Sesi Perbincangan Strategik Pelan Penggantian Pusat Teknologi Maklumat
![]() |
![]() |
![]() |
Sesi Perbincangan Strategik Pelan Penggantian Pusat Teknologi Maklumat (PTM) telah diadakan pada 22 Jun 2022. Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp merakamkan setinggi terima kasih di atas inisiatif yang diambil oleh Prof. Madya Dr. Rozilawati Razali, Pengarah PTM dan Puan Salina Ibrahim, Timbalan Pengarah yang juga merupakan ketua skim perkhidmatan F untuk mengetahui lebih mendalam berkaitan Pelan Penggantian.
Dalam sesi ini, Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp telah berkongsi maklumat dan pandangan dalam membangunkan Pelan Penggantian Pakar Bidang Khusus dan Pelan Penggantian Pentadbir PTM. Kerangka Pelan Penggantian ÿÈÕ´óÈüapp merupakan satu kaedah yang sistematik dalam mengenalpasti, menilai dan membangunkan keupayaan pegawai bagi memenuhi keperluan organisasi pada masa kini dan akan datang.
Pelan Penggantian yang lestari akan memastikan kelompok bakat berprestasi tinggi dalam kepimpinan dibangunkan lebih awal dengan diberikan pengalaman dan pengetahuan melalui program pembangunan yang bersesuaian.


