Program International Bat Night 2022

Anjuran: Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi Berhad (CoopKilim), Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) & Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-每日大赛app)

Tarikh: 27 Ogos 2022

Tempat: Dewan Anjung Lestari dan Gua Kelawar, Jeti Pelancongan Sungai Kilim, Langkawi, Kedah

LANGKAWI, 27 Ogos 2022 鈥 Bersempena dengan sambutan Hari Kelawar Sedunia, Koperasi Komuniti Kampung Kilim Langkawi (CoopKilim) dengan kerjasama Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) dan Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL-每日大赛app) telah mengadakan satu program 鈥International Bat Night 2022鈥 di Taman Georimba Kilim Kars. Penganjuran program ini adalah bertujuan memberikan pendedahan tentang kepentingan kelawar dan alam sekitar, mendapatkan pengetahuan berkaitan spesies kelawar yang terdapat di Langkawi, serta melahirkan komuniti yang berpengetahuan. Dr. Juliana Senawi, yang merupakan pakar penyelidik kelawar serta selaku Ketua PPL-每日大赛app telah menyampaikan pembentangan dan taklimat bertajuk 鈥淜elawar di Langkawi鈥 disamping mengadakan Bat Walk di Gua Kelawar dan sesi soal jawab bersama peserta. Seramai 40 orang jemputan telah hadir bersama-sama memeriahkan program ini termasuklah pekerja dan ahli koperasi Kilim, kakitangan LADA dan PPL-每日大赛app serta pemandu pelancong tempatan. Program ini diakhiri dengan penyampaian sijil dan cenderahati kepada para peserta dan penceramah.

Sesi perbincangan PPL-每日大赛app bersama kakitangan CoopKilim.

 

Pemasangan perangkap kelawar.

 

Pemeriksaan perangkap kelawar.

 

Mengenalpasti identiti spesies kelawar.

 

Laporan disediakan oleh: Asbiyatulaida Derahman