Asasipintar Movie Premiere 23/24
Penulis: Hadirah Amalin binti Hisham
Tema: Barbenheimer
Tarikh: 26th Januari 2024 Â Â
Tempat: Pusat Auditorium PERMATApintar Negara
Anjuran: Program ASASIpintar bersama pelajar kursus PNAP1073 Apresiasi Bahasa dan KesusasteraanÂ
Butiran: ASASIpintar Movie Premiere 23/24 merupakan program yang dianjurkan atas hasil kerja kursus PNAP1073 Apresiasi Bahasa dan Kesusasteraan iaitu film pendek adaptasi karya sastera yang termasuk dalam kurikulum Semester 1. Dua karya tersebut adalah ditulis oleh Wilfred Owen yang bertajuk ‘Dulce et Decorum est’ dan Marge Piercy, ‘Barbie Doll’. Program ini merupakan aktiviti tahunan yang dianjurkan oleh unit pensyarah kursus dengan bantuan Majlis Tertinggi Persatuan Pelajar ASASIpintar. Ia adalah untuk memupuk kemahiran melaksanakan program disamping membina kreativiti mereka di dalam aliran seni dan sastera. Selain itu, ia juga membenarkan pelajar STEM untuk merehatkan minda mereka daripada terlalu fokus dalam bidang yang mereka sedang ceburi. Program ini dirasmikan oleh Ketua Program ASASIpintar ÿÈÕ´óÈüapp, Dr Azizah binti Mohd Zahidi dan turut dihadiri oleh barisan pensyarah serta 256 pelajar. Turut diraikan, barisan juri yang terdiri daripada panel professional yang mempunyai pengalaman dalam industri seni hiburan tanah air seperti Cik Nur Intan Syuhadah binti Mohammad Mohsan, pelakon suara siri Boboiboy. Melalui kerjasama yang diberi, program ini berlangsung dengan jayanya.
