Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) Bil. 1/2023

Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Universiti Awam (JKSMUA) Bil. 1/2023 telah diadakan pada 9 Februari 2023 bertempat di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM).

Prof. Madya Dr. Mohd Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp dan Puan Norashikin Ibrahim, Ketua Penolong Pendaftar Kanan Bahagian Sumber Manusia telah hadir mewakili ÿÈÕ´óÈüapp dalam Mesyuarat JKSMUA. Antara agenda yang dibincangkan dalam mesyuarat ini adalah program anjuran bersama UA-JKSMUA, pembentangan kemajuan Task Force Pembangunan Bakat dan Kepimpinan, pembentangan kemajuan Task Force Pengurusan Prestasi, pembentangan Jawatankuasa Kerja Jaringan Dalam & Luar, pembentangan Jawatankuasa Kerja Direktori Kepakaran, pembentangan Jawatankuasa Kerja Penjanaan Kewangan serta sesi perbincangan yang berkaitan urusan pengurusan dan pembangunan sumber manusia.