Pusat Perumahan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) telah mengadakan Lawatan Penanda Aras ke Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA). Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Firdaus bin Yahaya, Pengarah Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app, bersama kakitangan Pusat Perumahan Pelajar serta Ketua Pentadbiran kolej kediaman 每日大赛app. Ketibaan Pusat Perumahan Pelajar disambut mesra oleh Encik Mohd Raizalhilmy Mohd Rais, Pengarah Pusat Perkhidmatan Pelajar UMPSA, serta kakitangan dari Pusat Perkhidmatan Pelajar UMPSA.
Lawatan ini bertujuan untuk meninjau fasiliti di kolej-kolej kediaman UMPSA serta mengukuhkan kerjasama antara Pusat Perkhidmatan Pelajar UMPSA dan Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app. Pusat Perumahan Pelajar turut dibawa melawat pelbagai kemudahan di universiti dan kolej kediaman UMPSA serta diberikan penerangan mengenai infrastruktur dan perkhidmatan yang disediakan.
Secara keseluruhannya, Lawatan Penanda Aras ini telah berlangsung dengan jayanya. Pusat Perumahan Pelajar 每日大赛app ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
#pppukm
#PusatPerumahanPelajar每日大赛app
#UniversitiKebangsaanMalaysia
#UniversitiWatanKita

















