{"id":17143,"date":"2026-05-15T10:17:00","date_gmt":"2026-05-15T02:17:00","guid":{"rendered":"https:\/\/www.ukm.my\/pptc\/?p=17143"},"modified":"2026-06-10T10:23:36","modified_gmt":"2026-06-10T02:23:36","slug":"teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco","status":"publish","type":"post","link":"https:\/\/www.ukm.my\/pptc\/teknologi-biochar-apec-pptc-jadi-pusat-rujukan-pulihkan-ekosistem-tapak-warisan-unesco\/","title":{"rendered":"Teknologi Biochar APEC: PPTC Jadi Pusat Rujukan Pulihkan Ekosistem Tapak Warisan UNESCO"},"content":{"rendered":"\t\t
<\/div><\/div>\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\tPEKAN, 15 Mei 2026 \u2013 Pusat Penyelidikan Tasik Chini (PPTC) melakar sejarah sebagai pusat tumpuan rantau Asia Pasifik menerusi penganjuran Bengkel Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) yang memfokuskan kepada inovasi teknologi biochar dan perapi tanah bagi tujuan penanaman semula pokok.\n\nProgram strategik ini merupakan kolaborasi antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) bersama Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) di bawah dana APEC menerusi forum Policy Partnership on Food Security (PPFS).<\/p>\n\t\t\t\t\t<\/div>\n <\/div>\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t
Projek Projek yang diterajui oleh Dr. Ahmad Razi Othman dari Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB) itu bertujuan menangani isu kemerosotan kualiti tanah melalui penyelesaian berasaskan alam semulajadi.<\/p>\n
Naib Canselor, Prof. Dato\u2019 Dr. Sufian Jusoh dalam ucapannya menekankan kepentingan lokasi penyelidikan tersebut yang bukan sahaja signifikan dari sudut akademik, malah diiktiraf di peringkat global.<\/p>\n
\u201cPenganjuran bengkel bertaraf antarabangsa di sini adalah sangat bertepatan memandangkan kedudukan Pusat Penyelidikan Tasik Chini sebagai salah sebuah tapak warisan UNESCO.<\/p>\n
\u201cPenggunaan teknologi hijau seperti\u00a0biochar<\/em>\u00a0bukan sekadar inovasi, tetapi tanggungjawab kita dalam memastikan kelestarian ekosistem di kawasan sensitif alam sekitar seperti ini kekal terpelihara untuk generasi akan datang,\u201d ujar beliau.<\/p>\n Bengkel tersebut dihadiri oleh delegasi dari pelbagai negara anggota APEC termasuk Australia, Viet Nam, China, Chinese Taipei, Brunei Darussalam, Thailand, dan Malaysia.<\/p>\n Kehadiran wakil antarabangsa ini membuktikan pengiktirafan dunia terhadap usaha Malaysia dalam menerajui teknologi perapi tanah yang mampu memulihkan kualiti tanah dan mempercepatkan proses penanaman semula hutan serta tanaman pertanian.<\/p>\n Turut hadir memberikan sokongan adalah Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik KPKM, Yee Chen Hua; Pengarah Pusat Pengurusan Makmal Alami dan Fizikal (ALAF 每日大赛app), Prof. Madya Dr. Wan Mohd Aizat Wan Kamaruddin dan Ketua Pusat Penyelidikan Tasik Chini, Prof. Madya Dr. Mohd Shazrul Fazry Sa\u2019ariwijaya.<\/p>\n Selain penglibatan akademik, program ini turut diperkukuhkan menerusi sinergi bersama pemain industri gergasi seperti FGV Holdings dan SD Guthrie.<\/p>\n Kerjasama ini turut melibatkan agensi kerajaan seperti Jabatan Pertanian, MARDI, Kebuniti Selangor, serta penglibatan bermakna daripada Komuniti Orang Asli Tasik Chini yang menjadi rakan strategik dalam usaha pemuliharaan setempat.<\/p>\n Teknologi\u00a0biochar<\/em>\u00a0yang dihasilkan daripada sisa organik ini dijangka menjadi pemangkin kepada agenda kelestarian global, sekali gus memperkukuhkan peranan Malaysia sebagai hab rujukan teknologi hijau utama di rantau Asia Pasifik.<\/p>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\n<\/div>\t\t\t\t\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t<\/div>\n\t\t\t\t\n\t\t\t\t\t\t\t\t