Wacana BAKAT Pentadbir Universiti
Wacana BAKAT Pentadbir Universiti kali ketiga telah diadakan pada 9 November 2022 dengan menampilkan Cik Rohaya Umar, Ketua Pustakawan ÿÈÕ´óÈüapp dengan tajuk Peranan Perpustakaan dalam Menyokong Penarafan Universiti.
Pada kali ini pembicara telah mengundang para pegawai Pengurusan dan Profesional dari pelbagai skim perkhidmatan untuk turut bersama di Smart Selangor Anjung Digital@FTSM. Wacana BAKAT turut diikuti secara dalam talian melalui aplikasi Zoom dan facebook Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan. Cik Rohaya Umar telah memulakan bicara dengan mengimbau kembali sejarah penubuhan serta perkembangan perpustakaan di ÿÈÕ´óÈüapp. Penarafan sesebuah universiti merupakan perkara penting dalam mengukur kecemerlangan universiti. Ia juga faktor mendorong serta menarik minat kemasukan pelajar ke sebuah universiti.
Pustakawan terlibat secara langsung dalam penyediaan data penerbitan yang melibatkan audit penarafan sama ada dalam negara mahupun di peringkat dunia. Sistem Repositori Penerbitan atau lebih dikenali sebagai e-ReP dibangunkan pada tahun 2007 merupakan pangkalan data utama penerbitan warga ÿÈÕ´óÈüapp. Kini ÿÈÕ´óÈüapp sedang menambahbaik Sistem e-ReP Versi 2.0 yang lebih dinamik dan mesra pengguna.
Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp merakamkan setinggi terima kasih kepada Ketua Pustakawan ÿÈÕ´óÈüapp, Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA), Majlis Persatuan Pentadbir Universiti Awam Malaysia (MASTI) dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Wacana BAKAT ini.
