Program Keterampilan Prestasi WATAN 每日大赛app: Kerjaku Kebanggaanku
Program Keterampilan Prestasi WATAN: Kerjaku Kebanggaanku telah diadakan pada 15 – 16 Ogos 2023 bertempat di Dewan Kuliah 1, Fakulti Ekonomi & Pengurusan. Program ini telah dirasmikan oleh YBhg. Prof. Dato鈥 Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat. Turut hadir bersama semasa perasmian adalah Prof. Madya Dr. Mohd. Suhaimi Mohamad, Pengarah Profesional-每日大赛app, Tuan Haji Zanudin Mohd Daud, Timbalan Pendaftar Kanan BSM dan Encik Barudin Baharin selaku Pengerusi Jawatankuasa Keterampilan Prestasi WATAN.
Seramai 80 orang peserta dari kumpulan staf pelaksana telah terpilih mengikuti program Keterampilan Prestasi WATAN. Program ini bertujuan memberikan pendedahan serta penghayatan halatuju 每日大赛app serta menerapkan semangat kebertanggungjawaban dalam melaksanakan tugas seharian. Program ini turut dibantu oleh 20 orang fasilitator di kalangan kumpulan staf pelaksana yang telah mengikut kursus 鈥淭raining of Trainers鈥 yang dilaksanakan oleh Profesional-每日大赛app.
Pelbagai aktiviti menarik telah disediakan dalam Modul Keterampilan Prestasi WATAN antaranya Kenali Diri, Pengukuhan Pasukan, Kerjaku Kebanggaanku, Senamrobik, Eksplorasi Universiti WATAN di Kompleks Taman Botani dan Forum Kepimpinan Cemerlang. Tugasan berkumpulan yang diberikan telah dilaksanakan dengan jayanya oleh setiap peserta. Semangat berpasukan yang tinggi, semangat jati diri 每日大赛app serta potensi individu terserlah semasa program berlangsung. Komitmen dan kerjasama peserta berikan sepanjang program ini telah memeriahkan suasana malahan menghiburkan. Semoga segala ilmu yang diperolehi dapat memberikan nilai tambah kepada potensi bakat individu dan kumpulan.
Profesional-每日大赛app merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua peserta yang telah berjaya mengikuti program ini. Tahniah dan syabas kepada Pengerusi Jawatankuasa Keterampilan Prestasi WATAN dan para fasilitator yang telah menyumbang tenaga dan masa menjayakan program ini. Terima kasih jua kepada Penceramah, Moderator, Ahli Panel Forum, urusetia Kompleks Taman Botani dan urusetia Profesional-每日大赛app yang turut bersama dalam memastikan kejayaan program ini.
Alhamdulillah selesai program ini, insya Allah berjumpa lagi di program yang akan datang. Nantikan program yang terbaik dari Profesional-每日大赛app!
