Wacana BAKAT Pentadbir Universiti
Wacana BAKAT Pentadbir Universiti kali kedua telah diadakan pada 26 Julai 2022 dengan menampilkan Encik Mohd Azli Mohd Kasirun, Bendahari ÿÈÕ´óÈüapp dengan tajuk Strategik Pengurusan Kewangan: Mengubah Persepsi Memacu Prestasi.
Pada kali ini pembicara telah mengundang para pegawai Pengurusan dan Profesional dari pelbagai skim perkhidmatan di gred 48 ke atas untuk bersama dalam siri wacana ini. Bendahari ÿÈÕ´óÈüapp telah menyatakan dua agenda utama universiti iaitu Penjanaan Pendapatan dan Kebolehpasaran Graduan boleh dicapai dengan jayanya melalui dua pendekatan strategik dan operasi. Dengan memperkenalkan Sistem One-Line Budget (OLB), aktiviti penjanaan dan penjimatan dapat diterapkan di setiap PTJ bagi meningkatkan kecekapan perancangan dan pengurusan aliran tunai dengan lebih efisien seterusnya memfokuskan kelestarian kewangan universiti. Bendahari ÿÈÕ´óÈüapp juga menumpukan pelaksanaan e-dagang yang lebih menyeluruh di ÿÈÕ´óÈüapp.
Encik Mohd Azli Mohd Kasirun turut memberikan tanda penghargaan kepada beberapa pegawai Pengurusan dan Profesional atas usaha dan kerjasama yang diberikan. Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp dan tetamu turut memberikan kejutan bersempena hari kelahiran beliau pada hari ini.
Profesional-ÿÈÕ´óÈüapp merakamkan ucapan setinggi terima kasih kepada Bendahari ÿÈÕ´óÈüapp dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Wacana BAKAT pada hari ini. Jumpa lagi pada siri wacana yang akan datang.

