BENGKEL TRAINING OF TRAINER MODUL PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEKERTI) 23-25 JANUARI 2025
Telah berlangsung bengkel ini kepada wakil daripada Pusat Kesihatan Universiti, Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Kaunselor daripada 20 buah Universiti Awam, anjuran LPPKN bekerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Pelajar, KPT pada 23-25 Januari 2025 di Hotel Royal Chulan The Curve KL.
Objektif bengkel ini adalah untuk memberi latihan mengenai modul-modul PEKERTI ini kepada para fasilitator agar program ini dapat dilaksanakan di semua UA kepada pelajar golongan sasar di universiti masing-masing.






