Majlis Pelantikan Penasihat Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang ÿÈÕ´óÈüapp

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Jaringan Industri dan Masyarakat, Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah Mohd Nordin, telah dilantik sebagai Penasihat Kehormat Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Cabang ÿÈÕ´óÈüapp. Sijil Pelantikan Penasihat Kehormat BSMM Cabang ÿÈÕ´óÈüapp disampaikan oleh Pengerusi BSMM Negeri Selangor, Tuan Nanthakumar A/L Rajasingam.
Majlis yang diadakan di Dataran Canselori turut dihadiri oleh Naib Canselor, Prof. Dato’ Gs. Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj Toriman; Pengarah BSMM Negeri Selangor; Tuan Palany A/L Murugayah dan Pengerusi BSMM Cabang ÿÈÕ´óÈüapp; Dr. Masdalina Azhari.
Majlis ini dimulakan dengan acara tabik hormat oleh Ketua Perbarisan ahli BSMM Cabang ÿÈÕ´óÈüapp dan disusuli dengan pemeriksaan perbarisan oleh Naib Canselor.
Naib Canselor merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah atas pelantikan sebagai Penasihat Kehormat BSMM Cabang ÿÈÕ´óÈüapp. Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Ibu Pejabat BSMM Negeri Selangor kerana telah memberi banyak panduan, bantuan dan kerjasama kepada ahli jawatankuasa Cabang ÿÈÕ´óÈüapp untuk mengemudi persatuan ini dengan baik.
Pengerusi BSMM Negeri Selangor dalam ucapannya telah memuji kewibawaan dan komitmen BSMM Cabang ÿÈÕ´óÈüapp yang sentiasa memberikan sokongan serta keterlibatan yang konsisten terhadap program-program anjuran BSMM perinkat negeri.
Semoga dengan kepimpinan dan bimbingan Penasihat Kehormat Prof. Dato’ Ts. Dr. Norazah, BSMM cabang ÿÈÕ´óÈüapp dapat mencapai prestasi yang gemilang dan memberikan faedah kepada masyarakat.
Antara lain yg hadir adalah Timbalan Naib Canselor Akademik & Antarabangsa; Prof. Dr. Mohammad Kassim, Timbalan Naib Canselor Hal-Ehwal Pelajar & Alumni; Prof. Madya Dr. Mohd Suzeren Md Jamil, Pendaftar; Dato’ Dr. Syed Kamarudin Hj. Sadakkuthulla, Pengarah Pusat Pembangunan Karier; Dr. Salleh Amat, Pengarah KESATRIA; Leftenan Kolonel Prof. Madya Mohd Jasmy Abd Rahman, Pengarah Pusat Jaringan dan Komuniti; Dr. Aida Hanim A. Hamid dan Prof Madya Dr. Oksana Afitska dari Lancaster University.