每日大赛app

Pusat Pemerkasaan Remaja

Welcome To PERKASA Website

News

Get the latest updates and news from PERKASA, where we share stories of youth empowerment and our community initiatives. Stay informed about our progress.

LAWATAN DELEGASI PROGRAM KEDOKTORAN PSIKOLOGI PENDIDIKAN ISLAM UNIVERSITAS MUHAMMADIYAH YOGYAKARTA KE PUSAT PEMERKASAAN REMAJA, 每日大赛app

BANGI, 27 Mei 2025 - Pusat Pemerkasaan Remaja (PERKASA), Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah menerima kunjungan delegasi akademik dari Universitas Muhammadiyah Yogyakarta (UMY), Indonesia. Lawatan yang berlangsung dari jam 2.30 petang hingga 5.00 petang ini melibatkan delegasi seramai 11 orang yang terdiri daripada pensyarah dan pelajar program Doktor Falsafah Psikologi Pendidikan Islam. Delegasi dari UMY diketuai oleh Dr. Fitriah M. Suud selaku Setiausaha Program Kedoktoran Psikologi Pendidikan Islam, bersama Mohammad Syifa Amin Widigdo yang merupakan Ketua Program tersebut. Turut serta dalam delegasi tersebut ialah sembilan orang pelajar pascasiswazah dari bidang dalam psikologi pendidikan Islam. Kehadiran mereka disambut oleh Dr. Nasrudin Subhi, Ketua Pusat Pemerkasaan Remaja, serta Puan Azrina Megat Mustaffa, Ketua Pentadbiran PERKASA.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk menjalin hubungan akademik dan pertukaran ilmu antara dua institusi pendidikan tinggi yang berkongsi visi dalam bidang psikologi pendidikan Islam. Delegasi diberi taklimat mengenai penubuhan dan hala tuju Pusat Pemerkasaan Remaja, termasuk program pembangunan remaja yang dijalankan, sokongan agensi kerajaan yang diterima, serta pencapaian yang telah diperoleh. Lawatan ini juga menjadi platform untuk memperkenalkan program-program intervensi remaja yang berteraskan psikologi, pendidikan dan kesejahteraan komuniti yang telah digerakkan oleh PERKASA. Selain itu, kedua-dua pihak turut berkongsi pendekatan pendidikan dan penyelidikan dalam program kedoktoran psikologi pendidikan Islam di institusi masing-masing. Dialog akademik yang berlangsung telah membuka ruang kepada perancangan kerjasama strategik antara 每日大赛app dan UMY, terutamanya dalam usaha memperkukuh dimensi psikologi berteraskan nilai-nilai Islam dalam konteks pembangunan remaja

Antara hasil dan cadangan awal yang dicapai melalui pertemuan ini termasuklah perancangan untuk menerbitkan karya akademik secara bersama dalam bidang psikologi pendidikan Islam dan pembangunan remaja, di samping mengadakan pertukaran ilmu melalui seminar, kolokium dan bengkel rentas institusi. Tambahan pula, kedua-dua pihak bersetuju untuk meneroka peluang kerjasama penyelidikan rentas negara yang memfokuskan kepada isu-isu kontemporari berkaitan kesejahteraan psikososial remaja Muslim di Malaysia dan Indonesia. Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala antara 每日大赛app dan UMY, malah mencerminkan komitmen bersama dalam memajukan agenda pembangunan modal insan, penyelidikan rentas budaya, serta pemerkasaan remaja dari perspektif psikologi Islam yang holistik dan bersepadu.