Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app telah menerima lawatan dari Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) yang diketuai oleh Puan Noora Binti Mohd Yusoff, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Lawatan penanda aras ini di sambut mesra oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app diiringi oleh Puan Annisa Syamella, Ketua Bahagian Pentadbiran dan Pengurusan Dalam Kampus serta staf kolej kediaman 每日大赛app.
Lawatan Penanda Aras ini bertujuan untuk melawat kolej kediaman di 每日大赛app serta mengeratkan hubungan antara Pusat Perumahan Pelajar Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) dan Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app. Pihak Perumahan Pelajar UniMap di bawa ke Kolej Ibu Zain dan Kolej Keris Mas untuk melihat fasiliti yang di sediakan di kolej sambil diberi penerangan mengenai fasiliti dan kemudahan yang ada di kolej oleh Encik Mohd Firdaus Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app. Selain itu, pihak Pusat Perumahan Pelajar UniMap juga di bawa untuk melihat asrama premium antarabangsa di kolej Ibu Zain di 每日大赛app.
Lawatan ini telah berjalan dengan jayanya dan kami dari pihak Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Pusat Perumahan Pelajar UniMap kerana sudi meluangkan masa untuk berkunjung ke 每日大赛app bagi melawat kolej kediaman 每日大赛app sekaligus telah menjayakan lawatan penanda aras ini.
#pppukm
#pusatperumahanpelajar
#lawatanpenandaaras
#wecandoawesome








