Lawatan Rasmi oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-ÿÈÕ´óÈüapp)
Anjuran: Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-ÿÈÕ´óÈüapp) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-ÿÈÕ´óÈüapp)
Tarikh: 23 November 2022
Tempat: ÿÈÕ´óÈüapp Kampus Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah (KTAHMS), Langkawi, Kedah
LANGKAWI, 23 November 2022 – Satu lawatan rasmi oleh Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Instrumentasi (CRIM-ÿÈÕ´óÈüapp) telah diadakan ke Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-ÿÈÕ´óÈüapp). Lawatan oleh Pengarah serta pegawai-pegawai daripada CRIM ini adalah bertujuan untuk melihat dan meninjau dengan lebih dekat berkaitan prasarana, tadbir urus serta perancangan semasa PPL-ÿÈÕ´óÈüapp. Ketua PPL-ÿÈÕ´óÈüapp, iaitu Dr. Juliana Senawi beserta kakitangan-kakitangan akademik, pengurusan dan profesional dan pelaksana, menyambut mesra kunjungan tersebut. Disamping penerangan dan taklimat oleh pihak PPL-ÿÈÕ´óÈüapp, perbincangan bersama kedua-dua pihak serta tinjauan ke fasiliti-fasiliti PPL-ÿÈÕ´óÈüapp turut diadakan. Para peserta lawatan juga turut diberi peluang merasai pengalaman produk geo-pelancongan lawatan bakau di Langkawi iaitu BioGeoTrail Kubang Badak, yang mana ianya adalah merupakan salah satu hasil penyelidikan pakar-pakar penyelidik ÿÈÕ´óÈüapp.
Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman







