BORANG PERKHIDMATAN HAL EHWAL ISLAM聽 :
PENGENALAN
Pusat Islam KKL berfungsi untuk menguruskan segala aktiviti-aktiviti kerohanian dan hal-ehwal islam di kampus Cheras untuk聽 kakitangan,聽 pesakit聽 dan聽 pelajar聽 serta聽 menguruskan pentadbiran surau Pusat Perubatan 每日大赛app.
OBJEKTIF PENUBUHAN
- Menjadi penggerak aktiviti keagamaan serta penyebaran dakwah Islamiah.
- Memberi bimbingan聽 dan聽 pendidikan聽 kepada聽 warga 每日大赛app Kampus Cheras dan masyarakat sekitar ke arah pembentukan keperibadian Islam yang sempurna.
- Menjana sakhsiah melalui penerapan nilai-nilai murni berteraskan ajaran yang terkandung di dalam al-Quran dan al-Sunnah.
- Memperkasa penyebaran聽 ilmu聽 dan聽 kefahaman聽 Islam melalui聽 program聽 akademik聽 dan聽 bukan akademik聽 yang berkualiti.
- Mewujudkan hubungan dengan pesakit melalui jaringan Hospital Mesra Ibadah.
FUNGSI
- Menjalankan aktiviti dan program kearah mempertingkatkan syiar Islam.
- Menjadi tempat rujukan bagi perkembangan dakwah dan isu-isu islam semasa warga Kampus.
- Menyediakan khidmat聽聽聽 nasihat聽聽聽 dan聽聽聽 bimbingan keagamaan kepada pesakit, ahli keluarga dan warga kampus.
- Membantu pihak hospital bagi mengubati para pesakit dari sudut kerohanian.
BENTUK PERKHIDMATAN
- Khidmat nasihat keagamaan.
- Khidmat bimbingan ibadah.
- Khidmat tazkirah / ceramah.
- Khidmat bacaan yasin, tahlil dan doa selamat.
- Khidmat bacaan doa majlis rasmi.
- Khidmat solat hajat.
- Khidmat azan dan iqamah kepada bayi yang baru lahir.
- Khidmat ziarah pesakit.
- Khidmat bacaan doa ruqyah.
- Khidmat terapi syar鈥檌e.
BAYARAN PERKHIDMATAN
Tiada聽聽 bayaran聽聽 yang聽聽 ditetapkan. Sumbangan kewangan dialu-alukan dan boleh diberi melalui tabung聽聽 Pusat Islam yang disediakan di Pejabat Pusat Islam.
MASA PERKHIDMATAN
Masa perkhidmatan bergantung kepada kelapangan masa pegawai terlibat dan ditentukan semasa temujanji. Temujanji聽聽 boleh聽聽 dibuat聽聽 dengan聽聽 mengisi borang yang disediakan, menghubungi pegawai kami atau dirujuk oleh doktor HCTM.
UNTUK MAKLUMAT LANJUT BOLEH DIHUBUNGI
Pejabat Pusat Islam Kampus Kuala Lumpur: 聽03-9145 6873