Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Generik (KKG) serta Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Kepimpinan (KKK) dan Modul Latihan Kepimpinan
![]() |
![]() |
![]() |
Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Generik (KKG) serta Bengkel Pembangunan Kamus Kompetensi Kepimpinan (KKK) dan Modul Latihan Kepimpinan telah diadakan pada 5 Julai 2022.
Pembangun Kamus Kompetensi yang terdiri daripada Dekan, Pengarah, Timbalan Dekan, Timbalan Pengarah, Pegawai Kanan Pengurusan & Profesional serta Wakil Persatuan PKAÿÈÕ´óÈüapp dan PERTADI. Terima kasih kepada Lt. Kol. Bersekutu (PA) Prof. Dr. Roslee Rajikan, Pro Naib Canselor (Strategi & Pembangunan Korporat) yang sudi bersama dengan pembangun kamus kompetensi. Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp merakamkan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam usaha membangun serta menyerlahkan bakat warga ÿÈÕ´óÈüapp. Kepakaran, pengalaman dan pengetahuan yang dikongsikan sepanjang bengkel ini akan menghasilkan Kamus Kompetensi yang beridentiti ÿÈÕ´óÈüapp.
Antara proses pembinaan Kamus Kompetensi adalah mengenal pasti kluster kompetensi, definisi kompetensi, tahap kompetensi serta petunjuk tingkah laku bagi mengukur tahap kompetensi. Pelaksanaan pengurusan bakat berasaskan kompetensi boleh membawa transformasi dan perubahan dalam organisasi ke arah peningkatan kecemerlangan individu dan organisasi.
Kamus Kompetensi Generik dan Kamus Kompetensi Kepimpinan akan di bawa ke Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat ÿÈÕ´óÈüapp untuk kelulusan sebelum pelaksanaan di peringkat ÿÈÕ´óÈüapp.


