每日大赛app

PUSAT PERUMAHAN PELAJAR (STUDENT HOUSING CENTRE)

+603 8921 4367

BENGKEL PELARASAN SISTEM PENDAFTARAN PELAJAR BAGI SEMESTER 1 SESI 2025/2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
Telegram
Email
WhatsApp

Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Bengkel Pelarasan Sistem Pendaftaran Pelajar Semester 1 Sesi 2025/2026 pada 8 September 2025 bertempat di Bilik Latihan 2, Kolej Keris Mas. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Pengarah Pusat Perumahan Pelajar, Encik Mohd Firdaus Yahaya dengan penyertaan kakitangan Pusat Perumahan Pelajar dan kolej kediaman.

Sepanjang bengkel, peserta diberi pendedahan melalui beberapa sesi taklimat, antaranya Taklimat Penggunaan Sistem E-Daftar oleh Puan Hilmiah Abdul Ghafar dari Pusat Teknologi Maklumat,  Taklimat Penggunaan Sistem E-Kolej dan Sistem UPP oleh Encik Noorulfaiz Ateman dari Pusat Teknologi Maklumat, dan Taklimat Yuran Penginapan dan Pelarasan Yuran Penginapan oleh Puan Suraya Abdul Hamid dari Jabatan Bendahari serta Taklimat Tatacara Pendaftaran Pelajar Senior dan Junior oleh Puan Nur Annisa Syamella Sukri.

Bengkel ini telah berlangsung dengan jayanya dan diharap dapat memperkukuh penyelarasan serta meningkatkan kelancaran proses pendaftaran pelajar bagi Semester 1 Sesi 2025/2026. Pusat Perumahan Pelajar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.

BULETIN PPP