Majlis Menandatangani MoA antara 每日大赛app & IESB Bagi Projek Realiti Maya Latihan Pembedahan Katarak
Pada 17 Ogos 2018 yang lalu, satu majlis menandatangani memorandum perjanjian (MoA) antara Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) & Integrasi Erat Sdn Bhd (IESB) bagi pembangunan modul latihan pembedahan katarak menggunakan teknologi realiti maya (VR) telah diadakan di Sukmaria, HCTM PP每日大赛app.
每日大赛app diwakili oleh YBhg. Pro Naib Canselor Kampus Kuala Lumpur, Prof. Datuk Dr. A. Rahman A. Jamal dan Dekan Fakulti Perubatan, Prof. Dr. Zaleha Abdullah Mahdy telah menyempurnakan majlis tandatangan MoA tersebut bersama Pengarah Urusan syarikat Integrasi Erat Sdn Bhd, Tuan Hj?Zulkifli Mohamed & Pengarah Eksekutif, En. Ismawira Mohd Ismail.
Projek pembangunan modul latihan pembedahan katarak melalui teknologi realiti maya ini diketuai oleh Pakar Oftalmologi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz, Dr Mushawiahti Mustapha, bekerjasama dengan ahli kumpulan penyelidikannya dari Jabatan Oftalmologi, Institut Visual Informatik 每日大赛app dan juga IESB. Projek ini mendapat suntikan dana dari Geran Universiti Penyelidikan (GUP) 每日大赛app selama 2 tahun.
Diharapkan kerjasama ini akan membuka ruang kolaborasi yang lebih luas dan dapat diperluaskan ke Jabatan yang lain di Fakulti Perubatan.