Berita – Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app /pptc Universiti Kebangsaan Malaysia Thu, 25 Sep 2025 02:38:16 +0000 en-US hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 Bengkel Inovasi dan Transformasi 每日大赛app (INTRA 每日大赛app) Siri 2/2025 /pptc/bengkel-inovasi-dan-transformasi-ukm-intra-ukm-siri-2-2025/ Thu, 25 Sep 2025 02:30:35 +0000 /pptc/?p=11071

Bengkel Inovasi dan Transformasi 每日大赛app (INTRA 每日大赛app) Siri 2/2025

Pasukan Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah turut serta dalam Bengkel Inovasi dan Transformasi 每日大赛app (INTRA 每日大赛app) Siri 2/2025 yang diadakan pada 19 hingga 21 September 2025 di Ehsan Seaview Hotel. Penyertaan ini memberikan peluang kepada pasukan untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran dalam penyediaan dan persembahan projek Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), selaras dengan aspirasi 每日大赛app untuk melahirkan budaya inovasi dan penambahbaikan berterusan.

Melalui pendedahan intensif selama tiga hari, pasukan PPTC telah menerima bimbingan daripada fasilitator berpengalaman serta input berguna daripada Jawatankuasa SME. Hasilnya, ia membuka ruang kepada penambahbaikan idea serta penyampaian yang lebih berkesan menjelang penyertaan ke Konvensyen KIK di pelbagai peringkat.

PPTC melihat penyertaan dalam bengkel ini bukan sahaja sebagai medan pembelajaran, malah sebagai landasan untuk mengukuhkan budaya kerja berpasukan, memperkasakan kreativiti dan meningkatkan daya saing. Harapan pasukan adalah agar ilmu dan pengalaman yang diperoleh dapat diterjemahkan kepada projek inovasi yang memberi impak positif bukan sahaja kepada organisasi, bahkan juga kepada komuniti dan alam sekitar yang menjadi fokus utama penyelidikan PPTC.

]]>
????? ???????????? ???????: ??????????? ???? ???? ????? ????? ????? /pptc/%f0%9d%90%85%f0%9d%90%8e%f0%9d%90%91%f0%9d%90%94%f0%9d%90%8c-%f0%9d%90%8f%f0%9d%90%84%f0%9d%90%8c%f0%9d%90%94%f0%9d%90%8b%f0%9d%90%88%f0%9d%90%87%f0%9d%90%80%f0%9d%90%91%f0%9d%90%80%f0%9d%90%80/ Wed, 15 Jan 2025 03:52:00 +0000 /pptc/?p=10441

饾悈饾悗饾悜饾悢饾悓 饾悘饾悇饾悓饾悢饾悑饾悎饾悋饾悁饾悜饾悁饾悁饾悕 饾悡饾悇饾悜饾悁饾悡饾悁饾悎: 饾悘饾悇饾悜饾悐饾悗饾悕饾悊饾悞饾悎饾悁饾悕 饾悐饾悋饾悁饾悞 饾悎饾悐饾悗饾悕 饾悢饾悡饾悁饾悓饾悁 饾悡饾悁饾悞饾悎饾悐 饾悅饾悋饾悎饾悕饾悎

Pada 15 Januari 2025 (Rabu), Kolej Aminuddin Baki (KAB) telah menganjurkan Forum Pemuliharaan Teratai: Ikon Utama Tasik Chini dengan menampilkan Prof. Dato鈥 Seri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat, ALAF-每日大赛app dan Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa鈥檃riwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), ALAF-每日大赛app bertempat di Pusat Kemudahan, KAB.

Forum ini bertujuan untuk mengupas mengenai kepentingan memelihara dan memulihara teratai serta kesannya kepada ekosistem tasik. Perkongsian dalam sesi forum ini bukan hanya sekadar sesi perkongsian ilmu namun ianya merupakan pendedahan awal kepada para pelajar Kolej Aminuddin Baki (KAB) yang akan melaksanakan aktiviti amali dengan menanam sendiri bunga teratai di Tasik Chini semasa lawatan ke PPTC yang dijadualkan berlangsung pada Februari nanti.

Para pelajar yang hadir telah diberikan pendedahan awal bagi persiapan aktiviti menanam teratai meliputi kaedah dan prosedur yang tepat di mana program ini bakal melibatkan penyertaan seramai 80 orang pelajar Kolej Aminuddin Baki.

ALAF-每日大赛app menzahirkan penghargaan dan tahniah kepada pihak Kolej Aminuddin Baki di atas penganjuran forum yang amat bermakna ini.

 
]]>
????????? ?????? ????-??? ?? ???????? ???????????? ?????, ??? /pptc/%f0%9d%90%8a%f0%9d%90%94%f0%9d%90%8d%f0%9d%90%89%f0%9d%90%94%f0%9d%90%8d%f0%9d%90%86%f0%9d%90%80%f0%9d%90%8d-%f0%9d%90%87%f0%9d%90%8e%f0%9d%90%91%f0%9d%90%8c%f0%9d%90%80%f0%9d%90%93-%f0%9d%90%80/ Wed, 08 Jan 2025 03:36:00 +0000 /pptc/?p=10432

饾悐饾悢饾悕饾悏饾悢饾悕饾悊饾悁饾悕 饾悋饾悗饾悜饾悓饾悁饾悡 饾悁饾悑饾悁饾悈-饾悢饾悐饾悓 饾悐饾悇 饾悂饾悁饾悋饾悁饾悊饾悎饾悁饾悕 饾悘饾悇饾悜饾悐饾悋饾悎饾悆饾悓饾悁饾悡饾悁饾悕 饾悓饾悢饾悪饾悎饾悐, 饾悜饾悡饾悓

Pada 8 Januari 2025 (Rabu), ALAF-每日大赛app telah mengadakan Kunjungan hormat ke Bahagian Perkhidmatan Muzik, Radio Televisyen Malaysia (RTM), bertempat di Angkasapuri Kota Media, RTM. Kunjungan ini bertujuan untuk melihat potensi kerjasama penganjuran Teater Muzikal Puteri Gumum, Mitos Rizab Biosfera Tasik Chini UNESCO.

Kunjungan ini melibatkan sesi perbincangan mendalam dengan pakar seni muzik RTM, yang diwakili oleh:
  • En. Luqman bin Abdul Aziz, Ketua Ahli Muzik (Seksyen Ahli Muzik),
  • En. Leonard Yeap Lin Soon, Timbalan Ketua Penggubah Lagu,
  • serta beberapa pegawai daripada Seksyen Ahli Muzik.
Delegasi ALAF-每日大赛app pula diketuai oleh:
  • Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa鈥檃riwijaya, Ketua Makmal Pusat Penyelidikan Tasik Chini,
  • Prof. Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat 每日大赛app dan Lantikan Gig Akademik ALAF-每日大赛app,
  • En. Ahmad Mustaqim Zolkafali, Ketua Pentadbiran ALAF-每日大赛app,
  • serta beberapa pegawai lain daripada ALAF-每日大赛app.
Teater muzikal Tasik Chini diilhamkan untuk menghidupkan semula nilai sejarah, mitos, dan keindahan ekosistem Tasik Chini melalui gabungan elemen seni kreatif. Pementasan ini bakal mengetengahkan kisah penuh inspirasi yang membawa penonton menyelami mesej pemeliharaan alam sekitar serta kepentingan budaya tempatan dengan pendekatan yang inovatif dan menghiburkan.
Melalui penceritaan dramatik dan persembahan muzik, teater ini dijangka menjadi jambatan yang menghubungkan seni persembahan dengan isu konservasi alam sekitar. Kunjungan hormat ini merupakan langkah awal yang penting dalam menjalin sinergi antara dunia akademik dan industri seni, menjadikan seni persembahan sebagai medium pendidikan dan kesedaran yang berkesan.
]]>
???????? ?????????: ????, ????-??? ????????????? ??????? ?????? ???? ??????? ???? ??? ?????????? /pptc/%f0%9d%90%85%f0%9d%90%84%f0%9d%90%92%f0%9d%90%93%f0%9d%90%88%f0%9d%90%95%f0%9d%90%80%f0%9d%90%8b-%f0%9d%90%85%f0%9d%90%80%f0%9d%90%81%f0%9d%90%91%f0%9d%90%88%f0%9d%90%8a%f0%9d%90%80%f0%9d%90%92/ Thu, 05 Dec 2024 03:19:00 +0000 /pptc/?p=10423

饾悈饾悇饾悞饾悡饾悎饾悤饾悁饾悑 饾悈饾悁饾悂饾悜饾悎饾悐饾悁饾悞饾悎: 饾悘饾悘饾悡饾悅, 饾悁饾悑饾悁饾悈-饾悢饾悐饾悓 饾悓饾悇饾悓饾悘饾悇饾悜饾悐饾悁饾悞饾悁饾悐饾悁饾悕 饾悥饾悁饾悜饾悎饾悞饾悁饾悕 饾悞饾悇饾悓饾悢饾悑饾悁 饾悏饾悁饾悆饾悎 饾悓饾悇饾悑饾悁饾悑饾悢饾悎 饾悞饾悇饾悕饾悎 饾悆饾悁饾悕 饾悐饾悜饾悇饾悁饾悡饾悎饾悤饾悎饾悡饾悎

ALAF-每日大赛app melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menghadiri Program Warna Warni Botani: Festival Fabrikasi anjuran Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia (PSJKM) yang berlangsung pada 5 Disember 2024 bertempat di Taman Rimba Bukit Lagong, MPS.

Kebawah Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj berkenan mencemar duli merasmikan program yang dihadiri oleh Pengerusi PSJKM, Dato鈥 Fully Chye Goet Lee, Timbalan Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, EXCO Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor merangkap Ahli Dewan Negeri Taman Templer, Puan Anfaal Saari, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Isham Ishak serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Tuan Shahman Jalaludin.
Program yang berlangsung selama empat hari ini bertujuan mempromosikan kaedah mengekstrak warna semula jadi dari tumbuhan ke atas sehelai fabrik dan juga menyebarkan kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan menjaga alam sekitar. PPTC mengambil inisiatif mempamerkan hasil seni kreatif masyarakat Orang Asli Tasik Chini, termasuk pakaian eco-printing dan produk kraf tangan. Penyertaan PPTC dalam program ini menggariskan peranan penting Orang Asli sebagai penjaga khazanah alam dan warisan tradisional.
Dalam pada itu, Prof. Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Idris, Profesor Kehormat 每日大赛app, Lantikan Gig Akademik ALAF-每日大赛app telah menerima anugerah penghormatan daripada PSJKM atas usaha beliau yang berterusan dalam memperjuang dan mengangkat nilai-nilai seni kreativiti negara melalui penggunaan sumber asli alam sekitar.
]]>
PAMERAN IGEM 2024 /pptc/pameran-igem-2024/ Wed, 09 Oct 2024 02:57:00 +0000 /pptc/?p=10417

PAMERAN IGEM 2024

Temui kami 饾棧饾槀饾榾饾棶饾榿 饾棧饾棽饾椈饾槅饾棽饾椆饾椂饾棻饾椂饾椄饾棶饾椈 饾棫饾棶饾榾饾椂饾椄 饾棖饾椀饾椂饾椈饾椂, 饾棓饾棢饾棓饾棛-饾棬饾棡饾棤 (饾棧饾棧饾棫饾棖) di Kuala Lumpur Convention Centre mulai hari ini 9 Oktober sehingga 11 Oktober 2024 bersempena IGEM 2024. PPTC berada di reruai Negeri Pahang (Booth No 1305), Plenary Hall, Level 1.

PPTC akan berkongsi maklumat terkini mengenai projek penyelidikan di Tasik Chini yang bertujuan untuk melindungi ekosistem tasik bagi meningkatkan kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan sumber semula jadi kita. Para pengunjung juga berpeluang melihat pameran yang menarik, termasuk kraf tangan unik yang dihasilkan oleh komuniti Orang Asli Tasik Chini.

饾棫饾棽饾椇饾槀饾椂 饾棶饾椈饾棻饾棶 饾榾饾棽饾椇饾槀饾棶 饾棻饾椂 饾榾饾棶饾椈饾棶!

#UniversitiWatanKita
#IlmuMutuBudi
#每日大赛app
#ALAF每日大赛app
#每日大赛appSharing
#PPTC

]]>
Lawatan JK TNC HEJIM UAM Ke PPTC /pptc/lawatan-jk-tnc-hejim-uam-ke-pptc/ Thu, 11 Jul 2024 06:52:00 +0000 /pptc/?p=10229

Lawatan JK TNC HEJIM UAM Ke PPTC

ALAF-每日大赛app melalui Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) telah menyantuni lawatan daripada delegasi Jawatankuasa Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat Universiti Awam Malaysia (JKTNC HEJIM UAM) bertempat di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-每日大赛app pada Khamis 11 Julai 2024 yang diketuai oleh, Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, TNC HEJIM 每日大赛app. Lawatan turut diserikan dengan kehadiran YBrs. Ts. Inv. Dr. Mohammad Bin Abdullah, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Kecemerlangan Penyelidikan IPT, Jabatan Pendidikan Tinggi, YBrs. Encik Raymond Teoh Joo Han, Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Hubungan Industri, Jabatan Pendidikan Tinggi dan barisan TNC HEJIM UAM serta pegawai daripada USM, UTM, UIAM, UNIMAS, UMS, UPSI, UiTM, UMT, UTeM, UMPSA, UNIMAP, UniSZA, UMK dan UPNM.

Delegasi lawatan telah diberikan taklimat oleh Pengarah ALAF-每日大赛app, Prof. Madya. Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin mengenai pelbagai inisiatif penyelidikan yang sedang dilaksanakan di Pusat Penyelidikan Tasik Chini, ALAF-每日大赛app termasuk kajian biodiversiti, projek pemuliharaan teratai, dan usaha-usaha untuk mempromosikan Tasik Chini sebagai destinasi pelancongan ilmu yang lestari sejajar dengan hasrat untuk memanfaatkan ilmu dan penyelidikan demi kemajuan negara.
Lawatan ini turut menyediakan platform bagi pertukaran idea dan pengalaman antara universiti-universiti awam yang terlibat dengan harapan dapat mencetuskan lebih banyak kolaborasi dan inovasi dalam bidang penyelidikan serta pembangunan masyarakat. Selain itu, delegasi turut dibawa melawat ke perkampungan Orang Asal Tanjung Puput, Tasik Chini untuk memberi peluang kepada para delegasi untuk berinteraksi secara langsung dengan komuniti Orang Asal di sana dan meninjau usaha pemerkasaan yang sedang dijalankan oleh PPTC, ALAF-每日大赛app untuk meningkatkan taraf hidup serta kesejahteraan komuniti di Tanjung Puput, Tasik Chini.
ALAF-每日大赛app menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan di atas kesudian para delegasi turun melawat PPTC, ALAF-每日大赛app di mana ianya dilihat sebagai langkah positif dalam memperkukuh sinergi antara institusi pengajian tinggi dan masyarakat serta meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penyelidikan dan pemuliharaan alam sekitar khususnya di Tasik Chini.
]]>
??????? ?????? ???????? ???????? ??????????? ?????? ???????? (???????? ??? ?????? ????) ????????? ??????? ????? /pptc/%f0%9d%97%a3%f0%9d%97%94%f0%9d%97%a0%f0%9d%97%98%f0%9d%97%a5%f0%9d%97%94%f0%9d%97%a1-%f0%9d%97%a6%f0%9d%97%9c%f0%9d%97%97%f0%9d%97%94%f0%9d%97%a1%f0%9d%97%9a-%f0%9d%97%9e%f0%9d%97%98%f0%9d%97%a0/ Sun, 19 May 2024 02:54:00 +0000 /pptc/?p=10164

饾棧饾棓饾棤饾棙饾棩饾棓饾棥 饾棪饾棞饾棗饾棓饾棥饾棜 饾棡饾棙饾棤饾棬饾棥饾棖饾棓饾棡 饾棤饾棓饾棫饾棢饾棓饾棤饾棓饾棫 饾棧饾棙饾棤饾棔饾棓饾棥饾棜饾棬饾棥饾棓饾棥 饾棤饾棓饾棤饾棧饾棓饾棥 饾棤饾棓饾棢饾棓饾棳饾棪饾棞饾棓 (饾棤饾棓饾棢饾棓饾棳饾棪饾棞饾棓 饾棪饾棗饾棜 饾棪饾棬饾棤饾棤饾棞饾棫 饾煯饾煬饾煯饾煱) 饾棧饾棙饾棩饾棞饾棥饾棜饾棡饾棓饾棫 饾棯饾棞饾棢饾棓饾棳饾棓饾棝 饾棫饾棞饾棤饾棬饾棩

Malaysia SDG Summit 2024: Wilayah Timur telah melabuhkan tirai pada petang 19 Mei 2024 dengan sesi perkongsian daripada pelbagai pihak bagi memupuk kesedaran tentang inisiatif SDG di ECER.

Majlis perasmian penutup oleh YAB Menteri Besar Terengganu telah diwakili oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Negeri Terengganu. Sebelum itu, ucapan aluan penutup telah disampaikan oleh YBhg. Dato鈥 Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi, manakala laporan penutup pula disampaikan oleh YBhg. Dato鈥 Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC.

Majlis juga diserikan dengan pukulan gamelan kenong oleh kesemua tetamu kehormat termasuk:

  • YBhg. Dato鈥 Baidzawi Che Mat, Ketua Pegawai Eksekutif, ECERDC
  • Yang Berhormat Haji Maliaman bin Kassim, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Perpaduan Nasional Terengganu
  • YBRs. Encik Ahmad Azizi Bin Zulkifli, Pegawai Daerah / Pentadbir Tanah Kuala Nerus
  • Prof. Dato鈥 Dr. Fadzli Bin Adam, Naib Canselor UNISZA
  • YBhg. Dato鈥 Luqman Ahmad, Timbalan Ketua Setiausaha (Makro), Kementerian Ekonomi
  • YB Dato鈥 Sri Haji Zulkifli Bin Haji Yaacob, Setiausaha Kerajaan Pahang
  • Pukulan terakhir oleh YBM Tengku Seri Bijaya Raja, Setiausaha Kerajaan Terengganu

Antara acara dan aktiviti lain yang berlangsung termasuk:

  • Pameran mempromosikan tenaga hijau, kenderaan elektrik (EV) dan kenderaan rekreasi (RV)
  • Bazaar SDG Usahawan ECER
  • Pameran SDG dari Rakan-Rakan Strategik
  • Bengkel & Pameran Khas Untuk Belia di Pantai Timur oleh Youth Environment Living Lab (YELL)
  • Aktiviti Kebudayaan & Kraftangan

Sidang kemuncak yang terakhir di Wilayah Timur ini akan membuka laluan kepada Sidang Kemuncak SDG Kebangsaan 2024 yang dianjurkan oleh Kementerian Ekonomi pada bulan Ogos 2024. Sidang kemuncak peringkat kebangsaan ini akan menjadi platform untuk Malaysia mempamerkan inisiatif dan pencapaian negara secara keseluruhan dalam SDG.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini 每日大赛app听telah mengambil bahagian sebagai Pempamer dengan berkongsi inisiatif yang telah di ambil oleh Pusat Penyelidikan Tasik Chini dengan program-program yang berteraskan SDG 14 & 15 dalam penyelidikan dan aktiviti disamping menyokong 17 lagi inisiatif SDG dalam semua program yang dirancang.

#pptc听#pptcukm听#PPTCSharing听#alafukm听#每日大赛app听
#每日大赛appSharing听#sdgsummit2024听#SDG听#Malaysia听#ECER听
#TenagaHijau #PembangunanLestari #Belia #Kebudayaan听#InisiatifSDG

]]>
Program Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur di Tasik Chini, Pahang. /pptc/program-pra-persidangan-sidang-kemuncak-sdg-2024-wilayah-timur-di-tasik-chini-pahang/ Mon, 13 May 2024 02:49:00 +0000 /pptc/?p=10159

Program Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur di Tasik Chini, Pahang.

Pusat Penyelidikan Tasik Chini telah menjadi tuan rumah bagi Program Pra-Persidangan Sidang Kemuncak SDG 2024 Wilayah Timur yang di anjurkan oleh Majlis Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECERDC). Ini merupakan Program Pra-Persidangan yang kedua selepas acara yang pertama di Laman Warisan Kampung Laut, Kelantan. Program Pra-Persidangan ini turut disertai oleh pelajar-pelajar dan pensyarah daripada Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).

Acara pra-persidangan ini bertujuan membentuk kesedaran mengenai biodiversiti dan ekosistem Tasik Chini menerusi taklimat berkenaan ekosistem Tasik Chini, serta aktiviti eksplorasi bot dan denai hutan di persekitaran Makmal Air Tawar PPTC.
Program ini telah dihadiri oleh YBrs. Puan Salina Binti Muhamad Sali Luddin, Timbalan Pengarah 1, Bahagian Ekonomi Alam Sekitar dan Sumber Asli, Kementerian Ekonomi, YBrs. En. Ahmad Azimeer Bin Abdul Manaf, Timbalan Pengarah 2, Pusat SDG Negara, YBrs. Profesor Datin. Ts. Dr. Mimi Sakinah Binti Abdul Munaim, Penolong Naib Canselor Pusat Jaringan Industri & Masyarakat UMPSA dan Profesor Madya Dr. Wan Mohd Aizat Bin Wan Kamaruddin, Pengarah, Pusat Pengurusan Makmal Alami & Fizikal 每日大赛app (ALAF-每日大赛app). Selain daripada pelajar-pelajar UMPSA, acara ini juga telah dihadiri oleh wakil Orang Asli kaum Jakun dari Tasik Chini, pegawai ECERDC dan PPTC.
Selepas siri Program Pra-Persidangan ini, Sidang Kemuncak SDG ECER akan berlangsung pada 19 Mei 2024 di Kuala Terengganu. Para peserta yang berminat untuk sertai acara Sidang Kemuncak pada 19 Mei 2024 boleh mendaftar di听
#PPTC
#PPTC每日大赛app
#ALAF每日大赛app
#每日大赛app
#每日大赛appSHARING
#ECERSDGSummit2024
#SDGSummit2024
#TasikChini
#ECERDC
#KementerianEkonomi
#SDG
]]>
Majlis Syarahan Umum ALAF-每日大赛app – Naga Sri Gumum Di Persimpangan Jalan oleh Prof. Dato’ Sri. Dr. Mushrifah Hj. Idris /pptc/majlis-syarahan-umum-alaf-ukm-naga-sri-gumum-di-persimpangan-jalan-oleh-prof-dato-sri-dr-mushrifah-hj-idris/ Mon, 08 Apr 2024 02:41:51 +0000 /pptc/?p=10149

Majlis Syarahan Umum ALAF-每日大赛app - Naga Sri Gumum Di Persimpangan Jalan oleh Prof. Dato' Sri. Dr. Mushrifah Hj. Idris

Majlis Syarahan Umum Prof. Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Idris anjuran ALAF-每日大赛app di Bilik Majlis, Canselori 每日大赛app berjaya berlangsung pada 8 Mac 2024 .

Dihadiri lebih 50 orang secara fizikal dan hampir 600 tontonan hibrid melalui Facebook Live, ALAF-每日大赛app. Penganjuran ini oleh Pusat Penyelidikan Tasik Chini bertujuan memahami kepentingan memelihara Tasik Chini, UNESCO Tasik Chini Rizab Biosfera, dan peranan pusat penyelidikan.

Prof. Dato鈥 Sri Dr. Mushrifah Idris berkongsi mengenai keunikan Lembangan Tasik Chini dan Mitos Tasik Chini. Hadir juga Pengarah ALAF-每日大赛app, Prof. Madya. Dr Wan Mohd Aizat Wan Kamarudin, dan wakil-wakil lain dari ALAF-每日大赛app, Majlis Biodiversiti Pahang, dan 每日大赛app. Semoga syarahan ini memperkasa bidang penyelidikan dan mengangkat Lembangan Tasik Chini ke tahap UNESCO yang lebih tinggi.

]]>
Bengkel Pembangunan Modul Bimbingan Tenaga Pengajar (TOT) di Pusat Penyelidikan Tasik Chini /pptc/bengkel-pembangunan-modul-bimbingan-tenaga-pengajar-tot-di-pusat-penyelidikan-tasik-chini/ Sun, 17 Mar 2024 02:44:00 +0000 /pptc/?p=10154

Bengkel Pembangunan Modul Bimbingan Tenaga Pengajar (TOT) di Pusat Penyelidikan Tasik Chini

Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC), 每日大赛app telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Modul Bimbingan Tenaga Pengajar (TOT) dengan maksud meningkatkan kemahiran insaniah serta membentuk jurulatih fasilitator berkualiti. Pembangunan kemahiran adalah aspek penting bagi memastikan keberkesanan modul di PPTC 每日大赛app.

Fokus bengkel ini ialah mengulas ciri-ciri utama jurulatih yang kompeten, prinsip pembelajaran dewasa, dan teknik penyampaian latihan yang efektif kepada orang dewasa. Peserta bengkel akan didedahkan kepada alat yang perlu untuk memulakan dan melaksanakan latihan di tempat kerja, serta menilai keberkesanan pembelajaran secara berterusan.

Bengkel ini membantu bakal jurulatih dan fasilitator dalam mengalihkan pengetahuan dan kemahiran kepada aktiviti yang ingin disampaikan, serta perubahan tingkah laku yang dijangkakan melalui pembelajaran berperingkat. Penggunaan Neuro Linguistic Programming (NLP) digunakan untuk mengenalpasti personaliti dan teknik penyampaian yang sesuai dengan peserta, serta menarik minat mereka dalam pembelajaran. Analisis Keperluan Latihan diajar kepada peserta untuk memastikan program latihan sesuai dengan keperluan semasa.

Bengkel ini berlangsung dari 15 hingga 17 Mac 2024, serta akan diadakan sesi kedua dari 29 hingga 31 Mac 2024, disampaikan oleh En. Norrul Izuhan Shafri, Ketua Penolong Pendaftar, Hospital Canselor Tuanku Muhriz (H每日大赛app). Mempunyai keserasian dengan moto Universiti Kebangsaan Malaysia, 鈥淚mu, Mutu, & Budi鈥, peserta dibimbing untuk meningkatkan ilmu dalam pembangunan modul dan latihan, serta memastikan mutu yang tinggi dan relevan dengan keperluan semasa. Melalui suasana interaktif dan mesra, peserta diberi peluang untuk membentuk keperibadian mereka sebagai jurulatih yang berkesan dan beretika.

]]>