Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan Siri 1/2025

Oleh Nor Afiqah Najlaa’ Abd Rahim
Foto Komunikasi ÿÈÕ´óÈüapp, Filza Fazasha Suhni @ Husni & Mohamad Rafidzi Md Yusof

BANGI, 28 JULAI 2025 – Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp menganjurkan Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan Siri 1/2025 yang melibatkan seramai 21 orang peserta yang terdiri daripada Pegawai Kanan Polis berpangkat Pemangku Senior Asisten Komisioner Polis (SAC) dan Asisten Komisioner Polis (ACP) Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang bermula dari 28 Julai hingga 1 Ogos 2025. Program ini merupakan hasil kerjasama strategik antara ÿÈÕ´óÈüapp dan PDRM melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah dimeterai pada Ogos 2024 yang lalu.

Sijil Profesional ini mempunyai lima (5) modul yang disampaikan oleh Prof. Dr. Mohd Juzaiddin Ab Aziz , Prof. Madya Dr. Che Aniza Che Wel, Prof. Madya Dr. Mohamed Yusoff, Prof. Madya Dr. Zaleha Yazid dan Sr Ts. Dr. Noraini Hamzah.

Perasmian Sijil Profesional Kepimpinan Strategik Kepolisan Siri 1/2025 telah disempurnakan oleh YDH SAC Samad bin Yahya, Ketua Penolong Pengarah (Perancangan dan Pembangunan Dasar Strategik) Bahagian Dasar Sumber Manusia Jabatan Pengurusan Bukit Aman. Turut hadir bersama adalah Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Idzat Idris, Timbalan Pengarah (Pembangunan Kompetensi) dan Sr Ts. Dr. Noraini Hamzah, Timbalan Pengarah (Penilaian dan Pemprofilan), Pusat Pembangunan Profesional & Kepimpinan (Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp).