Kerja Lapangan Kajian Awal Rehabilitasi Sungai Kuala Melaka untuk Pemeliharaan Kelip-kelip bagi Tujuan Pelancongan
Anjuran: Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Fakulti Sains dan Teknologi (FST-每日大赛app) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-每日大赛app)
Tarikh: 17 鈥 18 November 2021
Tempat: Sungai Kuala Melaka, Kg. Kuala Muda, Langkawi
Pada 17 dan 18 November yang lalu, satu kerja lapangan telah dijalankan di Sg. Kuala Melaka, Kg. Kuala Muda, Langkawi, yang mana dahulunya dikenali sebagai 鈥淩iver Park Langkawi鈥. Kerja lapangan ini adalah merupakan kajian awal rehabilitasi Sungai Kuala Melaka untuk pemeliharaan kelip-kelip. Kajian ini termasuklah mengenalpasti spesis-spesis kelip-kelip yang telah sedia ada, serta pengenalpastian jenis vegetasi, iaitu pokok peragaan bagi kelip-kelip yang terdapat di lokasi. Tujuan utama kajian ini adalah sebagai asas dalam perancangan pembangunan di Sungai Kuala Melaka yang mana 鈥渁cara melihat kelip-kelip鈥 ini boleh dijadikan suatu tarikan baharu pelancongan di Langkawi UNESCO Global Geopark (LUGGp). Pakar penyelidik yang terlibat adalah Prof. Madya Dr. Norela Sulaiman (Ketua Pusat Penyelidikan Bukit Fraser, 每日大赛app) dan Dr. Shamsul Khamis (Felo Bersekutu PPL-每日大赛app). Turut serta membantu sepanjang kajian dijalankan adalah kakitangan-kakitangan daripada Bahagian Pelancongan LADA serta PPL-每日大赛app.
Laporan disediakan oleh: Nik Mohd Noor Faizul Md. Saad & Asbiyatulaida Derahman







