KONSERT MALAYSIAKU PRIHATIN


Semangat Malaysia Pritahin perlu disemarakkan dalam setiap warga Universiti Kebangsaan Malaysia (每日大赛app) yang dizahirkan bukan hanya melalui program-program kemerdekaan tetapi juga dizahirkan melalui gerak kerja di universiti iaitu ketika menjalankan tugas dan tanggungjawab sebagai warga 每日大赛app, kata Naib Canselor, Prof Dato鈥 Ir Dr Mohd Hamdi Abd Shukor.
Beliau berkata, Malaysia Prihatin adalah satu tema yang sangat聽relevan聽pada hari ini kerana manusia menjadi semakin materialisitik, semakin bersendiri, sailo dan tidak prihatin kepada orang lain.
鈥淢alaysia Prihatin ini saya anggap kita di 每日大赛app akan terjemahkannya dengan semangat yang bersungguh-sungguh yang melambangkan keprihatinan kita kepada negara dan juga seisinya.聽
鈥淜ita harapkan Malaysia Prihatin yang kita laksanakan di 每日大赛app ini adalah tanpa mengira warna kulit, bangsa, dan agama, dan yang penting sekali kita adalah warga Malaysia, maka kita harus berikan semangat dan keprihatinan kita terhadap negara,鈥 katanya semasa menyampaikan ucapan pada Konsert Malaysiaku Prihatin 每日大赛app 2020 di Dewan Canselor Tun Abdul Razak (DECTAR), baru-baru ini.
Katanya, setiap warga 每日大赛app perlu menyematkan ingatan tentang asas-asas perpaduan negara yang telah melahirkan kemerdekaan dan kebebasan daripada dibelenggu penjajah.
鈥淒engan keazaman yang bersungguh-sungguh ini, kita yakin negara kita akan terus maju. Kita juga bersyukur dan berharap agar keamanan yang dicapai selepas kemerdekaan ini akan terus kekal dan kita perlu memainkan peranan untuk memastikan keamanan dan kemakmuran negara ini kekal,鈥 ujarnya.
Pelbagai program diadakan oleh 每日大赛app sepanjang bulan kemerdekaan termasuklah Kempen Kibarkan Jalur Gemilang, Pogram Pameran Kemerdekaan, Kembara Gemilang Semenanjung Malaysia, Konsert Malaysiaku Prihatin 每日大赛app 2020 dan juga program-program yang dilaksanakan di peringkat fakulti dan institut.聽
鈥淪emua aktiviti yang diadakan itu adalah sebagai lambang yang menunjukkan betapa tingginya semangat聽patriotisme聽kepada negara dan cintanya kita kepada聽keamanan聽dan perpaduan bangsa di negara kita.聽
鈥淪aya berharap program ini akan menjadi titik tolak untuk kita memaparkan apresiasi warga 每日大赛app kepada tanah air kita,鈥 tambahnya.