Berita | Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan /profesional-ukm Memacu Bakat Kepimpinan Masa Depan Fri, 31 Oct 2025 08:51:06 +0000 ms-MY hourly 1 https://wordpress.org/?v=6.9.4 LinkedIn Sebagai Cerminan Watan: Membangun Identiti Profesional Warga ÿմapp /profesional-ukm/news/akan-datang-linkedin-sebagai-cerminan-watan-membangun-identiti-profesional-warga-ukm/ Mon, 27 Oct 2025 02:04:15 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=10017 BANGI, 30 Oktober 2025 – Kursus LinkedIn Sebagai Cerminan Watan: Membangun Identiti Profesional Warga ÿմapp telah dilaksanakan secara fizikal di Bilik Lily 1, Bangi Resort

The post LinkedIn Sebagai Cerminan Watan: Membangun Identiti Profesional Warga ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

BANGI, 30 Oktober 2025 – Kursus LinkedIn Sebagai Cerminan Watan: Membangun Identiti Profesional Warga ÿմapp telah dilaksanakan secara fizikal di Bilik Lily 1, Bangi Resort Hotel pada 30 Oktober 2025 (Hari Khamis).
Kursus ini telah dihadiri seramai 25 orang peserta merangkumi Akademik dan Pengurusan & Profesional dari pelbagai PTJ di ÿմapp yang disampaikan oleh seorang penceramah yang berpengalaman dalam bidang LinkedIn.

Perlaksanaan kursus ini adalah berdasarkan 5 modul yang telah dipilih oleh penceramah berkaitan dengan LinkedIn. Berikut adalah butiran terperinci.
Kursus ini bertujuan untuk memperkasakan warga profesional Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) dalam membina dan mengurus identiti profesional secara strategik melalui platform LinkedIn. Dalam era digital dan jaringan global, LinkedIn berfungsi bukan sekadar sebagai laman jaringan sosial, tetapi sebagai medium penting untuk membina kredibiliti, memperluas rangkaian profesional, serta mempromosikan kepakaran dan sumbangan individu kepada universiti dan negara.

Penceramah: Puan Nurul Addini Ahmad Tajudin
Founder Soulove & CEO Diniflix.com

Objektif Penganjuran Kursus ini adalah untuk :-
• Membimbing peserta dalam membina dan mengurus profil LinkedIn yang menarik, profesional dan berimpak tinggi
• Memberi pemahaman asas dan lanjutan tentang fungsi serta kepentingan LinkedIn dalam konteks pembangunan kerjaya dan jaringan profesional
• mempelajari teknik personal branding melalui kandungan dan interaksi strategik di platform LinkedIn;
• Menunjukkan cara untuk memperluaskan rangkaian profesional serta meningkatkan kebolehlihatan (visibility) dalam kalangan rakan industri dan komuniti professional
• Mendedahkan peserta kepada ciri-ciri lanjutan LinkedIn, termasuk LinkedIn Analytics, artikel dan penggunaan LinkedIn untuk promosi akademik dan kerjaya
• Meningkatkan keyakinan peserta untuk menggunakan LinkedIn secara proaktif dan konsisten dalam pembangunan akademik dan kerjaya

Di akhir kursus ini semua peserta dapat mengemaskini profil LinkedIn masing-masing dengan naratif profesional yang kukuh dan berwibawa, berhubung secara aktif dengan industri serta komuniti global, serta berkongsi ilmu dan pencapaian secara beretika dan berimpak.

The post LinkedIn Sebagai Cerminan Watan: Membangun Identiti Profesional Warga ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>
171 Pegawai Kanan PDRM Terima Sijil Profesional ÿմapp: Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan /profesional-ukm/news/171-pegawai-kanan-pdrm-terima-sijil-profesional-ukm-kepimpinan-pdrm-kalis-masa-depan/ Fri, 17 Oct 2025 08:41:23 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=9960   Foto: Pusat Komunikasi Korporat ÿմapp KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2025 – Seramai 171 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta detik bersejarah apabila berjaya

The post 171 Pegawai Kanan PDRM Terima Sijil Profesional ÿմapp: Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

 

Foto: Pusat Komunikasi Korporat ÿմapp

KUALA LUMPUR, 16 Oktober 2025 – Seramai 171 pegawai kanan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mencipta detik bersejarah apabila berjaya menamatkan pengajian dan menerima Sijil Profesional Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) bagi sesi 2024/2025, dalam satu Majlis Graduasi yang berlangsung dengan penuh berprestij di ibu negara hari ini.

Program profesional berimpak tinggi ini dibangunkan secara strategik hasil kolaborasi antara ÿմapp dan PDRM, merangkumi tiga kategori utama, iaitu:

  1. Sijil Profesional Penilai Kompetensi Kepimpinan Tertinggi dalam Kepolisan bagi pegawai berpangkat Deputi Komisioner Polis (DCP) dan Senior Asisten Komisioner (SAC);
  2. Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan untuk pegawai berpangkat Asisten Komisioner Polis (ACP); dan
  3. Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan bagi pegawai berpangkat Superintendent.

Memperkasa Kepimpinan Berwibawa, Mencorak Polisi Masa Hadapan

Mewakili Ketua Polis Negara, Dato’ Sri Mohd Khalid Ismail, Pengarah Pengurusan PDRM, YDH Dato’ Sri Abdul Aziz Abdul Majid, dalam ucapannya menegaskan bahawa inisiatif ini merupakan langkah transformasi penting dalam memartabatkan profesionalisme kepimpinan tertinggi PDRM, selaras dengan Pelan Strategik PDRM 2021–2025.

Menurut beliau, para pegawai kanan yang bergraduasi merupakan perintis kepada usaha memperkemas kaedah pencarian lapisan kepimpinan muda atau pool of talent yang berpotensi untuk mengisi jawatan penting dan strategik dalam PDRM.

“Sebagai pasukan penguatkuasa terulung di Malaysia, PDRM perlu diterajui oleh mereka yang berkompetensi, berkredibiliti, profesional dan berintegriti tinggi. Program-program ini juga diyakini akan mampu memperkukuhkan daya kepimpinan menerusi pembangunan bakat berasaskan kompetensi. Menerusi program-program kepimpinan seumpama ini, ia bukan sahaja dapat menjamin kelangsungan kepimpinan, yang unggul malah berupaya memacu penyampaian perkhidmatan kepolisan yang cemerlang dan berterusan seiring dengan penarafan world class policing,” tegas beliau.

Beliau turut menambah bahawa kerjasama strategik antara PDRM dan ÿմapp menjadi bukti kesungguhan kedua-dua institusi dalam memperkukuh keupayaan modal insan kalis masa depan, demi mengekalkan ekosistem keselamatan negara yang komprehensif, responsif dan berdaya saing.

ÿմapp Pacu Agenda Keilmuan dan Keselamatan Negara

Sementara itu, Prof. Ts. Dr. Faizal Mohamed, yang menjalankan fungsi Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat ÿմapp, menjelaskan bahawa inisiatif bersama ini dirangka untuk memperteguh jati diri kepimpinan keselamatan negara dengan menumpukan kepada pembentukan kompetensi teras, pemikiran strategik serta ilmu kalis masa depan dalam kalangan pegawai kanan PDRM.

Beliau turut menegaskan bahawa landskap keselamatan masa kini menuntut kepimpinan yang mampu beradaptasi terhadap perubahan teknologi dan sosial tanpa mengabaikan nilai keilmuan serta integriti.

“Selaras dengan aspirasi ÿմapp sebagai pemangkin pembangunan negara, kami terus komited untuk menghasilkan modal insan berwibawa, termasuk dalam sektor keselamatan, pertahanan dan penguatkuasaan undang-undang. Program kali ini bukan sekadar latihan profesional, tetapi juga suatu manifestasi nilai bersama yang kita junjung iaitu keilmuan, amanah, dan tanggungjawab kepada negara” ujar Prof. Dr. Faizal yang mewakili Naib Canselor ÿմapp.

Prof. Dr. Faizal turut menyampaikan ucapan tahniah kepada semua pegawai yang bergraduasi, sambil menyifatkan kejayaan tersebut sebagai gambaran sebenar dedikasi, komitmen dan integriti mereka dalam menegakkan kecemerlangan perkhidmatan awam serta keselamatan negara.

Tentang Program Sijil Profesional Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan

Program Sijil Profesional Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan merupakan inisiatif hasil pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara ÿմapp dan PDRM pada 22 Ogos 2024, yang dilaksanakan sepenuhnya oleh Pusat Pembangunan Profesional dan Kepimpinan (Profesional-ÿմapp).

Program ini direka berasaskan falsafah pembangunan kepimpinan berdaya tahan dengan objektif utama seperti berikut:

  1. Memperkasa keupayaan kepimpinan keselamatan negara melalui pembangunan kompetensi teras dan pemikiran strategik dalam kalangan pegawai kanan PDRM. Objektif ini menekankan pembinaan kemahiran kepimpinan yang kukuh, selari dengan peranan penting PDRM dalam menangani cabaran keselamatan yang semakin kompleks dan dinamik.
  2. Melahirkan pegawai polis yang berilmu, beretika dan adaptif melalui pemupukan ilmu yang kalis masa depan serta penerapan nilai integriti, keadilan dan tanggungjawab sosial. Ini selari dengan aspirasi ÿմapp sebagai pemangkin masyarakat beretika dan menyokong transformasi kepimpinan dalam sektor keselamatan dan penguatkuasaan.
  3. Menyediakan platform latihan profesional yang berstruktur dan berimpak tinggi bagi menyokong hala tuju strategik PDRM ke arah pasukan yang berwibawa, progresif dan berkhidmat untuk negara. Objektif ini mengiktiraf program ini bukan sekadar latihan akademik, tetapi sebagai satu usaha strategik membentuk barisan kepimpinan yang relevan dan dipercayai rakyat.

Program ini menzahirkan kesepaduan antara keilmuan akademik dan ketegasan kepolisan, sekali gus memperkukuh sinergi antara ÿմapp dan PDRM dalam melahirkan generasi kepimpinan keselamatan negara yang berdaya fikir, berprinsip dan bersedia mendepani cabaran masa depan.

The post 171 Pegawai Kanan PDRM Terima Sijil Profesional ÿմapp: Kepimpinan PDRM Kalis Masa Depan first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>
Kursus Pengacaraan bagi Warga ÿմapp /profesional-ukm/news/akan-datang/ Mon, 13 Oct 2025 03:24:15 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=9941 Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam Foto Dr Hazlina Mohd Miskam BANGI, 14 Oktober 2025 – Kursus Pengacaraan Bagi Warga ÿմapp telah dilaksanakan secara fizikal di

The post Kursus Pengacaraan bagi Warga ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam
Foto Dr Hazlina Mohd Miskam

BANGI, 14 Oktober 2025 – Kursus Pengacaraan Bagi Warga ÿմapp telah dilaksanakan secara fizikal di Bilik Bankuasi Aras 2 Bangunan Canselori ÿմapp pada 14 Oktober 2025 (Hari Selasa).

Kursus ini telah mendapat sambutan yang menggalakkan dan seramai 45 orang peserta dari pelbagai PTJ di ÿմapp telah menghadiri kursus ini yang disampaikan oleh 3 orang penceramah yang berpengalaman dalam bidang pengacaraan.

Perlaksanaan kursus ini adalah berdasarkan 3 tajuk ceramah yang disampaikan oleh 3 orang penceramah di sebelah pagi. Manakala di sebelah petang pula sesi ujibakat pencarian bakat baru sebagai pengacara telah dilaksakan ke atas semua peserta. Berikut adalah butiran terperinci.

Penceramah: Encik Irham Abdullah
Penolong Pegawai Tadbir
Jabatan Khidmat Pelanggan, HCTM
Tajuk: Peranan dan Tugas Pengacara

Penceramah: Puan Siti Salwa Ahmad Zur
Penolong Pendaftar Kanan
Pejabat Naib Canselor
Tajuk: Citi-ciri Pengacara Hebat

Penceramah: Puan Hasnoor Shima Ahmad Hassan
Guru Bahasa
Pusat Kajian Bahasa & Linguistik (PBL), FSSK
Tajuk: Disiplin Pengacaraan

Sesi Ujibakat Pencarian Pengacara Baru
Juri:
a) Encik Mohd Norhafizun Mohd Saman
Pegawai Optometri
Fakulti Sains Kesihatan

b) Cik Nor Azura Rosidi
Pegawai Sains Kanan
Pusat Kajian Toksikologi & Risiko Kesihatan (CORE)

c) Encik Mohammad Hidir Mohamed
Penolong Pendaftar Kanan
Sekretariat Pengajian Prasiswazah
Fakulti Perubatan

d) Puan Junaidah Damri
Setiausaha Pejabat (N6)
Pusat Pengurusan Penyelidikan & Instrumentasi (CRIM)

Objektif Penganjuran Kursus ini adalah untuk :-
• Mencari dan mencungkil bakat baru dalam bidang pengacaraan terutamanya untuk Majlis Konvokesyen ÿմapp
• Memberi pendedahan awal di kalangan pengacara baru
• Membina keyakinan diri di kalangan pengacara baru

Di akhir kursus ini telah berjaya mencungkil bakat-bakat baru dalam pengacaraan dan peserta-peserta yang terpilih akan disaring diperingkat seterusnya oleh Ahli Jawatankuasa Pengacaraan dan para juri yang terlibat di dalam sesi ujibakat pencarian pengacara baru yang telah dilaksanakan. Sesi ujibakat pencarian pengacara baru telah mendapat sambutan dan telah dilaksanakan dengan jayanya sehingga objektif kursus ini berjaya dicapai khususnya dalam mencari dan mencungkil bakat baru dalam kalangan peserta-peserta untuk menjadi pengacara di majlis-majlis rasmi antaranya Majlis Konvokesyen ÿմapp.

The post Kursus Pengacaraan bagi Warga ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>
Program Kejuruteraan Profesionalisme: Strategi Mencapai Status Jurutera Profesional (IR) Bagi Warga ÿմapp /profesional-ukm/news/program-kejuruteraan-profesionalisme-strategi-mencapai-status-jurutera-profesional-ir-bagi-warga-ukm/ Tue, 30 Sep 2025 04:01:18 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=9857 Oleh Mohd Fauzi Parmin Foto Mohd Fauzi Parmin BANGI, 24 September 2025 – Program Kejuruteraan Profesionalisme: Strategi Mencapai Status Jurutera Profesional (IR) Bagi Warga ÿմapp

The post Program Kejuruteraan Profesionalisme: Strategi Mencapai Status Jurutera Profesional (IR) Bagi Warga ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

Oleh Mohd Fauzi Parmin
Foto Mohd Fauzi Parmin

BANGI, 24 September 2025 – Program Kejuruteraan Profesionalisme: Strategi Mencapai Status Jurutera Profesional (IR) Bagi Warga ÿմapp telah diadakan pada 24 September 2025 (Rabu). Program ini telah dilaksanakan secara fizikal di Bangi Resort Hotel.

Program ini telah disertai seramai 31 orang Pensyarah Universiti dan kakitangan Pengurusan & Profesional iaitu Jurutera dari skim J (mempunyai latar belakang kejuruteraan).
Sebagai sebuah universiti penyelidikan yang unggul, Universiti Kebangsaan Malaysia (ÿմapp) komited untuk memastikan barisan pensyarah akademik dan Jurutera di ÿմapp terlibat secara aktif dalam pembangunan profesional masing-masing. Salah satu laluan penting bagi pensyarah dan Jurutera dalam bidang kejuruteraan adalah memperoleh pengiktirafan sebagai Jurutera Profesional (Ir.) melalui Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).

Namun, proses permohonan ini sering dianggap kompleks dan kurang difahami, khususnya oleh pensyarah akademik dan Jurutera (Skim J) yang tidak terlibat secara langsung dalam industri.
Justeru itu, satu sesi perkongsian oleh penceramah profesional yang berpengalaman amat penting bagi memberikan pencerahan mengenai laluan, keperluan, dan strategi efektif untuk mencapai status Jurutera Profesional.

Objektif program:
• Memberikan pendedahan kepada pensyarah dan kakitangan Pengurusan & Profesional iaitu Jurutera mengenai proses permohonan Jurutera Profesional melalui BEM/IEM.
• Meningkatkan kefahaman tentang syarat kelayakan, dokumentasi dan pengalaman kejuruteraan yang relevan.
• Menggalakkan pensyarah dan Jurutera untuk merancang pembangunan kerjaya selaras dengan keperluan pendaftaran profesional.
• Mewujudkan jaringan kolaborasi antara akademik dan Jurutera dengan profesional industri.

Penceramah:
Y.Brs. Prof. Madya Ir. Dr. Shahrul Niza Bin Mokhatar
Jabatan Kejuruteraan Awam
Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)

Modul:
a) Proses Permohonan Jurutera Profesional (Ir.)
• Laluan BEM vs IEM
• Penyediaan dokumen dan laporan teknikal
• Cabaran & peluang untuk pensyarah akademik dan kakitangan Pengurusan & Profesional iaitu Jurutera
b) Konsultasi (Hands-On Dalam Sistem)

The post Program Kejuruteraan Profesionalisme: Strategi Mencapai Status Jurutera Profesional (IR) Bagi Warga ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>
Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Kolaborasi Di Antara Profesional-ÿմapp dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Siri 2/2025 /profesional-ukm/news/sijil-kompetensi-pementoran-dan-penyeliaan-berkesan-kolaborasi-di-antara-profesional-ukm-dan-fakulti-ekonomi-dan-pengurusan-siri-2-2025/ Mon, 29 Sep 2025 04:02:46 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=9829 Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam Foto En Mohd Fikri Khairuddin Abu Bakar BANGI, 23 September 2025 – Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Kolaborasi

The post Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Kolaborasi Di Antara Profesional-ÿմapp dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Siri 2/2025 first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam
Foto En Mohd Fikri Khairuddin Abu Bakar

BANGI, 23 September 2025 – Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Kolaborasi Di Antara Profesional-ÿմapp dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Siri 2 Tahun 2025 telah dilaksanakan secara fizikal pada 23 September 2025 (Hari Selasa) di Bangi Resort Hotel.

Pihak Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) ÿմapp telah menyatakan hasrat untuk mengadakan program ini secara kolaborasi di antara FEP & Profesional-ÿմapp dan menetapkan tarikh perlaksanaan kolaborasi bagi mengadakan Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Kolaborasi Siri 2/2025 pada 23 September 2025.

Program ini telah disertai seramai 60 orang ahli akademik dari Fakulti Ekonomi dan Pengurusan ÿմapp.

Objektif
• Memahami konsep dan pengurusan penyeliaan dengan tepat mengikuti Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran yang ditetapkan.
• Mengenalpasti dan menjelaskan tugas, peranan, tanggungjawab dan sifat-sifat penyelia yang berkesan.
• Mengenal pasti kaedah-kaedah yang tepat dan betul dalam menyelesaikan isu permasalahan semasa penyeliaan.
• Mengaplikasi prinsip-prinsip penyeliaan yang berkesan untuk mempertingkatkan kualiti pelajar.

Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan yang ditawarkan kepada semua warga akademik ÿմapp ini merupakan satu program latihan berstruktur akademik yang dijalankan bagi memenuhi keperluan akreditasi MQA.

Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengemaskini dokumen Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (Standards: Master’s and Doctoral Degree) yang mana pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2021.

Pemberi Pendidikan Tinggi yang menawarkan program Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada pematuhan MQA di samping standard program yang berkaitan penyediaan dokumen permohonan Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh dan Audit Pematuhan (MDD MQA 2021).

Syarat Pensijilan Kompetensi ini adalah semua peserta warga akademik ÿմapp perlu mencapai 100% kehadiran iaitu menghadiri dengan jayanya semua modul yang di ambil.

Sebanyak 3 modul disampaikan oleh 3 orang penceramah yang berpengalaman. Berikut adalah butiran terperinci:

Y. Brs. Prof. Madya Dr. Zariyantey Abd. Hamid
Timbalan Pengarah (Dasar Akademik dan APEL)
Pusat Pengurusan Akademik
Modul: Peraturan dan Pengurusan Siswazah

Y. Bhg. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri
Timbalan Pengarah (Kompetensi Siswazah dan Promosi)
Pusat Pengurusan Akademik
Modul: Peranan dan Tanggungjawab Penyeliaan

YM. To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda
Ombudsman ÿմapp
Menjalankan Tugas Ketua Unit Integriti & Ombudsman ÿմapp
Modul: Etika dan Integriti Penyeliaan

The post Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Kolaborasi Di Antara Profesional-ÿմapp dan Fakulti Ekonomi dan Pengurusan Siri 2/2025 first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>
Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp /profesional-ukm/news/sijil-kompetensi-pementoran-dan-penyeliaan-berkesan-anjuran-profesional-ukm-2/ Sun, 28 Sep 2025 04:09:56 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=9892 Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam Foto Mohd Fikri Khairuddin Abu Bakar BANGI, 22 Julai 2025 – Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp

The post Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam
Foto Mohd Fikri Khairuddin Abu Bakar

BANGI, 22 Julai 2025 – Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp Siri 4 Tahun 2025 telah dilaksanakan secara dalam talian pada 22 Julai 2025 (Hari Selasa) di platform Zoom.

Program ini telah disertai seramai 103 orang ahli akademik dari pelbagai fakulti di ÿմapp.

Objektif
• Memahami konsep dan pengurusan penyeliaan dengan tepat mengikuti Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran yang ditetapkan.
• Mengenalpasti dan menjelaskan tugas, peranan, tanggungjawab dan sifat-sifat penyelia yang berkesan.
• Mengenal pasti kaedah-kaedah yang tepat dan betul dalam menyelesaikan isu permasalahan semasa penyeliaan.
• Mengaplikasi prinsip-prinsip penyeliaan yang berkesan untuk mempertingkatkan kualiti pelajar.

Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan yang ditawarkan kepada semua warga akademik ÿմapp ini merupakan satu program latihan berstruktur akademik yang dijalankan bagi memenuhi keperluan akreditasi MQA. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengemaskini dokumen Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (Standards: Master’s and Doctoral Degree) yang mana pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2021.

Pemberi Pendidikan Tinggi yang menawarkan program Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada pematuhan MQA di samping standard program yang berkaitan penyediaan dokumen permohonan Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh dan Audit Pematuhan (MDD MQA 2021). Syarat Pensijilan Kompetensi ini adalah semua peserta warga akademik ÿմapp perlu mencapai 100% kehadiran iaitu menghadiri dengan jayanya semua modul yang di ambil.

Y. Brs. Prof. Madya Dr. Zariyantey Abd. Hamid
Timbalan Pengarah (Dasar Akademik dan APEL)
Pusat Pengurusan Akademik
Modul: Peraturan dan Pengurusan Siswazah

Y. Bhg. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri
Timbalan Pengarah (Kompetensi Siswazah dan Promosi)
Pusat Pengurusan Akademik
Modul: Peranan dan Tanggungjawab Penyeliaan

YM. To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda
Ombudsman ÿմapp
Menjalankan Tugas Ketua Unit Integriti & Ombudsman ÿմapp.
Modul: Etika dan Integriti Penyeliaan

The post Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>
Program Pembangunan Kompetensi Generik – Minggu Membina Jati Diri Untuk Dunia Hadapan /profesional-ukm/news/program-pembangunan-kompetensi-generik-minggu-membina-jati-diri-untuk-dunia-hadapan/ Sat, 27 Sep 2025 00:56:33 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=9799 Oleh Mohd Fauzi Parmin Foto Mohd Fauzi Parmin BANGI, 22 Julai hingga 24 Julai 2025 – Minggu Membina Jati Diri Untuk Dunia Hadapan yang merupakan

The post Program Pembangunan Kompetensi Generik – Minggu Membina Jati Diri Untuk Dunia Hadapan first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

Oleh Mohd Fauzi Parmin
Foto Mohd Fauzi Parmin

BANGI, 22 Julai hingga 24 Julai 2025 – Minggu Membina Jati Diri Untuk Dunia Hadapan yang merupakan kursus Pembangunan Kompetensi Generik telah diadakan pada 22 Julai 2025 (Selasa) hingga 24 Julai 2025 (Khamis). Program ini telah dilaksanakan secara dalam talian. Program ini merupakan salah satu latihan kompetensi generik iaitu dimulakan dengan kluster Kesejahteraan Kerja yang merangkumi kompetensi:

1. Penglibatan kerja
2. Keseimbangan kehidupan dan kerja
3. Perkembangan kerjaya

Program ini merujuk kepada Model atau Kamus Kompetensi Generik ÿմapp.
• Tarikh: 22 Julai sehingga 24 Julai 2025
• Tempat: Secara dalam talian (Aplikasi Zoom)

The post Program Pembangunan Kompetensi Generik – Minggu Membina Jati Diri Untuk Dunia Hadapan first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>
Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp /profesional-ukm/news/sijil-kompetensi-pementoran-dan-penyeliaan-berkesan-anjuran-profesional-ukm/ Fri, 26 Sep 2025 03:45:40 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=9875 Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam Foto Mohd Fikri Khairuddin Abu Bakar BANGI, 25 Jun 2025 – Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp

The post Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

Oleh Dr Hazlina Mohd Miskam
Foto Mohd Fikri Khairuddin Abu Bakar

BANGI, 25 Jun 2025 – Program Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp Siri 3 Tahun 2025 telah dilaksanakan secara dalam talian pada 25 Jun 2025 (Hari Rabu) di platform Zoom.

Program ini telah disertai seramai 54 orang ahli akademik dari pelbagai fakulti di ÿմapp.

Objektif
• Memahami konsep dan pengurusan penyeliaan dengan tepat mengikuti Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran yang ditetapkan.
• Mengenalpasti dan menjelaskan tugas, peranan, tanggungjawab dan sifat-sifat penyelia yang berkesan.
• Mengenal pasti kaedah-kaedah yang tepat dan betul dalam menyelesaikan isu permasalahan semasa penyeliaan.
• Mengaplikasi prinsip-prinsip penyeliaan yang berkesan untuk mempertingkatkan kualiti pelajar.

Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan yang ditawarkan kepada semua warga akademik ÿմapp ini merupakan satu program latihan berstruktur akademik yang dijalankan bagi memenuhi keperluan akreditasi MQA. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) telah mengemaskini dokumen Standard: Ijazah Sarjana dan Kedoktoran (Standards: Master’s and Doctoral Degree) yang mana pemakaiannya dikuatkuasakan pada 1 Januari 2021.

Pemberi Pendidikan Tinggi yang menawarkan program Sarjana dan Kedoktoran tertakluk kepada pematuhan MQA di samping standard program yang berkaitan penyediaan dokumen permohonan Akreditasi Sementara, Akreditasi Penuh dan Audit Pematuhan (MDD MQA 2021). Syarat Pensijilan Kompetensi ini adalah semua peserta warga akademik ÿմapp perlu mencapai 100% kehadiran iaitu menghadiri dengan jayanya semua modul yang di ambil.

Sebanyak 3 modul disampaikan oleh 3 orang penceramah yang berpengalaman. Berikut adalah butiran terperinci :-

Y. Brs. Prof. Madya Dr. Zariyantey Abd. Hamid
Timbalan Pengarah (Dasar Akademik dan APEL)
Pusat Pengurusan Akademik
Modul: Peraturan dan Pengurusan Siswazah

Y. Bhg. Prof. Dr. Zainuddin Sajuri
Timbalan Pengarah (Kompetensi Siswazah dan Promosi)
Pusat Pengurusan Akademik
Modul: Peranan dan Tanggungjawab Penyeliaan

YM. To’ Puan Dr. Tengku Elmi Azlina Tengku Muda
Ombudsman ÿմapp
Menjalankan Tugas Ketua Unit Integriti & Ombudsman ÿմapp.
Modul: Etika dan Integriti Penyeliaan

The post Sijil Kompetensi Pementoran dan Penyeliaan Berkesan Anjuran Profesional-ÿմapp first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>
Program Memperkasa Pemimpin Masa Hadapan: Kepimpinan Strategik & Pengukuhan Kemahiran Insaniah, Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaaan Malaysia /profesional-ukm/news/program-memperkasa-pemimpin-masa-hadapan-kepimpinan-strategik-pengukuhan-kemahiran-insaniah-fakulti-sains-teknologi-universiti-kebangsaaan-malaysia/ Wed, 20 Aug 2025 03:30:46 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=9150 Tujuan Program: Memenuhi keperluan kompetensi merentas semua skim dan gred di peringkat Pengurusan dan Profesional FST. Memperkukuh kapasiti kepimpinan dan kompetensi insaniah warga FST secara

The post Program Memperkasa Pemimpin Masa Hadapan: Kepimpinan Strategik & Pengukuhan Kemahiran Insaniah, Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaaan Malaysia first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

Tujuan Program:

  • Memenuhi keperluan kompetensi merentas semua skim dan gred di peringkat Pengurusan dan Profesional FST.
  • Memperkukuh kapasiti kepimpinan dan kompetensi insaniah warga FST secara menyeluruh, selaras dengan aspirasi kecemerlangan berterusan fakulti.
    • Tarikh: 23 – 25 Mei 2025
    • Peserta: 38 orang peserta merentas semua skim dan gred di peringkat Pengurusan & Profesional (P&P) FST
    • Tempat: Avillion Admiral Cove, Port Dickson Negeri Sembilan

Penceramah

Prof. Emeritus Tan Sri Datuk
Dr. Anuwar Ali menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan Universiti dan Budaya Kecemerlangan: Pengurusan Konflik dan Pemikiran Strategik yang mantap
Prof. Datuk Dr. Harlina
Halizah Hj. Siraj menyampaikan ceramah bertajuk Kepimpinan Efektif: Peranan Kecerdasan Emosi
Prof. Dr. Mohd Yahya
Mohamed Ariffin menyampaikan ceramah bertajuk Menguasai Komunikasi Berkesan
Dr. Hjh. Ina Md Yasin menyampaikan ceramah bertajuk Kemahiran Interpersonal untuk Kepimpinan Berkesan dan Teori Kepimpinan dan Pendekatan Kontemporari Puan Norini Mohamad menyampaikan ceramah bertajuk Pengurusan Kewangan Strategik dan Mitigasi Risiko dalam Pendidikan Tinggi

Sesi Pembukaan dan Taklimat oleh Dekan FST, Prof. ChM. Dr. Ishak Ahmad dan Ketua Pentadbiran, En. Muhamad Walid Osman


Aktiviti-Aktiviti Program

 

The post Program Memperkasa Pemimpin Masa Hadapan: Kepimpinan Strategik & Pengukuhan Kemahiran Insaniah, Fakulti Sains & Teknologi Universiti Kebangsaaan Malaysia first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>
Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan Siri 1/2025 /profesional-ukm/news/sijil-profesional-kepimpinan-pengoperasian-kepolisan-siri-1-2025/ Wed, 20 Aug 2025 03:30:03 +0000 /profesional-ukm/?post_type=news&p=9587 Oleh Nor Afiqah Najlaa’ Abd Rahim Foto Komunikasi ÿմapp, Filza Fazasha Suhni @ Husni & Mohamad Rafidzi Md Yusof BANGI, 4 OGOS 2025 – Seramai

The post Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan Siri 1/2025 first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>

Oleh Nor Afiqah Najlaa’ Abd Rahim
Foto Komunikasi ÿմapp, Filza Fazasha Suhni @ Husni & Mohamad Rafidzi Md Yusof

BANGI, 4 OGOS 2025 – Seramai 27 orang peserta terdiri daripada Pegawai Kanan Polis berpangkat Pemangku Asisten Komisioner Polis (ACP) dan Superintenden Polis (SUPT.) Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyertai Program Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan Siri 2/2025 yang bermula dari 11 hingga 16 Ogos 2025. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara ÿմapp dan PDRM melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai pada Ogos 2024 yang lalu.

Sijil Profesional ini mempunyai lima (5) modul yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz, Prof. Dr. Mohammad Rahim Kamaluddin, Prof. Madya Dr Wan Mohd Hirwani Wan Hussain, Prof. Madya Dr. Mohd Aftar Abu Bakar dan Prof. Madya Dr. Jamiah Manap.

YDH SAC Dato’ Nurulhudan binti Mohd Salleh, Ketua Penolong Pengarah Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengurusan Bukit Aman telah hadir merasmikan Program Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan Siri 2/2025 PDRM bertempat di Kompleks Alumni ÿմapp. Turut hadir bersama dalam majlis perasmian tersebut adalah YBrs. Dr. Hajah Ina Md Yasin, menjalankan tugas Pengarah Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-ÿմapp).

The post Sijil Profesional Kepimpinan Pengoperasian Kepolisan Siri 1/2025 first appeared on Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan.]]>