Oleh Asmahanim Amir dan Nur Aisyah Mohamed Rizal Foto Pusat Komunikasi Korporat BANGI, 17 Ogos 2022 鈥 Presiden Indonesia ke-6,Baca Selanjutnya

The post Masyarakat Dunia Hadapi 3 Cabaran Utama: Geopolitik, Ekonomi dan Iklim 鈥 SBY first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir dan
Nur Aisyah Mohamed Rizal
Foto Pusat Komunikasi Korporat

BANGI, 17 Ogos 2022 鈥 Presiden Indonesia ke-6, Tuan Yang Terutama Prof. Dr. Susilo Bambang Yudhoyono menyatakan bahawa dunia kini menghadapi sekurang-kurangnya tiga bidang utama yang memberikan cabaran kepada masyarakat antarabangsa iaitu geopolitik, ekonomi dan iklim.

Beliau yang dikenali dengan gelaran SBY berkata dunia sedang memasuki era baharu iaitu persaingan kuasa besar, yang dipanggil keadaan kemelesetan geopolitik.

鈥淗ubungan antara kuasa besar dicemari dengan konflik yang semakin sengit, persaingan, ketidakamanan dan ketidakpercayaan yang semakin meningkat,鈥 katanya.

Beliau berkata kepercayaan strategik itu tidak terbentuk dalam tempoh semalaman, tetapi mengambil masa iaitu usaha daripada siri pertemuan, rundingan serta pengalaman bersama bagi membentuk persefahaman.

鈥淪udah semestinya kepercayaan strategik itu tidak terjadi dalam sekelip mata, ia memakan masa dan usaha kerana kepercayaan strategik berkembang daripada usaha membina keyakinan yang berterusan dan kejayaan dalam mengurus atau menyelesaikan konflik,鈥 kata beliau.

Beliau berkata demikian Ketika menyampaikan Ucaptama DiRaja pada Majlis Syarahan Canselor Tuanku Muhriz Ke-5 yang bertajuk A Better World is Possible (memungkinkan dunia yang lebih baik) di sini.

Turut berangkat pada syarahan itu adalah DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan kedua putera baginda, Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Zain Al-‘Abidin Tuanku Muhriz.

Hadir sama, Pro-Canselor 每日大赛app, Datuk Seri Diraja Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Muadzam Shah; Duta Besar Indonesia ke Malaysia, Hermano, Pengerusi Lembaga Pengarah 每日大赛app, Prof. Emeritus Dato鈥 Dr. Mohamad Abd Razak dan Naib Canselor 每日大赛app, Prof Dato鈥 Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

Prof. Dr. Susilo berkata ASEAN perlu menjalankan peranan aktif sebagai satu kumpulan, kerana jumlah populasi 662 juta penduduk di 10 negara ASEAN itu menyediakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bernilai 3.2 trilion, sekali gus menjadikannya ekonomi kelima terbesar dunia.

“Oleh itu, saya berpendapat, pengaruh dan kapasiti ASEAN dalam bertindak balas saingan kuasa utama di rantau kita adalah lebih baik daripada beberapa dekad yang lalu, tetapi kemelesetan geopolitik memberikan satu lagi cabaran kepada ASEAN pada tahun ini,” katanya.

Justeru, beliau berkata adalah penting bagi pemimpin negara ASEAN mengukuhkan kerjasama yang baik demi memastikan keamanan, kestabilan dan kerjasama dapat ditambah baik.

鈥淪emakin banyak usaha kuasa utama dalam menangani cabaran tersebut, semakin banyak manfaat keamanan yang diperoleh di rantau. Ini kerana dunia yang didiami ini menghadapi cabaran kompleks, kemelesetan geopolitik, isu keselamatan antarabangsa masalah ekonomi, dan pelbagai komplikasi alam sekitar,鈥 katanya.

The post Masyarakat Dunia Hadapi 3 Cabaran Utama: Geopolitik, Ekonomi dan Iklim 鈥 SBY first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Kesediaan Berubah Rendah Antara Punca Utama Perokok Gagal Berhenti Merokok /news/Latest_News/kesediaan-berubah-rendah-antara-punca-utama-perokok-gagal-berhenti-merokok/ Fri, 13 May 2022 01:27:23 +0000 /news/?post_type=news&p=23006 Oleh Suhaila Shahrul Annuar Foto Izwan Azman BANGI, 12 MEI 2022 – Kesediaan untuk berubah yang rendah dan kebergantungan tinggiBaca Selanjutnya

The post Kesediaan Berubah Rendah Antara Punca Utama Perokok Gagal Berhenti Merokok first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Suhaila Shahrul Annuar
Foto Izwan Azman

BANGI, 12 MEI 2022 – Kesediaan untuk berubah yang rendah dan kebergantungan tinggi terhadap nikotin menjadi antara 14 punca utama perokok yang sudah berhenti kembali kepada tabiat tidak sihat itu.

Prof. Dr. Wee Lei Hum berkata, antara sebab lain termasuklah pendedahan kepada isyarat merokok, kekurangan alat bantuan berhenti merokok, tidak berhasrat untuk berhenti sepenuhnya, mengalami tekanan hidup yang tinggi serta hubungan harian dengan perokok lain.

“Selain itu, baru gagal percubaan berhenti merokok, mempunya emosi negatif, tahap motivasi rendah, tahap pendidikan yang lebih rendah, keyakinan diri dan sokongan sosial yang rendah, kebergantungan nikotin yang tinggi, penggunaan alkohol dan mengalami penyakit mental juga boleh menyebabkan perokok gagal berhenti merokok,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Syarahan Perdana Profesor bertajuk ‘Punca Gagal Berhenti Merokok’ yang memberi fokus kepada punca menyebabkan perokok yang telah berjaya berhenti merokok tetapi kemudian kembali merokok seperti biasa.

Prof. Dr. Wee Lei Hum menjelaskan kira-kira 75% daripada perokok yang berjaya berhenti merokok akhirnya akan merokok semula selepas enam bulan iaitu satu keadaan yang dipanggil relaps.

Relaps berlaku akibat ketidakstabilan sistem motivasi, bertembung dengan 鈥榙etik-detik kelemahan鈥, kurang kawalan diri, keinginan dan keperluan yang kuat untuk merokok.

“Ia juga terjadi akibat ketidakupayaan bagi menerima identiti diri baharu sebagai bukan perokok. Kebanyakan perokok berjaya berhenti merokok selama sehari hingga beberapa tahun akan merokok kembali sekaligus menjejaskan keyakinan diri untuk cuba berhenti sekali lagi,” katanya.

Tambahnya lagi, kajian yang dilakukannya mendapati hampir semua relaps berlaku semasa tiga bulan pertama selepas rawatan berhenti merokok dan separuh daripada mereka yang relaps merokok dalam tempoh 24 jam atau sebaik sahaja selepas rawatan.

“Memandangkan hakikat bahawa ramai yang gagal untuk berhenti merokok dan kadar relaps yang tinggi, maka, pendekatan mencegah sewajarnya diberi keutamaan daripada merawat, khususnya dalam kalangan generasi muda.

“Data mendapati purata umur rakyat Malaysia mula merokok adalah 14 tahun berdasarkan hasil Kajian Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi pada 2019 iaitu sebelum kemuncak lambakan rokok elektronik yang berleluasa telah menarik generasi muda untuk mencubanya” katanya.

Tambahnya lagi, dua strategi yang beliau kenal pasti untuk memastikan pengurangan kadar prevalens merokok adalah menyediakan tempat strategik bagi memudahkan perokok berhenti merokok dan memastikan generasi muda tidak merokok serta tidak menggunakan rokok elektronik.

“Selain itu, program berhenti merokok di premis tempat kerja mempunyai potensi untuk memperkembangkan program berhenti merokok secara berkumpulan di tempat kerja dan ia amat bersesuaian dengan polisi tempat kerja sebagai kawasan larangan merokok,” katanya.

Program yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui Fakulti Sains Kesihatan itu turut dihadiri oleh Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

The post Kesediaan Berubah Rendah Antara Punca Utama Perokok Gagal Berhenti Merokok first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Kesan Rabun Warna Kepada Pembelajaran Murid /news/Latest_News/kesan-rabun-warna-kepada-pembelajaran-murid/ Thu, 14 Oct 2021 06:00:09 +0000 /news/?post_type=news&p=22047 Oleh Murniati Abu Karim Foto Shahiddan Saidi BANGI, 8 Oktober 2021 – Sukar untuk membayangkan kehidupan tanpa warna. Namun begitu,Baca Selanjutnya

The post Kesan Rabun Warna Kepada Pembelajaran Murid first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Shahiddan Saidi

BANGI, 8 Oktober 2021 – Sukar untuk membayangkan kehidupan tanpa warna. Namun begitu, 4.8% individu lelaki di Malaysia mengalami rabun warna.

Menurut Pakar Optometri Prof Dr Sharanjeet Kaur Malkeet Singh, rabun warna jenis kongenital iaitu rabun warna yang diwarisi secara resesif berkait kromosom X, mengakibatkan prevalens rabun warna yang lebih tinggi dalam kalangan lelaki.

Beliau yang juga merupakan Ketua Program Sains Optometri dan Penglihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) berkata demikian pada Syarahan Perdana Profesor bertajuk 鈥楧unia Rabun Warna鈥.

Beliau menjelaskan warna memainkan peranan penting dalam sistem pendidikan kerana hampir 80% bahan pembelajaran menggunakan warna.

鈥淒i sekolah, guru lebih bergantung kepada sumber pendidikan dalam talian. Jadi, banyak maklumat penting mungkin tidak dapat disampaikan dengan mudah kepada murid rabun warna.

鈥淧embelajaran menggunakan warna boleh menyebabkan murid dengan rabun warna kongenital berasa keliru, kecewa dan mempunyai keyakinan diri yang rendah.

鈥淗ampir kesemua individu dengan rabun warna kongenital mengalami masalah dalam kehidupan harian dan ini boleh memberi impak negatif kepada emosi dan tingkah laku, hubungan sosial serta prestasi akademik terutamanya dalam kalangan murid sekolah rendah dengan rabun warna kongenital,鈥 tambahnya.

Menurut Prof Dr Sharanjeet, sebilangan besar individu dengan rabun warna tidak menyedari bahawa mereka mengalami keadaan ini.

Saringan awal di sekolah untuk mengesan murid dengan rabun warna adalah amat penting supaya pengubahsuaian awal dapat dilakukan, katanya.

鈥淕uru dan ibu bapa juga perlu diberi pendedahan dan pengetahuan tentang rabun warna supaya mereka memahami keperluan khas murid dengan rabun warna,鈥 katanya.

Di dalam syarahan tersebut, beliau juga memperkenalkan ujian untuk mengesan rabun warna dan juga modul latihan saringan rabun warna yang boleh dijalankan oleh guru sekolah serta pengurusan rabun warna.

鈥淧ihak pakar optometri 每日大赛app telah membuat penyelidikan yang menghasilkan satu plat ujian saringan rabun warna untuk kanak-kanak prasekolah di Malaysia.

鈥淧enghasilan inovasi yang bernilai ini ialah untuk memudahkan penyaringan dan pengesanan masalah rabun warna seawal yang mungkin apabila kanak-kanak masih di pra sekolah.

鈥淢odul latihan saringan penglihatan warna bagi guru sekolah juga telah dibangunkan oleh pihak pakar optometri 每日大赛app supaya guru sekolah dapat melakukan saringan penglihatan warna di sekolah untuk mengesan murid rabun warna,鈥 tambahnya.

Syarahan yang dilaksanakan secara hibrid itu turut dihadiri oleh Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

The post Kesan Rabun Warna Kepada Pembelajaran Murid first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia dalam Arus Perubahan /news/Latest_News/kepentingan-pengurusan-sumber-manusia-dalam-arus-perubahan/ Mon, 06 Sep 2021 02:34:41 +0000 /news/?post_type=news&p=21799 Oleh Murniati Abu Karim Foto Izwan Azman BANGI, 27 Ogos 2021 鈥 Sumber manusia yang cekap dan berdaya saing menjadiBaca Selanjutnya

The post Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia dalam Arus Perubahan first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Murniati Abu Karim
Foto Izwan Azman

BANGI, 27 Ogos 2021 鈥 Sumber manusia yang cekap dan berdaya saing menjadi tunjang organisasi dalam mengharungi cabaran persekitaran masa kini.

Justeru, sumber manusia dan kesejahteraannya perlu dipelihara lantaran kehebatannya berbanding teknologi canggih terutama sekali disaat negara sedang bergelut dengan pandemik COVID-19 dan Industri 4.0, kata Prof Dr. Zafir Khan Mohamed Makhbul.

鈥淜eterbatasan teknologi dalam memperihalkan aspek kemanusiaan menjadikan kesejahteraan sumber manusia isu penting yang wajib dirungkai dalam perubahan persekitaran,鈥 tambah beliau.

Prof Dr. Zafir Khan berkata demikian pada majlis Syarahan Perdana Profesor yang bertajuk Mengurus Sumber Manusia dan Kesejahteraan dalam Ranjau Perubahan. Syarahan tersebut memberi fokus kepada kajian beliau berkenaan cabaran dan isu berkait keselamatan, kesihatan, produktiviti, kelangsungan perniagaan, kemahiran sumber manusia serta peluang pekerjaan dalam era pandemik COVID-19.

鈥淭empias perubahan persekitaran akibat pandemik COVID-19 dan Industri 4.0 yang berlaku dalam tahun 2020 mula dirasai oleh masyarakat dan ia adalah satu gelombang perubahan besar yang mengubah landskap perjalanan kehidupan manusia.

鈥淎spek kesejahteraan sumber manusia mesti menjadi agenda penting organisasi apabila perubahan berlaku di persekitaran bagi meminimumkan impak negatifnya, yang mungkin menjadi pencetus krisis ekonomi dan kemanusiaan,鈥 katanya.

Beliau juga menyentuh isu berkenaan stres dan kemurungan, teknologi komunikasi dan teknostres, kepimpinan, pengurusan bakat, penilaian prestasi, konflik dalam organisasi, sindrom bangunan tidak sihat serta isu aduan somatik dan gangguan otot rangka sangat sinonim dengan kesejahteraan mendepani perubahan.

Program yang dianjurkan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) melalui 每日大赛app-Graduate School of Business itu turut dihadiri oleh Naib Canselor 每日大赛app, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Mohd Ekhwan Toriman.

The post Kepentingan Pengurusan Sumber Manusia dalam Arus Perubahan first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Masyarakat Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes COVID-19 di Malaysia /news/Latest_News/masyarakat-tidak-patuh-sop-punca-peningkatan-kes-covid-19-di-malaysia/ Wed, 30 Sep 2020 01:52:23 +0000 /news/?post_type=news&p=20632 Oleh Asmahanim Amir Foto Ikhwan Hashim CHERAS, 29 September 2020 鈥 Peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang semakin berleluasa sejak akhir-akhirBaca Selanjutnya

The post Masyarakat Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes COVID-19 di Malaysia first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Ikhwan Hashim

CHERAS, 29 September 2020 鈥 Peningkatan kes jangkitan COVID-19 yang semakin berleluasa sejak akhir-akhir ini adalah berpunca daripada kelalaian masyarakat yang tidak patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan, kata Timbalan Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Datuk Dr Rohaizat Yon.

Beliau berkata, jika masyarakat patuh dan sentiasa mengamalkan penjagaan diri, graf jangkitan COVID-19 di Malaysia yang telah menunjukkan penurunan akan dapat dilandaikan.

鈥淪ebagai contoh, kes yang berlaku di Kedah yang melibatkan petugas sebuah pusat perubatan adalah disebabkan oleh kelalain petugas tersebut dalam mematuhi SOP. Ia berlaku apabila petugas perubatan itu tidak memakai face mask (pelitup muka) semasa berhadapan dengan pesakit dan juga berhadapan dengan petugas lain.

鈥淪epatutnya mereka perlu sentiasa memakai face mask, sama seperti mereka mengendalikan pesakit COVID, walaupun pesakit itu bukan pesakit COVID-19,鈥 katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan syarahan di Majlis Bicara Bersama Datuk Dr. Rohaizat Yon yang bertajuk Holistic Preparedness and Experience in Controlling COVID-19: Including Managing Fake News yang diadakan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, 每日大赛app hari ini.

Beliau berkata, jika kes jangkitan terus meningkat ke tiga angka dan jumlah kes aktif terus meningkat setiap hari, tidak mustahil lock down akan dilaksanakan semula di Malaysia.

鈥淜ita perlu ambil iktibar dengan apa yang berlaku di New Zealand dan Australia. Negara mereka terpaksa di lock down semula kerana kes aktif yang sentiasa meningkat saban hari.

鈥淜ita tidak mahu jadi macam negara-negara tersebut kerana impaknya sangat besar terutamanya kepada rakyat yang kurang berkemampuan. Selain itu, ekonomi negara juga akan terjejas teruk,鈥 katanya.

Datuk Dr. Rohaizat berkata, KKM telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan menghantar petugas kesihatan di Semenanjung Malaysia ke kawasan berisiko seperti Kedah dan terbaharu ke Negeri Sabah.

鈥淧etugas di belakang tabir juga memainkan peranan yang sangat penting dalam penyediaan data dan info grafik. Data-data inilah yang kita gunakan untuk disampaikan kepada masyarakat secara harian melalui sidang media mahupun media sosial bagi membolehkan masyakat tahu kes jangkitan di Malaysia dan antabangsa,鈥 ujarnya.

Katanya, kepimpinan dalam krisis adalah penting kerana COVID-19 bukannya ribut, sebaliknya ia adalah tsunami dunia.

鈥淜ita tidak boleh berada pada zon selesa kerana COVID-19 ada di mana-mana. Sekiranya kita alpa, kluster baharu akan muncul. Apabila ini berlaku, kita (rakyat) akan merana, healthcare workers akan terseksa, negara akan menjadi papa kedana.聽

鈥淒alam keadaan sekarang ini, kita hanya ada tiga 鈥榲aksin鈥 sahaja iaitu face mask, hand sanitizer dan penjarakkan fizikal. Semoga kita akan berjumpa dengan vaksin yang perkasa bagi merawat penyakit ini,鈥 katanya.

Datuk Dr. Rohaizat adalah Alumni Fakulti Perubatan 每日大赛app pada 1985 dan memperoleh Ijazah Sarjana dalam Perancangan Kesihatan daripada University of New South Wales pada tahun 1991 sebelum ditauliahkan Doktor Falsafah dalam bidang Kesihatan Awam/Ekonomi Kesihatan dari 每日大赛app pada tahun 2007.

The post Masyarakat Tidak Patuh SOP Punca Peningkatan Kes COVID-19 di Malaysia first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Rokok Elektronik Tetap Bahayakan Kesihatan /news/Latest_News/rokok-elektronik-tetap-bahayakan-kesihatan/ Wed, 12 Feb 2020 03:06:00 +0000 /news/?post_type=news&p=19726 Oleh Asmahanim Amir Foto Shahiddan Saidi CHERAS, 11 Februari 2020 鈥 Penggunaan rokok elektronik atau vape yang menjadi trend masaBaca Selanjutnya

The post Rokok Elektronik Tetap Bahayakan Kesihatan first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Asmahanim Amir
Foto Shahiddan Saidi

CHERAS, 11 Februari 2020 鈥 Penggunaan rokok elektronik atau vape yang menjadi trend masa kini terutamanya dalam kalangan orang muda jelas membahayakan kesihatan dan berpotensi memudaratkan orang lain.

Timbalan Dekan (Jaringan dan Penjanaan), Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh berkata, walaupun rokok elektronik tidak mempunyai tar, tetapi ia berisiko untuk terlibat dengan dadah atau bahan kimia lain berikutan E-jus yang digunakan mudah diubah suai.

鈥淓-jus mengandungi air, propylene glycol, glycerine, perasa, nikotin dan beberapa bahan kimia yang lain. Ada juga E-jus yang tidak mengandungi nikotin.

鈥淪etiap bahan kimia yang terkandung dalam E-jus akan mendatangkan mudarat kepada kesihatan individu apabila diambil secara terus serta pada dos yang berlebihan,鈥 katanya semasa menyampaikan Syarahan Perdana Profesor bertajuk Rokok Elektronik: Keseronokan Terlarang dalam Kalangan Remaja di Auditorium Fakulti Perubatan di Cheras, baru-baru ini.

Beliau berkata, ada sesetengah E-jus didakwa tidak mempunyai nikotin, tetapi sebaliknya telah ditambah dengan dadah atau bahan kimia berbahaya tanpa pengetahuan pengguna.

鈥淚ni menunjukkan kandungan E-jus tidak mempunyai jaminan bahawa ianya tidak dimanipulasikan oleh pihak yang tidak bertangtungjawab,鈥 katanya.

Prof Dr Sharifa Ezat berkata, sama seperti asap rokok, wap rokok elektronik juga berpotensi memberi risiko kepada orang lain yang berada di sekeliling perokok.

鈥淭idak semua wap yang terhasil dihisap masuk ke dalam paru-paru. Sebahagian besar wap tersebut serta bahan-bahan kimia di dalamnya akan dihembus keluar.

鈥淲ap ini tidak berbau busuk, mahalan berbau wangi seperti bau makanan dan perisa buah-buahan. Walau bagaimanapun, orang yang berada di sekeliling akan terkesan dengan bahan kimia dalam wap yang dibebaskan ke persekitaran,鈥 katanya.

Katanya, seperti pengguna rokok elektronik, orang yang menghidu asap rokok elektronik juga akan mengalami simptom-simptom awal seperti mual, muntah, sawan dan sesak nafas.

鈥淲alaupun kesan jangka panjang seperti kanser dan penyakit kronik paru-paru masih belum disahkan dan memerlukan kajian lanjut, tetapi ia tidak bermakna tiada kesan ke atas kesihatan,鈥 katanya.

Beliau berkata, walaupun risiko ke atas kesihatan dikatakan lebh rendah berbanding rokok konvensional, pengguna rokok elektronik perlu dikawal selia dengan serius bagi memastikan kesejahteraan sejagat.

鈥淧ada masa akan datang, tidak mustahil isu baharu berkaitan penggunaan rokok elektronik akan muncul.

鈥淪ebelum penggunaan rokok elektronik menjadi suatu budaya yang normal dalam kalangan masyarakat, kita seharusnya menyokong usaha pihak kerajaan dan mana-mana organisasi yang bertungkus lumus mengawal selia penggunaan peranti ini,鈥漥elas beliau.

The post Rokok Elektronik Tetap Bahayakan Kesihatan first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Tiada Jalan Singkat Untuk Capai Kejayaan- Tan Sri Abdul Wahid Omar /news/Latest_News/tiada-jalan-singkat-untuk-capai-kejayaan-tan-sri-abdul-wahid-omar/ Mon, 29 Apr 2019 00:42:35 +0000 /news/?post_type=news&p=18532 Oleh Muhammad Fikri Abdullah Foto Ikhwan Hashim BANGI, 25 April 2019- Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, sebaliknya perlu bekerjaBaca Selanjutnya

The post Tiada Jalan Singkat Untuk Capai Kejayaan- Tan Sri Abdul Wahid Omar first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Muhammad Fikri Abdullah
Foto Ikhwan Hashim

BANGI, 25 April 2019- Tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan, sebaliknya perlu bekerja kuat dan pintar untuk mencapai kecemerlangan, kata Pengerusi Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app), Tan Sri Abdul Wahid Omar.

Beliau menasihatkan supaya jangan berhenti untuk belajar dan manfaatkan teknologi sebaiknya dalam mencapai kejayaan.

鈥淭eruskan berinovasi dan berfikir di luar kotak dalam menyelesaikan masalah. Fokus kepada tugas semasa dan buat yang terbaik. InsyaAllah, reputasi akan mendahului anda,鈥 katanya semasa menyampaikan Syarahan Kepimpinan bertajuk Kepimpinan Mampan di Bilik Senat, Bangunan Pentadbiran baru-baru ini.

Selain itu, beliau menyifatkan ciri-ciri pemimpin yang baik dan mampan perlu ada tiga perkara iaitu berintegriti, berkebolehan dan bersikap rendah diri.

鈥淎nda tidak perlu menjadi seorang pemimpin yang lantang bersuara untuk menjadi efektif, sehingga menjadi counterproductive, sebaliknya perlu mendengar sebelum memberi pandangan atau membuat keputusan.

鈥淪eorang pemimpin yang berkesan perlu turun padang dan menjadi contoh serta menunjukkan cara bagaimana sesuatu perkara itu dapat dilaksanakan,鈥 ujarnya.

Katanya, pemimpin yang mampan perlulah bersikap profesional, tulus, ikhlas dan berterus terang dengan Lembaga Pengarah, rakan pengurusan dan rakan sekerja.

鈥淛angan teragak-agak memohon maaf dan mengaku sekiranya anda telah membuat silap. Belajar dari kesilapan tersebut kerana kita manusia biasa,鈥 katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa untuk membangunkan bakat dan kepimpinan yang mampan mestilah memilih pemimpin yang tepat untuk sesebuah organisasi dan membangunkan proses perwarisan kepimpinan serta memberi peluang kepada golongan muda untuk memimpin.

Turut hadir pada majlis itu ialah Naib Canselor, Prof Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor, Timbalan-Timbalan Naib Canselor dan pegawai-pegawai 每日大赛app.

The post Tiada Jalan Singkat Untuk Capai Kejayaan- Tan Sri Abdul Wahid Omar first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>
Malaysia Sasar Kurangkan 45 Peratus Intensiti Pelepasan Gas Rumah Hijau /news/Latest_News/malaysia-sasar-kurangkan-45-peratus-intensiti-pelepasan-gas-rumah-hijau/ Thu, 25 Apr 2019 01:15:18 +0000 /news/?post_type=news&p=18505 Oleh Muhammad Fikri Abdullah Foto Izwan Azman BANGI, 22 April 2019 – Malaysia menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijauBaca Selanjutnya

The post Malaysia Sasar Kurangkan 45 Peratus Intensiti Pelepasan Gas Rumah Hijau first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>

Oleh Muhammad Fikri Abdullah
Foto Izwan Azman

BANGI, 22 April 2019 – Malaysia menyasarkan pengurangan intensiti pelepasan gas rumah hijau sebanyak 45 peratus menjelang 2030 dengan 10 peratus daripadanya adalah bersyarat iaitu pemindahan teknologi serta penerimaan bantuan kewangan dari negara maju.

Setiausaha Bahagian Pengurusan Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC), Jaya Singam Rajoo berkata, pengurangan kadar pelepasan gas rumah hijau itu adalah selaras dengan komitmen Malaysia yang disuarakan ketika Perjanjian Paris pada Persidangan Iklim Paris 2015 (COP21).

鈥淜ita berikrar pada 2009 untuk kurangkan 40 peratus intensiti pelepasan gas rumah hijau berbanding KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) menjelang 2020, dan ketika di Paris, negara meningkatkan sasaran itu kepada 45 peratus menjelang 2030.

鈥淏erdasarkan data terkini yang sudah disahkan iaitu pada 2014, kita berjaya mengurangkan sehingga 33 peratus,鈥 katanya ketika ditemui selepas Syarahan Umum Kursi Perubahan Iklim Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) di Bilik Majlis, Bangunan Pentadbiran baru-baru ini.

Selain itu, Jaya Singam berkata, MESTECC berhasrat untuk mewujudkan Pusat Perubahan Iklim bagi menyelaras pengumpulan data membabitkan perubahan iklim.

鈥淜etika ini, hanya ada empat pegawai yang bertanggungjawab terhadap perubahan iklim, sedangkan di Thailand ada hampir 300 orang.

鈥淧usat Perubahan Iklim ini akan mengumpulkan pakar dan data berkaitan bagi memudahkan usaha menggubal dasar dan membuat ramalan berkaitan perubahan iklim,鈥 katanya.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, hasrat kerajaan untuk menggubal Akta Perubahan Iklim masih di peringkat perancangan dan dijangka siap digubal dalam tempoh dua tahun.

鈥淎ntara kandungan akta itu adalah mewajibkan semua syarikat bagi setiap sektor ekonomi untuk mengemukakan laporan kadar pelepasan gas rumah hijau masing-masing.

鈥淛ika ada akta, kita boleh wajibkan semua sektor ekonomi untuk membuat pengiraan dan melaporkan kadar pelepasan gas rumah hijau setiap tahun, supaya kita boleh lihat sektor mana yang perlu diberi tumpuan,鈥 katanya.

The post Malaysia Sasar Kurangkan 45 Peratus Intensiti Pelepasan Gas Rumah Hijau first appeared on 每日大赛app News Portal.]]>