Majlis Penghargaan Kompetensi ÿÈÕ´óÈüapp
Majlis Penghargaan Kompetensi ÿÈÕ´óÈüapp telah diadakan pada 2 Februari 2023 bertempat di Dewan Persidangan FST. Majlis Penghargaan ini telah disempurnakan oleh YBhg. Prof. ChM. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Akademik dan Antarabangsa selaku Pengerusi Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat ÿÈÕ´óÈüapp.
Majlis Penghargaan bertujuan meraikan Ahli Jawatankuasa Pembangun Kompetensi Generik dan Kepimpinan, Ahli Jawatankuasa Penilai Kompetensi Generik dan Kepimpinan serta urusetia yang terlibat dalam menjayakan Pembangunan Kompetensi ÿÈÕ´óÈüapp.
YBhg. Prof. ChM. Dr. Mohammad Kassim turut memaklumkan bahawa impak pengurusan bakat berasaskan kompetensi mampu mengekalkan ÿÈÕ´óÈüapp sebagai Universiti Penyelidikan di Malaysia yang bukan sahaja kepada warga kerja ÿÈÕ´óÈüapp malahan boleh menjadikan pelajar ÿÈÕ´óÈüapp sebagai bakat baharu masa hadapan dalam mengenalpasti bakat pelajar berpotensi untuk melatih mereka menjadi pemimpin masa hadapan.
Insya Allah pada tahun 2023, Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp akan berusaha lebih gigih dalam merealisasikan Kamus Kompetensi Fungsian bagi semua skim perkhidmatan serta instrumen penilaian kompetensi yang mengukur tahap kemahiran dan kecekapan warga ÿÈÕ´óÈüapp.
Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp merakamkan setinggi terima kasih kepada Pengurusan Tertinggi ÿÈÕ´óÈüapp, Jawatankuasa Pemandu Pembangunan Bakat, Jawatankuasa Kerja Pembangunan Bakat (Akademik), Jawatankuasa Kerja Pembangunan Bakat (Pengurusan & Profesional dan Pelaksana), Jawatankuasa Pembangun Kamus Kompetensi Generik dan Kamus Kompetensi Kepimpinan, Jawatankuasa Penilai Kamus Kompetensi Generik dan Kompetensi Kepimpinan, Persatuan Kakitangan ÿÈÕ´óÈüapp iaitu PKAÿÈÕ´óÈüapp, PERTADI, KESÿÈÕ´óÈüappA, barisan urusetia khususnya Penerbit ÿÈÕ´óÈüapp dan Pusat Teknologi Maklumat di atas segala jasa dan komitmen diberikan sepanjang proses Pembangunan Kompetensi dilaksanakan.
Naratif WATAN alun bergema,
Pendaulat Amanah perjuangan kami,
Pengekalan bakat agenda utama,
ÿÈÕ´óÈüapp berwibawa Malaysia MADANI.
