Pusat Perumahan Pelajar telah menganjurkan Bengkel Tatacara Pelaksanaan Pemeriksaan Premis Makanan Kolej Kediaman pada 25 Julai 2024 bertempat di Auditorium Siswa, Pusanika 每日大赛app dan telah dirasmikan oleh Encik Mohd Firdaus Bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app.
Bengkel ini bertujuan untuk melatih kakitangan kolej kediaman dan Pusat Perumahan Pelajar untuk melaksanakan pemeriksaan kebersihan berkala terhadap kafeteria di kolej kediaman bagi memastikan kafeteria mematuhi standard penyediaan makanan. Selain itu, memberi penekanan kepada kepentingan menjaga kebersihan dan keselamatan makanan demi kesejahteraan para pelajar kolej kediaman.
Pusat Perumahan Pelajar telah menjemput Encik Muhamad Fitri Che Omar, Penolong Pegawai Kesihatan dari Pusat Kesihatan 每日大赛app, bagi memberi perkongsian meliputi aspek-aspek penting dalam cara menghidangkan makanan dan memberikan panduan tentang cara mengendalikan makanan dengan selamat untuk mencegah pencemaran dan penyakit bawaan makanan. Para peserta dibawa melawat kafeteria Kolej Ungku Omar bagi melihat cara pengendalian makanan dan memastikan cara penyediaan makanan dalam keadaan yang bersih.
Bengkel Tatacara Pelaksanaan Pemeriksaan Premis Makanan Kolej Kediaman ini telah berlangsung dengan jayanya. Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan bengkel ini.聽
#pppukm
#pusatperumahanpelajarukm
#universitikebangsaanmalaysia
#鲍苍颈惫别谤蝉颈迟颈奥补迟补苍碍颈迟补听















