Berita - Pusat Penyelidikan Geotaman /ppg LESTARI ÿմapp Mon, 08 Dec 2025 07:19:15 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.1 Dialog Pelancongan Lenggong /ppg/news/dialog-pelancongan-lenggong/ Mon, 08 Dec 2025 07:19:15 +0000 /ppg/?post_type=news&p=237 3 November 2025 – Program Dialog Pelancongan Lenggong Sempena Lenggong Dialog 2026 (LD’26) berfungsi sebagai pelantar penting untuk membincangkan hala tuju keusahawanan berasaskan geopark dan peranan ...

The post Dialog Pelancongan Lenggong first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>

3 November 2025 – Program Dialog Pelancongan Lenggong Sempena Lenggong Dialog 2026 (LD’26) berfungsi sebagai pelantar penting untuk membincangkan hala tuju keusahawanan berasaskan geopark dan peranan masyarakat tempatan dalam memacu pembangunan ekonomi lestari di Lenggong Geopark. Sesi dialog ini menampilkan YB Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Nasarah sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong sebagai Panel Utama, bersama beberapa Ahli panel jemputan yang lain iaitu, (1) Tuan Mohd Amzari Mohd Arzami, Yang Dipertua Majlis Daerah Lenggong merangkap Pengerusi Jawatankuasa Geopelancongan Lenggong Geopark; (2) YBhg. Tuan Haji Nizarulikram Abdul Rahim, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak; dan (3) Prof. Dr. Norhayati Ahmad, Ketua Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG), LESTARI, ÿմapp yang turut merupakan Ahli Jawatankuasa Panel Pakar Lenggong Geopark.

Perbincangan tertumpu kepada cadangan penubuhan Badan Usahawan Lenggong Geopark, yang bertujuan memperkukuh keusahawanan berasaskan komuniti. Dialog ini juga bertindak sebagai pengenalan kepada pengusaha pelancongan untuk meningkatkan kualiti produk dan perkhidmatan, serta merupakan program pembukaan untuk program-program susulan yang akan datang.

Disediakan oleh Prof. Dr. Norhayati Ahmad
3 November 2025

The post Dialog Pelancongan Lenggong first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark Siri 1 /ppg/news/webinar_pemerkasaan_komuniti_geopark_1_2025/ Wed, 06 Aug 2025 02:53:40 +0000 /ppg/?post_type=news&p=232 Siri pertama Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark berjaya dianjurkan pada 23 Julai 2025, bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Webinar ini menghimpunkan hampir 100 ...

The post Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark Siri 1 first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>

Siri pertama Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark berjaya dianjurkan pada 23 Julai 2025, bermula jam 10.00 pagi sehingga 12.00 tengah hari. Webinar ini menghimpunkan hampir 100 peserta dari pelbagai agensi dan latar belakang. Bertemakan “Pemuliharaan Warisan Tabii dan Budaya”, webinar ini membuka ruang kepada perkongsian pengalaman lapangan serta usaha berterusan dalam memelihara nilai warisan dan memperkukuh peranan komuniti dalam inisiatif pembangunan geopark negara.

Sesi webinar ini dipengerusikan oleh Prof. Madya Dr. Tanot Unjah sebagai Moderator dan menampilkan tiga panel jemputan wakil dari kumpulan komuniti iaitu, En. Janes Kansirong (wakil Kinabalu UNESCO Global Geopark), En. Mohd Syukri Jali (wakil Lipis Geopark), dan Puan Siti Najwa Mokhtar (wakil Lembah Kinta Geopark).

Perbincangan webinar ini menekankan pentingnya tanggungjawab bersama komuniti dalam usaha pemuliharaan warisan semula jadi dan budaya di kawasan geopark. Nilai sepunya yang diterapkan di setiap lokasi geopark menjadi asas penggerak kepada pelbagai inisiatif yang bukan sahaja memelihara khazanah warisan, malah memperkasa pembangunan sosioekonomi dan keupayaan masyarakat setempat.

Sambutan yang amat menggalakkan, disertai dengan pelbagai soalan dan interaksi daripada peserta, membuktikan minat dan komitmen tinggi terhadap agenda pemuliharaan dan pembangunan mampan komuniti melalui platform geopark.

Diharapkan siri webinar ini akan diteruskan secara berkala sebagai wadah perkongsian ilmu, pengalaman, dan strategi ke arah memperkukuh pemerkasaan komuniti geopark di Malaysia.

Laporan oleh Puan Wan Daraputri Razali.

The post Webinar Pemerkasaan Komuniti Geopark Siri 1 first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
Syabas dan Tahniah Prof. Goh dan Prof. Madya Dr. Sharina. /ppg/news/syabas-dan-tahniah-prof-goh-dan-prof-madya-dr-sharina/ Thu, 26 Jun 2025 08:10:09 +0000 /ppg/?post_type=news&p=227 Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta dan Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim di atas pelantikan semula sebagai Pengarah dan ...

The post Syabas dan Tahniah Prof. Goh dan Prof. Madya Dr. Sharina. first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>

Syabas dan tahniah diucapkan kepada Prof. ChM. Dr. Goh Choo Ta dan Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim di atas pelantikan semula sebagai Pengarah dan Timbalan Pengarah LESTARI ÿմapp.

The post Syabas dan Tahniah Prof. Goh dan Prof. Madya Dr. Sharina. first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
The 9th Geoheritage and Geopark Virtual Forum /ppg/news/the-9th-geoheritage-and-geopark-virtual-forum/ Mon, 09 Dec 2024 07:54:23 +0000 /ppg/?post_type=news&p=163 Safeguarding Nature, Empowering Communities: Building Sustainable Tourism Via the UNESCO Global Geoparks Model was the title of 9th Geoheritage and Geopark Virtual Forum. This virtual ...

The post The 9th Geoheritage and Geopark Virtual Forum first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>

Safeguarding Nature, Empowering Communities: Building Sustainable Tourism Via the UNESCO Global Geoparks Model was the title of 9th Geoheritage and Geopark Virtual Forum. This virtual forum is co-inside with the COP 29, hosted by Geopark research Center with Ampang Jaya Rimba, Institute of Geology Malaysia, Langkawi research Center and Geological Heritage Group of Malaysia. Moderated by Assoc Prof Dr. Sharina Abdul Halim, the Deputy Director of LESTARI, ÿմapp, this virtual forum explores the fact that ssustainable tourism with geopark cannot exist without the inclusion and empowerment of the communities who are inherently connected to the land. With understanding that in Geoparks, these communities, acting as stewards of the environment, possess deep knowledge of the land and play a critical role in protecting natural and cultural heritage. The sharing of knowledge and practice of sustainable tourism was by expert from Japan, Indonesia, Malaysia and Brazil lead by Prof Rajiv Shaw of Graduate School of Media and Governance in Keio University, Japan, Mr Irshad Mobarak from The Datai, Langkawi UNESCO Global Geopark. Dr Yunus Kusumahbrata a representative of Geopark National Committee of Indonesia and Mr. Silas Samuel dos Santos a geologist from Seridó Geopark Team, Brazil. More than 150 participants have been joining this virtual forum from Malaysia, Indonesia, China, Brazil, Hong Kong, Philippines, Myanmar, Tanzania, Thailand, Japan, Laos and Morocco. The sharing of practices and approaches in safeguarding their natural and cultural heritage through the partnership among the local communities and various entities within the geopark have concretize the significant roles of community in implementing conservation is the development. The link to this virtual forum can be accessed online via this link  

Report by Assoc. Prof. Dr. Tanot Unjah.

The post The 9th Geoheritage and Geopark Virtual Forum first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
The 8th Geoheritage and Geopark Virtual Forum /ppg/news/the-8th-geoheritage-and-geopark-virtual-forum/ Mon, 09 Dec 2024 07:52:49 +0000 /ppg/?post_type=news&p=160 The 8th Geoheritage and Geopark Virtual Forum delve on the topic of geopark and School: best practices from Asia Pacific Geopark. This session is a ...

The post The 8th Geoheritage and Geopark Virtual Forum first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>

The 8th Geoheritage and Geopark Virtual Forum delve on the topic of geopark and School: best practices from Asia Pacific Geopark. This session is a collaborative partnership of Geopark Research Centre LESTARI, with Institute of Geology Malaysia, Langkawi research Centre, and Geological Heritage Group of Malaysia. The two hours session was filled with practical and insightful sharing by the practice from Malaysia, China and Korea geopark, represented by manager of Langkawi UNESCO Global Geopark, Dr. Azmil Munif Mohd Bukhari, Geoscientist of Yanqing UNESCO Global Geopark, Mr Lu Zhanqian and Ms Ju Seong Ok, the Geoscientist of Cheongsong UNESCO Global Geopark.  The virtual forum has attracted 207 participants online from participants from Malaysia, Japan, Thailand, Korea, China, Phillipines and Bangladesh, representing by government agencies, higher institutions, education, local communities, from various industries include quarrying, mining, oil and gas industries, tourism and even town planning. Moderated by Associate Prof Dr. Sharina Abdul Halim, Deputy Director of LESTARI as well as the Head of Culture Heritage Program at Geopark Research centre, concluded that the geopark school is crucial as part of geopark development by imparting the sense of responsibility and self-belonging toward their environment and heritage. School that nurture next generation leader within the geopark will secure the conservation of their natural and cultural heritage. The link of this virtual forum is as follows .

Report by Assoc. Prof. Dr. Tanot Unjah.

The post The 8th Geoheritage and Geopark Virtual Forum first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
Tahniah PPG /ppg/news/tahniah-ppg/ Thu, 04 Jul 2024 07:09:22 +0000 /ppg/?post_type=news&p=153  

The post Tahniah PPG first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>

 

The post Tahniah PPG first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
Tahniah Felo Penyelidik PPG /ppg/news/tahniah_felo_penyelidik_ppg/ Thu, 25 Apr 2024 08:18:40 +0000 /ppg/?post_type=news&p=80

The post Tahniah Felo Penyelidik PPG first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
Tahniah, Prof. Dr. Norhayati /ppg/news/tahniah-prof-dr-norhayati/ Thu, 25 Apr 2024 08:15:05 +0000 /ppg/?post_type=news&p=76 Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI ÿմapp ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Norhayati Ahmad yang telah dilantik sebagai Ketua Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG) Institut ...

The post Tahniah, Prof. Dr. Norhayati first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
Sukacita dimaklumkan bahawa LESTARI ÿմapp ingin mengucapkan tahniah dan syabas kepada Prof. Dr. Norhayati Ahmad yang telah dilantik sebagai Ketua Pusat Penyelidikan Geotaman (PPG) Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) untuk tempoh satu tahun mulai 1 Januari 2024 sehingga 31 Disember 2024. Semoga Prof. Norhayati dapat memberikan perkhidmatan terbaik demi kecemerlangan LESTARI dan ÿմapp. Syabas dan selamat menjalankan tugas.

The post Tahniah, Prof. Dr. Norhayati first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
Lawatan & Bengkel Pemerkasaan Komuniti Setempat Geopark Gombak-Hulu Langat (Siri 2: SK Dusun Tua, Selangor) /ppg/news/bengkel-pemerkasaan-sk-dusun-tua/ Thu, 25 Apr 2024 08:12:43 +0000 /ppg/?post_type=news&p=71 Siri Ke-2 “Bengkel Kesedaran, Pengetahuan dan Pemahaman Komuniti Setempat dalam Pemuliharaan Warisan Tabii dan Budaya Melalui Konsep Geopark Sebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah” telah dijalankan ...

The post Lawatan & Bengkel Pemerkasaan Komuniti Setempat Geopark Gombak-Hulu Langat (Siri 2: SK Dusun Tua, Selangor) first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>

Siri Ke-2 “Bengkel Kesedaran, Pengetahuan dan Pemahaman Komuniti Setempat dalam Pemuliharaan Warisan Tabii dan Budaya Melalui Konsep Geopark Sebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah” telah dijalankan dengan jayanya pada tanggal 14 Julai 2023, bertempat di Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor. Pada sesi kali ini, para penyelidik LESTARI di bawah Geran Sumbangan Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) telah dijemput oleh pihak pengurusan SK Dusun Tua untuk berkunjung dan melihat sendiri inisiatif-inisiatif geopark yang diterapkan di persekitaran sekolah, selain memberikan penerangan kepada warga pendidik bagi memperkukuh pemahaman  konsep geopark dan memperkasa kesedaran awam berkenaan kepentingan usaha pemuliharaan warisan di sekitar Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp).

Seramai 12 orang guru SK Dusun Tua yang diketuai oleh YBrs. Encik Asman Harun selaku Guru Besar serta seorang wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Langat, iaitu Puan Rozi Hazlina Che Omar telah menyertai bengkel ini, di mana mereka telah diberikan penerangan ringkas oleh Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim dan Prof. Madya Dr. Tanot Unjah berkaitan Projek SKUM ÿմapp 2023 dan dapatan awal Pilot Study yang telah dijalankan di SK Batu Arang sebelum ini. Perbincangan yang berlangsung juga menjurus kepada perancangan pembangunan modul latihan bagi pelajar sekolah rendah berkenaan GHLGp yang dihasratkan oleh projek ini.

Para peserta seterusnya diperlihatkan dengan pelbagai inisiatif geopark yang telah digerakkan oleh barisan guru-guru SK Dusun Tua dalam satu sesi lawatan ke persekitaran sekolah. Antaranya termasuklah projek tapak semaian/tuaian padi; penanaman anggur, sayuran dan ulaman organik; penanaman tumbuhan herba berkhasiat Sacha Inchi (Plukenetia volubilis); dan juga replika air terjun Hulu Langat. Penerangan ringkas berkaitan konsep circular economy yang digunapakai oleh SK Dusun Tua turut disampaikan melalui projek bahan kitar semula yang dikumpulkan oleh para pelajar, yang kemudiannya diproses oleh kilang untuk dijadikan bahan-bahan perabot.

Laporan oleh Nazren Leman.

 

The post Lawatan & Bengkel Pemerkasaan Komuniti Setempat Geopark Gombak-Hulu Langat (Siri 2: SK Dusun Tua, Selangor) first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>
Sesi Perbincangan Halatuju Projek SKUM 2023 Bersama Guru-Guru Sekolah Rendah Sekitar Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) /ppg/news/sesi-perbincangan-halatuju-ghlgp/ Thu, 25 Apr 2024 08:09:59 +0000 /ppg/?post_type=news&p=67 Satu sesi perbincangan Halatuju Projek SKUM 2023 bersama guru-guru daripada 3 buah sekolah rendah di sekitar Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) telah dijalankan dengan jayanya pada ...

The post Sesi Perbincangan Halatuju Projek SKUM 2023 Bersama Guru-Guru Sekolah Rendah Sekitar Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>

Satu sesi perbincangan Halatuju Projek SKUM 2023 bersama guru-guru daripada 3 buah sekolah rendah di sekitar Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) telah dijalankan dengan jayanya pada tanggal 12 Julai 2023, bertempat di Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI), ÿմapp. Perbincangan yang bertemakan “Pengukuhan Kesedaran, Pengetahuan dan Pemahaman Komuniti Setempat dalam Pemuliharaan Warisan Tabii dan Budaya Melalui Konsep Geopark Sebagai Peraga Pembangunan Lestari Wilayah” ini merupakan sesi lanjutan daripada Bengkel Pemerkasaan Komuniti Setempat GHLGp (Pilot Study) yang telah diadakan pada 10 Jun 2023 yang lalu di Sekolah Kebangsaan Batu Arang, Selangor.

Seramai 15 orang peserta telah menyertai sesi perbincangan ini, terdiri daripada wakil guru-guru Sekolah Kebangsaan Dusun Tua, Sekolah Kebangsaan Batu Arang dan Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2, selain seorang wakil daripada Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Langat iaitu En. Ahmad Fadli Abd. Aziz. Pembentangan berkaitan GHLGp telah disampaikan oleh Prof. Madya Dr. Tanot Unjah, manakala Prof. Madya Dr. Sharina Abdul Halim pula telah berkongsi dapatan awal Pilot Study yang dijalankan bersama para peserta sewaktu sesi berlangsung. Guru-guru yang hadir turut telah memberikan pelbagai cadangan dan pandangan berkaitan kaedah/input yang bersesuaian khusus bagi sama-sama membangunkan modul geopark untuk pelajar sekolah rendah yang dihasratkan oleh projek di bawah Suruhanjaya Kebangsaan UNESCO Malaysia (SKUM) ini.

Para peserta turut mencadangkan agar sebuah bengkel bersama diadakan pada bulan September 2023 selama 2 hari bagi membincangkan hal ehwal pembangunan modul dengan lebih terperinci. Bengkel ini dijangka akan mengumpulkan lebih ramai guru daripada 3 buah sekolah yang terpilih serta beberapa wakil daripada pihak-pihak berkepentingan tempatan bagi menghasilkan modul yang boleh digunapakai dalam sistem pembelajaran sekolah sekitar GHLGp secara langsung atau tidak langsung.

Laporan oleh Nazren Leman

The post Sesi Perbincangan Halatuju Projek SKUM 2023 Bersama Guru-Guru Sekolah Rendah Sekitar Gombak-Hulu Langat Geopark (GHLGp) first appeared on Pusat Penyelidikan Geotaman.

]]>